Monday, February 28, 2011

Nik Aziz Bukan Bangsa Melayu?

27 Februari 2011, Nik Aziz berkata beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu. Beliau juga berkata adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini (baca sini). Kenyataan Nik Aziz ini mahu membidas teguran Tun Mahathir yang meminta Nik Aziz bersyukur dilahirkan sebagai seorang Melayu yang beragama Islam di negara ini. Ternyata apa yang dikatakan oleh Nik Aziz itu menyerlahkan sikapnya yang tidak sayangkan negara dan bangsa Melayu.

Apakah Nik Aziz ini bukan dari bangsa Melayu? Jika Nik Aziz bukan Melayu maka Nik Aziz tidak layak untuk menjadi Menteri Besar di Kelantan. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan Artikel 12 (2) menyebut Menteri Besar di Kelantan mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Disebabkan Nik Aziz dilahirkan sebagai Melayu, maka Nik Aziz layak menjadi Menteri Besar di Kelantan. Mengapa perlu dibenci sangat pada asal-usul bangsa sendiri.

Biarpun Nik Aziz tidak cintakan bangsanya sendiri, namun kerajaan BN tetap menunaikan tanggungjawab kepada umat Melayu di Kelantan. Bantuan yang diberikan kepada orang Melayu di Kelantan adalah mengikut kehendak perlembagaan Malaysia yang ditulis untuk menjaga kedudukan orang Melayu dalam Perakara 153 (sektor awam, biasiswa, permit dan kuota dan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi). Kalau pun tidak mahu berterima kasih kepada orang yang memberi, janganlah mengeluarkan kenyataan yang begitu pada bangsa sendiri. Islam menganjurkan wasatiah (kesederhanaan) pada umatnya. Ingatlah asal usul bangsa sendiri.

5 comments:

Anonymous said...

PAS, PKR & DAP memperjuangkan utk memansuhkan Perkara 153, dlm perlembagaan Malaysia. Dgn pemansuhan ini PAS menganggap perlembagaan Malaysia akan menjadi lebih Islamic. Dan UMNO tidak Islamic kerana mempertahankan perkara 153 ini.

Anonymous said...

APA PASAI DOK MEYESAI JADI ORANG MELAYU . CINA ,INDIA DAN LAIN LAIN BANGSA PUN BANGGA BANGSA DEPA , KITA PATUT BANGGA SEBAGAI MELAYU SEBAB KITA DILAHIRKAN SEBAGAI MELAYU ISLAM TAK DAK BANGSA DI DUNIA YANG SATU BANGSA SATU UGAMA 100%. KALAU KITA DILAHIR SEBAGAI ORANG PUTEH BELUM TENTU KITA MENGANUT UGAMA ISLAM BOLEH GERENTI KE?? BUKAN ITU PUN TAK FAHAM, BUDAK BUDAK SEKOLAH RENDAH PUN BOLEH FAHAM BUKAN KOT KITA YANG DEWASA DAN PANDAI AGAMA DAN POLITIK DAN SEGALA NYA TAK FAHAM KOT, MALULAH BILA KITA CAKAP MACAM TU DEKAT BUDAK BUDAK.BANYAK BANYAK BERSYUKORLAH PADA ALLAH KITA DILAHIR ISLAM SEKURANG KURANGNYA KITA DIAJAR SELOK BELOK AGAMA ISLAM DI SEKOLAH RENDAH DAN WAKTU PETANG PULA DIMESJID ATAU SURAU ATAU MENGAJI QURAN DIKAMPUNG CARA OTOMATIK , SEPATUTNYA ISU INI TIDAK TIMBUL LANGSUNG, KITA DIJADIKAN MELAYU TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT BAGUSLAH TU.YANG MENJADI MASAALAHNYA ADALAH PENYOKONG KERAJAAN /UMNO/BN MAJORITINYA MELAYU KALAU BANGSA MELAYU SOKONG PAS PERKARA SAPERTI INI TAK TIMPUL MALAH MELAYU MESTI MENJADI BANGSA YANG DIHORMATI KONON NYA.

http://anak-perak-online.net/ said...

Kongsi berita politik terkini bersama kami di http://anak-perak-online.net/forum-politik

TQ...visit us on http://anak-perak-online.net/

Anonymous said...

apa nak dipersoalkan melayu ke apa ke, bangsa lain tak pernah soal pun melayu. cuma org melayu sj yg sibuk soal. tapi bg Hj nik aziz dia cuma menjawab apabila org persoalkan tentang diri dia. soal nk jadi menteri besar tak timbul melayu ke apa ke..kalau tuhan dah tentukan dia jadi menteri besar tak kira lah dia melayu ke tak, tetap jadi menteri besar
TQ

anti-umno said...

jgn wat2 xpaham..bodoh!!!