>

Monday, February 21, 2011

Pelajar Pro Pembangkang Kuasai UM dan UKM

Pilihan raya kampus sesi 2011 menyaksikan dua universiti yang paling lama di negara ini iaitu UM dan UKM dikuasai kembali oleh kumpulan pelajar pro pembangkang. Di UM, kumpulan Pro Mahasiswa menang tipis dengan 22 kerusi berbanding Penggerak Mahasiswa yang menang 19 kerusi. Pada sesi sebelum ini, kampus UM dikuasai oleh Penggerak Mahasiswa yang kuasai 22 kerusi berbanding Pro Mahasiswa yang mendapat 19 kerusi. Cara pengundian yang dijalankan di UM adalah secara e-voting. Pada tahun lepas Pro Mahasiswa membantah keputusan pilihan raya dengan sistem yang sama, tetapi pada tahun ini mereka tidak lagi "mengkarate CPU" kerana pihak mereka menang kali ini.

Keputusan tidak rasmi daripada UKM menampakkan kemenangan akan berpihak kepada Gabungan Mahasiswa UKM yang menang 22 kerusi berbanding Tindakan Siswa Bersatu (TSB) dan Aspirasi yang menang 15 kerusi. Sistem pengundian secara manual dijalankan di UKM. Kemenangan kumpulan GMUKM dan ISIUKM ini pastinya memberi impak yang negatif buat Prof Othman A. Karim yang baru dilantik sebagai TNC HEPA dan Prof Hassan Basri yang selama ini memangku tugas TNC HEPA. Percaturan Hassan Basri untuk mengadakan pengundian di kolej berbanding di fakulti pada tahun lepas nyata telah menguntungkan GMUKM. Malah pertukaran beberapa orang pengetua dan felo kolej juga dikatakan punca kekalahan TSB dan Aspirasi di UKM. Apakah faktor Hassan Basri ini turut membantu kemenangan GMUKM?

Kumpulan mahasiswa pro pembangkang juga menambah kerusi di UPM, UTM dan UPSI serta sudah pun menguasai UIA. Apakah ini satu lagi petanda bahawa penolakan pengundi muda kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang? Pembangkang sudah dapat UIA, UM dan UKM ditambah lagi dengan KUIS dan UNISEL di kawasan Lembah Klang. Jumlah ini cukup besar kalau digunakan oleh PAS, PKR atau DAP untuk membuat perarakan atau demonstrasi. Kuasa pelajar ini tidak boleh dipandang ringan dan dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah pihak.

11 comments:

aspirasi ukm said...

sedih aspirasi klah kt ukm...
tp nk buat cmane..
dah ketua ny pngecut..
org dtg provoke diorg tros lari...
pas 2 jentera plak cam cibai..
tau dpt mkn dpt baju trus hilang...
kate ny bz bnyk keje..
bz main game dlm blik
kalu cmni la org ny yg kita nk simpan, mmang hancur la jentera

Anonymous said...

aspirasi ukm :: tak guna mengata dan mengutuk..
setiap orang memberi sumbangan kepada kemenangan GMUKM kali ini..
kenapa nak disalahkan ketua dan jentera?
apa2 pun.. kemenangan GMUKM sudah rasmi..
mungkin mahasiswa/i ukm perlu mengenang balik bagaimana keadaan di bawah pucuk pimpinan lain..
kerana mereka sudah terlampau selesa dengan aspirasi..
jadi, kita lihat apa perubahan yang bakal dilakukan GMUKM..
dan kita lihat apa kesannya pada pelajar..
yang lebih penting..
kita tunggu perubahan dan revolusi yang majoriti mahasiswa/i ukm mahukan dengan memenangkan GMUKM..

aspirasi ukm said...

sbb jentera kolej ak la yg kne mcm 2 sbb 2 aku komen...
tp ok la kt sni..
jgn jdi mcm UM 2 mnang undi sbb undi kesian kt pmpuan dayus yg pnggil mak die dtg bkempen 2...
nmpk giler ANAK HILANG X TAU PEGI MANA.. DA JDI KES POLIS.. TAPI MAK NYE CAM X RISAU PON... SIAP BKEMPEN LGI TUK DIA
MEMANG PNDY BUAT SKRIP

:: geera johari :: said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

setuju..
pasal kes yang kat um tu..
pilihan raya kampus je pun..
tak perlu melebih sampai nak hilang-hilang..
mak dia pun tak perlulah masa anak hilang tak cakap apa2..
anak muncul kembali, sibuk nak munculkan diri jugak..
haha..

ukm..
moga perubahan yang diharapkan tercapai..
mahasiswa/i ukm dah boleh mula merasakan kebahagiaan atau derita yang akan dikecapi nanti..
doakan yang terbaik..

hangkedee said...

