>

Friday, February 18, 2011

Pilihan Raya Kampus: Demokrasi Dicemari Dengan Cara Revolusi Liar

Keratan Akhbar The Star, 18 Feburuari 2011 yang menyiarkan berita tindakan mahasiswa pro pembangkang yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa bertindak liar dengan memecahkan pintu pejabat Timbalan Naib Canselor HEP bila empat orang calonnya ditolak menjadi calon pilihan raya kampus. Turut terkejut dengan tindakan liar Pro Mahasiswa itu adalah pelajar-pelajar daripada Sudan dan Yemen yang menyifatkan perbuatan tersebut adalah amat mengejutkan sekali.

Berikut adalah komen Gamil Abdulelah (pelajar dari Yemen) "Malaysians student are normally very civil and friendly, it really raises an eyebrow to see them behaving like this". Kenyataan pelajar dari luar negara tersebut jelas membuktikan imej negara telah tercalar kerana perbuatan liar daripada kumpulan Pro Mahasiswa yang ektrems, ganas dan subversif. Amat wajar kumpulan Pro Mahasiswa ini disingkirkan daripada universiti kerana kelakuan biadap ini.

Nurul Izzah dan beberapa orang wakil rakyat pembangkang menyatakan pendirian menyokong Pro Mahasiswa yang didakwa disekat daripada bertanding dalam pilihan raya kampus (baca sini) Hendak bebas bagaimana lagi? Bawa keranda, pecahkan pintu dan ugut pelajar, bebaskah begitu?

Kelakuan yang sama turut merebak di Universiti Putra Malaysia di mana keranda diusung untuk menyatakan bantahan (baca sini). Ada juga campur tangan luar di USM bila calon-calon Student Progresif Front (SPF) ditaja untuk bertanding oleh sebuah parti politik di sana. Mungkin Pro Mahasiswa di UPM tidak dibantu oleh Ahli Parlimen Serdang agaknya, itulah sebabnya mereka mengusung keranda. Demokrasi belum lagi mati di Malaysia, yang mati sebenarnya adalah minda dan hati pelajar Pro Mahasiswa yang taksub dengan politik kepartian cara PAS, DAP dan PKR. Mereka sanggup membudayakan revolusi untuk menganggu kententeraman awam di universiti. Hormatilah hak aman dan damai yang sedang dikecapi oleh majoriti pelajar yang lain.

No comments: