>

Tuesday, February 15, 2011

Perjudian & Pelacuran: Nik Aziz Mengaku

Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall dan 500 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan yang dikatakan menjadi pusat pelacuran. Pendedahan yang dilakukan oleh Kickdefella berkaitan gejala pelacuran dan loteri di Kelantan ini akhirnya diakui oleh Nik Aziz. Hanya 500 meter dari Pejabat Menteri Besar, apakah Nik Aziz dan exco-exco PAS tidak terhidu langsung berlakunya gejala ini? Mengapa PAS sembunyikan isu ini?

"Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, kata Nik Aziz pada 14 Februari 2011. Nik Aziz menyatakan gejala tersebut adalah peninggalan kerajaan yang terdahulu serta menyalahkan pihak berkuasa tempatan yang tidak mengambil tindakan (baca sini).


Kenyataan Nik Aziz dalam Malaysian Insider pada 14 Februari 2011 (baca sini).

Nik Aziz sudah perintah Kelantan sejak 1990. Kini sudah 21 tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar di Kelantan, menyatakan gejala tersebut adalah tinggalan kerajaan terdahulu adalah terlalu dangkal sekali. Sebagai seorang Menteri Besar yang mempunyai kuasa untuk membuat polisi dan dasar, sudah tentunya ianya menjadi kewajipan Menteri Besar bagi membanteras gejala tersebut. Hanya 500 dari pejabat MB, apakah tidak sempat untuk menjenguk kawasan tersebut? Jangan menyalahkan pihak lain, akuilah bahawa kerajaan PAS negeri Kelantan hanya bercakap lebih soal maksiat dan gejala sosial, bila mereka perintah selama 21 tahun, apa yang mereka buat dengan kuasa tersebut? Gelombang merah perlu untuk bersihkan Kelantan.

8 comments:

Anonymous said...

penat cuba membygkan pelacur2 tu dr tinggalan krjn dahulu sbb kalaulah pelacur2 tu semua melacur start umur 20 thn, dah tentunya skrg ni masing2 dah 41 thn kan? so, camne pelacur2 yg bersepah tu boleh nampak cam awal 20an plak? pakai jamu ke? buat bedah plastik kat siam? hahahahahaha

YangBenarTetapBenar said...

Para pemimpin sudah perintah Malaysia sejak 1957. Kini sudah lebih 50 tahun para pemimpin menjadi paksi kerajaan di Malaysia. Sebagai ahli-ahli yang dipilih untuk mempunyai kuasa untuk membuat polisi dan dasar, sudah tentunya ianya menjadi kewajipan mereka bagi membanteras gejala tersebut. Sehingga menjadi tempat perjudian yang terbesar, apakah tidak sempat untuk menjenguk kawasan tersebut? Jangan menyalahkan pihak lain, akuilah bahawa kerajaan hanya bercakap lebih soal maksiat dan gejala sosial. Gelombang rakyat perlu untuk bersihkan Malaysia.

Dan ketahuilah setiap butir pasir dipertanggungjawabkan ke atas pemimpin sesuatu kawasan. ;)

MAT TOMPEL said...

NIK AZIZ BUTO...DOK NAMPOK PITIH BALOK SOKMO

YANG BENAR TETAP BENAR NI PUN BUTO...
BERSIHKAN KOTA BHARU TU DULU DARI PELACUR WEI...MU KERJO DOK HARE ORG JA...DEPAN PEJABAT ADO PELACUR PUNG MU DOK TAHU...MB WALI SELIPOR

Anonymous said...