Belajar lah pandai.Bila besar berkerja TIPU MC!!!!!

Anonymous said...

sesape pun yg menang tahniah diucapkan.. bila dah menang,btugaslah dgn amanah setelah mandat dberi.. jgn ble dh dpt kuasa,keje 1 pn xbuat.. 2 sbb kalah 2..B=)

Anonymous said...

Inilah cara mereka merangkum undi hanya sandiwara kenapa tak ajak semua sekali kaum kerabat kempen minta sedekah undi kesian, konon2nya bakal pemimpin yang berwawasan baru nak mula dah tunjuk perangai busukk..

Anonymous said...

Inilah barisan muda yang akan digunakan untuk meruntuhkan kerajaan suatu hari nanti, tanpa mereka memikirkan akan pengorbanan yang mereka terima dari kerajaan..hakikat manusia gilakan kuasa, lupa siapa diri sendiri dan asal usul, menggunakan apa jua cara untuk menang, hidup pro pembangkang.. jawab lah dengan Allah suatu hari nanti, kita sembahyang arah kiblat yang sama.. kebenaran akan tegak berdiri yang batil akan runtuh InsyaAllah..

Anonymous said...

Semenjek Kementerian Pendidikan telah dibahagi dua iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, nampaknya perkembangan diPusat-Pusat Pengajian Tinggi berkembang ke arah untuk menghancurkan negara. Alangkah tidak logik Pilihan Raya Pelajar boleh didalangi dan secara fizikal untuk datang berkempen dalam pilihanraya tersebut? Di mana-mana negara pun kita tidak pernah mendengar Ibu bapa dari Parti Pembangkang atau kerajaan boleh campur tangan dalam kempen secara terbuka dalam mana-mana universiti kerajaan atau swasta, cuma ianya berlaku di Malaysia? Kenape? kerana Fungsi KDN telah banyak berubah dan kekuatan yang ada oleh KDN telah dilemahkan sendiri oleh Menteri Lembiknya. Cuba tengok sejarah sebelum Akta Universiti diperkenalkan. pelajar-pelajar berdemostrasi, pihak Polis, FRU dan lain-lain bertindak sehingga ada yang ditangkap dan disumbat di dalam ISA, tetapi sekarang nampaknya Malaysia sudah tidak ada undang-undang, kerajaan telah menampakkan diri mereka LEMAH untuk bertindak? kenapa? saya sebagai rakyat biasa ini cukup tidak faham, dan dalam bahasa layman, kami tidak dapat terima SI Ibu Masthurah iaitu Mariam dari PAS datang berkempen secara terbuka di UM. Sekiranya kerajaan atau pihak Universiti tidak membatalkan kemenangan Masturah kerana tindakan campurtangan ibunya ini yang terang-terang bermnotifkan Politik! nampaknya mereka betul-betul bacul

Anonymous said...

Salam,
Aku tidak pasti sama ada mahasiswa Melayu/Islam bijak atau bodoh.

Adakah mereka tidak sedar tindak tanduk mereka di universiti memberi kesan terhadap bakal majikan?

Adakah majikan mahu mengambil graduan yang suka menentang pihak atasan seperti yang ditunjukkan dalam peristiwa 'Pecah Pintu Kaca Pejabat HEP UPM'?

Adakah majikan mahu mengambil graduan yang suka berdemo yang mungkin dipraktiskan dalam kesatuan sekerja syarikat?

Patutlah majikan terutama sektor swasta begitu sukar mengambil graduan Melayu/Islam. Selain daripada faktor rasis, faktor-faktor di atas turut diambil kira.

Akhirnya, mereka akan merayu, guna kabel dan bermacam-macam cara untuk mintak kerja dengan kerajaan.