Sunday, February 6, 2011

My Balik Pulau: Lim Guan Eng Meludah ke Muka Sendiri

Risalah Mybalik Pulau yang diterbitkan oleh Persatuan Seni Pendidikan
Pulau Pinang. (baca di blog Minda Intelek Melayu).

5 Feb 2011, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang menuntut permohonan maaf dari Muhammad Farid Saad, ADUN BN Betong kerana mendakwa risalah Mybalik Pulau yang didakwa oleh ADUN Betong tersebut diterbitkan oleh Kementerian Pelancongan bukannya kerajaan negeri Pulau Pinang (baca sini). Ternyata Guan Eng berbohong dan meludah ke muka sendiri.


Ilustrasi kartun yang dilukis oleh May Leong dalam risalah Mybalik Pulau yang menghina orang Melayu sebagai peminta sedekah dari Chetti dan Along. Amat biadap dan rasis sekali kartun ini. Risalah My Balik Pulau turut merbahaya kerana cuba memutarbelitkan sejarah. "Saya nampak ada usaha pihak tertentu cuba mencerminkan seolah-olah orang Cina sudah bertapak lama di Balik Pulau sebelum kedatangan orang Melayu" kata Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain dalam Utusan Malaysia pada 2 Februari 2011 (baca sini).

Arts Ed adalah satu NGO yang menjadi Executice Committe di bawah sekretariat Socio Economic & Enviromental Research of Institute (SERI), Penang. Arts ED telah mengedarkan risalah ini kepada sekolah-sekolah di sekitar Balik Pulau sejak sebulan yang lalu. Tindakan Arts ED ini adalah untuk menanam fakta yang salah kepada penduduk Balik Pulau bahawa orang Cina sudah lama bertapak di Balik Pulau.

Mengapa Arts ED dan SERI perlu menyuntik fakta salah tersebut? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau untuk merealisasikan hasrat mereka menubuhkan Universiti Nanyang di Balik Pulau (baca sini). Sebelum mengusir tanah, DAP mahu usir dahulu kepercayaan yang ada dalam fikiran orang Melayu. Agenda yang dirancang oleh SERI yang mengadakan polisi penyelidikan dan pendidikan di Pulau Pinag.

Guan Eng yang bertanggugjawab penuh dengan risalah My Balik Pulau ini. SERI adalah sebuah institut yang berada di bawah naungan kerajaan DAP Pulau Pinang. Dua orang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ditempatkan sebagai Executive Director SERI (baca sini). Guan Eng secara terancang telah cuba untuk menyuntik fakta palsu kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang, khususnya generasi muda bahawa orang Cina sudah lama bertapak di Pulau Pinang. Rugi orang Melayu Pulau Pinang kerana ada Ahli Parlimen dan Timbalan Ketua Menteri yang berbangsa Melayu tetapi menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri. Sanggup menjadi talibarut DAP bagi menjayakan usaha merampas tanah orang-orang Melayu di Balik Pulau.

16 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya, isu pengambilan tanah orang Melayu di Pulau Pinang bu8kan perkara baru kerana semenjak dinasti pemerintahan Gerakan-BN lg isu ini sudah timbul. Sebagai contoh, nasib Melayu Tanjung apabila KOMTAR dibina. Begitu juga dengan kawasan Lebuhraya Bayan Lepas yang melihat nasib masyarakat Nelayan di pesisir pantai Pulau Pinang. Atas tiket Pembangunan, hak-hak masyarakat Melayu dinodai. Jadi, tiada beza antara DAP amhupun Gerakan, asalnya cha-alif-nun-alif, sama aja. Sekian.

Anonymous said...

Pendapat diatas tepat sekali. 2x5 sahaja.

Anonymous said...

Pendapat diatas tepat sekali. 2x5 sahaja.

Anonymous said...

