Wednesday, February 2, 2011

Misi Selamatkan 14,000 Rakyat Malaysia Di Mesir


Fan Pages Facebook yang diwujudkan oleh pelajar-pelajar Mesir (sertai mereka).

Misi Operasi Piramid selama 24 jam sehari telah bermula. Tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berlepas ke Mesir hari ini (2 Februari 2011). Pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang dan sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747 dengan kapasiti 285 penumpang akan berlepas esok untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir.

Kapal Bunga Mas 5

Kapal Bunga Mas 5 akan berlepas dari Teluk Aden untuk misi ini. Turut dibawa bersama adalah bekalan makanan dan ubat ubatan. Dalam masa sehari dianggarkan 2,000 orang rakyat Malaysia mampu dibawa pulang. Ini bermakna secara purata operasi ini mengambil masa 7 hari. atau kurang daripada itu. Seramai 20 orang pelajar Malaysia telah selamat sampai 2 petang tadi dengan penerbangan Gulf Air di KLIA. Semoga Allah SWT memudahkan urusan operasi ini dan melindungi rakyat Malaysia di Mesir daripada segala bala bencana. Amin.

1 comment:

Naseh said...

follow my blog please
http://naseh-apeapeajela.blogspot.com/