Tuesday, February 22, 2011

Misteri Masturah Balik Kampus Terbongkar


Rupa-rupanya misteri yang memukau pengundi tentang cerita Masturah hilang balik rumah akhirnya makin terungkai. Kegelisahan pengundi di Universiti Malaya tentang misteri Masturah semakin terjawab. Setelah menemui akaun Umkini yang dimiliki Masturah menghantar dua email kepada NetKL, rupa-rupanya emak Masturah iaitu Mariam bt Abdul Rashid adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (baca sini). Tentunya emak Masturah ini orang kuat dalam politik. Memang benar, emak Masturah adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor bagi sesi 2009/2011 (baca sini).

Tidak hairanlah kenapa emak Masturah iaitu Mariam pandai berceramah dan berkempen dalam Universiti Malaya pada 20 Februari 2011 di saat anaknya didakwa hilang. Rupanya, emaknya adalah Naib Presiden Muslimat PAS Selangor. Malah jika dilihat dalam akaun Facebook Mariam, sebagai seorang ibu Mariam tidak merasakan langsung kebimbangan bila mendapat tahu anaknya hilang (baca sini). Sebagai seorang ibu, tentunya Mariam akan mengemaskini status untuk memaklumkan kepada rakan-rakan muslimatnya mencari Masturah, tetapi jika dilihat pada wall facebook Mariam, seolah-olah macam tiada apa-apa yang berlaku. Alasan tidak sempat update profile mungkin tidak masuk akal kerana Mariam menggunakan blackberry untuk melayari facebook.

Kehilangan Masturah mencetuskan tanda tanya. Ibu yang kehilangan anak akan risau dan melaporkan sendiri kehilangan anaknya. Namun ibu yang hilang anak sempat lagi berkempen untuk anaknya dalam kampus. Masturah dan Mariam tidak boleh lagi berbohong kepada pengundi. Campurtangan Mariam yang merupakan Naib Presiden Muslimat PAS Selangor dalam pilihan raya kampus adalah satu tindakan yang mencemarkan pilihan raya pelajar. Demokrasi pelajar di Universiti Malaya telah dimayatkan oleh Muslimat PAS. Mereka kapankan pula demokrasi itu dengan drama penculikan yang sengaja dicipta untuk memukau simpati pelajar. Bebaskan universiti daripada drama terancang ini.

6 comments:

SoletipHitam said...

Demokrasi kampus, bukan sekadar mati, malah telah dikebumikan.

Anonymous said...

Hebat hebat boleh dapat gelaran pelakon terbaik dan pelakon pembantu terbaik. Emak borek anak rintik la ni...

C L J said...

MENCEMARKAN DEMOKRASI oleh puak yang selalu menyelar mempersoalkan hak dan demokrasi.

BILA SUDAH TIADA TANGGUNG JAWAB MASIH ADAKAH HAK.

BILA SUDAH SUDAH JELAS BERHELAH DAN MENIPU BEGITU DEMOKRASIKAH NAMANYA.

DEMIKIAN RUPANYA SUATU PENGKHIANATAN TERANCANG.

Anonymous said...

perkara biasa bagi pakatan rakyat...yang tertipu rakyat....dan pelajar sekalian.....

Anonymous said...

cer cite...cer cite...cam cite

Hantu Kak Limah Balik Kampung

Hantu Masturah Balik Kampus...


cer cite...cer cite..cer cite

nonbal said...

Inilah mentaliti pemimpin sanjungan puak-puak PAS dan PR. Angkat mana-mana mangkok hayun, cop dengan gelaran ustaz/ustazah, cakap serba sikit bab agama pun dah cukup demi nak tunjukan kewarakan mereka. Lepas tu perwatakan yang lain terserah. Nak tipu, nak fitnah, nak adu domba, nak menyeranah, nak bermuka-muka, nak mengkafir, nak cop orang dgn berbagai cop, nak jual agama terpulang. Inilah rupa bentuk manusia islam hasil perjuangan PAS, hanya ada sedikit ilmu agama, tapi punyai iman setipis kulit bawang. Macam ni kah orang yang nak laksanakan hukum islam? rasanya siang-siang lagi merekalah orang yang mempertikai hukum tersebut apabila terlaksana kelak. wallahualam.