DAP memang nak menghapuskan Melayu, baru beberapa tahun berkuasa sudah nak ubah sejarah. Tengok saja selepas dia dapat P. Pinang, papan tanda jalan ditukar ke bahasa Cina. Sekurangnya Gerakan/MCA tak berani macam tulah.

CinaBiadap said...

Orang Melayu tak boleh pandang ringan dengan keinginan orang Cina seperti May Leong untuk mengatakan ini tanah Cina.

Ini semua kerana selama ini pemimpin Melayu begitu berlembut dengan Cina seperti Tunku dan Mahahtir.

HAnya bila orang Melayu mengamuk baru UMNO sedar tahap kesabaran orang Melayu sudah dibatasi.

CinaBiadap said...

Orang Melayu tak boleh pandang ringan dengan keinginan orang Cina seperti May Leong untuk mengatakan ini tanah Cina.

Ini semua kerana selama ini pemimpin Melayu begitu berlembut dengan Cina seperti Tunku dan Mahahtir.

HAnya bila orang Melayu mengamuk baru UMNO sedar tahap kesabaran orang Melayu sudah dibatasi.

Anonymous said...

Pilihan raya dah nak tiba. Tidak hairan jikalau risalah ni diterbitkan oleh BN dengan tujuan nak kacau kerajaan negeri P.Pinang. Ini semua bertujuan politik. Cubalah fikir, mana ada orang yang korek kubur sendiri?

Anonymous said...

Masih nk slhkn org lain? masa bn, gerakan x sesuka hati bertindak..yg ni apa PAS n PKR bleh buat?? Klu dh tamak kuasa, x sedar kubur terkorek sendiri

Anonymous said...

kenapa orang2 dekat sini tak pernah nak pertikai nasib orang melayu waktu BN memerintah? Bukankah nasib orang melayu di penang yang merosakkannya ialah BN... jadi, kalau dah rosak.. jangan ingat nak pulihkan dalam sekelip mata.... DAP boleh buat banyak dasar... tapi PAS dan PKR adalah sentiasa mengawasi DAP.

Anonymous said...

cerita ape ni? mcm kelakar je. fakta tergantung.
Letak la info yg detail lg..
adeh la.. bn..bn..

M GANESSH RAJ said...

Bukan saja orang Melayu ditindas tetapi kaum India juga ditindas secara senyap senyap di Pulau Pianag kebelakangan ini.

Anonymous said...

salam kekanda dan adinda sekalian.
pada pendapat saya DAP dan MCA senada sahaja dlm bab menjatuhkan Islam dan Melayu

pan said...

stuju2..ganyang je diowang. melayu kena bersatu.pas ke umno ke ttp kena bersatu.jgn nk salahkan orang lain..

Suara Benar said...

buat apa bersatu... orang melayu ditindas oleh kaum sendiri...
lihatlah rasuah di negara teruk sampai x boleh teruk lagi...
sekurang2 orang DAP x mengamal rasuah cukup dah

Anonymous said...

banyak perubahan positif sejak DAP berkuasa... isu tanah yang BN menangani secara 'korup' pun telah diselesai contoh kampung buah pala...
selama 40 tahun BN memeritah P.Pinang.. nasib orang PP sengsara... tiada orang mengadu.
Jangan disebabkan muslihat politik BN ini merosakkan kepercayaan orang PP kepada DAP

Anonymous said...

Saya orang Balik Pulau...Masalah si Anonymous kt atas ni lain.. Kawasan balik pulau adalah satu2nya kawasan majoriti melayu didalam "pulau". Selain drpd menyebarkan risalah palsu mybalikpulau, pembinaan rumah kos tinggi dan sederhana semakin banyak selepas DAP ambil alih pulau pinang. Dgn harga kos rumah yg tinggi, pengaliran masuk orang cina akan meningkat dan tidak mustahil akan melebihi jumlah orang melayu sendiri.. Bila sampai masa tu nnt, jgn menyesal wahai pengundi2 melayu yg mengundi DAP.. Penang akan jadi Singapura ke-2..