kenapa hal ini di sensasikan??? adakah kerana semata-mata untuk dipolitikkan?? sudah lupa ke lorong-lorong di kl sana ??sudah lupa ke bukit bintang???sudah lupa pesta muda mudi di tahun baru yang merosakkan umat islam??itu tugas siapa tu?? Kerajaan negeri kelantan telah berusaha untuk mencegah kemungkaran2 seperti ini..adakah benar kerajaan negeri hanya memandang sepi??? cuba fikir dengan akal yang waras..kerajaan negeri sudah menamatkan pemberian lesen kepada kedai2 judi ...itu adalah usahaka kerajaan negeri..yang beresepah2 kat luar sana tu ,kerajaan BN duk bg lesen tu, hang buta ke??ke otak ni dah beku dgn dosa2 maksiat pemimpin kamu?? kepada blogers yang menulis blog ini..senadainya niat kamu hanya untuk menjatuhkan kerajaan islam, kamu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti..seramai mana org terpengaruh dengan blog kamu, sebanyak itulah saham dosa yang kamu akan dapat..rujuk2 la ustaz ..pikir2 kanlah

Wali Selipar said...

weh anon..ko ni buto ko..Nik Aziz tuduh BN tu apasal? sedangkan pusat pelacur tu depan pejabat dia aja. kau yang berdosa besar ustaz sahaja tapi tak guna kalau taksub dengan PAS. Dosa kau lagi besar sebab nak hancurkan kerajaan Islam di Malaysia ni. bab lesen arak dan judi...kau tengok kat kelantan pun berlambak...bodoh lah anon ni

Anonymous said...

Salam Anon February 17, 2011 7:57 AM
Nik Aziz lebih pentingkan politik dari agamanya sendiri

Sirah Nabi pun x lulus, kalah dengan budak kelas fardu ain

patut la digelar wali selipar

http://www.youtube.com/watch?v=CJ7HWmLLcFM

anti bohmau said...

n.ajiz masih lagi menyalahkan kerajaan BN padahal dah lebih 20 tahun memerintah sendiri. apakah ini jawapan standard pemimpin2 tertinggi pas hinggakan pengikut2 bawahan pun sependapat bahawa apa saja perkara buruk yg berlaku walau dlm rumahtangga mrk sendiripun, adalah salah kerajaan BN!!!

pengaruh BN terlalu kuat??? di mana perginya kekuatan, kealiman, keilmuan pas ni? asyik menunding ka orang lain walhal segala kuasa ada dlm tangan sendiri...dah lama dah!

sedarkah mrk dengan kuasa yg ada walaupun sedikit, datangnya TANGGUNGJAWAB? mana pergi tanggungjawab mrk? tk payahla nak halakan persoalan ini ke negeri2 lain dibawah BN. persoalannya setelah lama memerintah secara Islam, mengapa perkara tersebut masih belum dapat dihapuskan???? selama ini sedap mencanangkan nak hapuskan semua yg haram2 ditempat2 lain jika sekiranya berjaya memerintah. dah memerintah sekian lama ditempats endiri, kenapa tak boleh selesaikan?????

Anonymous said...

kpd makhluk2 ALLAH di atas...btl ap..20 thn merintah tk kan smua perfec...mst ad yg utk biri n merah...weyyy....tk yah nk kutuk sgt ahh...ak dk pahang pn respec klantan..klu tempat ak lg ah byk bnda2 cm nie..klu korg g kalntan tk kan ad pelacur yg dk tepi jaln cm kL...tu mkna nyew tk rmai...n korg thu mne tu rkyat klantan??mybe betina dr tempat korg...weeyyy...korg kutuk ulama cm tk dew agama...opss...lupe lak...korg kan ulamah amno..ulama korg judi halal kan??hahahaha....tk yah nk kta la...msing2 d silp....dy pn hmba Allah jgk...mybe ad silp n slh nyew...n kepd mat tompel : ko tk yah ckp klantan ahh...ko klu nk kutuk pemimpin ko sdiri...ko belah!!!~ tk yah dk klantan..n jgn nk ckp klantan la...stahu ak...rkyat kelantan syg pemimpin dy..n mostly smua baek2...ko lak cm bodo sgt3 kutuk pmimpin negeri sdiri...bt malu weyy,...hahahaha...ad otak..pk derrrr...