Monday, February 21, 2011

Masturah Sudah Balik Rumah

Mastura Abu Bakar, 22, yang mewakili Pro-Mahasiswa (Pro-M) dipercayai hilang ketika keluar berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai pada jam 4.15 petang, 19 Februari 2011. Pada awal kehilangan Masturah, pelbagai pihak mula menyalahkan pihak lain sebagai bersalah dan ada yang menyalahkan pengurusan universiti yang patut bertanggungjawab (baca sini). Malah ada yang mendesak pilihan raya ditangguhkan kerana kehilangan Masturah. Bila desakan dan tuduhan ini nampak seolah-olah begitu melulu, mungkin ada sesuatu yang tersirat di sebalik desakan tersebut.

Akhirnya Masturah ditemui di Masjid Terang Jenang, kira-kira 36 kilometer daripada lokasi kehilangannya. Ada pendapat yang mengatakan kehilangan Masturah ini adalah sesuatu yang dirancang untuk menarik simpati dan perhatian daripada pengundi di Universiti Malaya. Ianya juga dikatakan satu taktik untuk menutup cerita keganasan pelajar-pelajar Pro Mahasiswa yang mengusung mayat dan memecahkan pintu pejabat Timbalan Naib Canselor HEP. Ulasan tentang kronologi kehilangan Masturah boleh di baca di blog masturahhilang.blogspot.com.

Masturah adalah pemilik kepada laman Umkini, dalam tempoh kehilangan Masturah antara jam 4.15 petang, 19 Februari 2011 laman tersebut telah menghantar dua email kepada NetKL.com untuk menghentikan sementara operasi Umkini pada jam 1.35 pagi and 10.12 pagi pada 20 Februari 2011. Mengapa laman Umkini perlu dihentikan sementara? Bukankah pengendali laman tersebut sedang hilang, jadi siapa yang hantar email kepada NetKL? Misteri ini perlu dijawab oleh Masturah sendiri.

Masturah kini sudah balik rumah di Sungai Buloh. Apa yang pasti kehilangan Masturah turut menjejaskan peratusan keluar mengundi di Universiti Malaya yang hanya 23% pada waktu tengahari ini. Sewajarnya Masturah menceritakan apa yang berlaku sebenarnya kepada umum. Siapa yang membawa Masturah ke Masjid Terang Jenang?

8 comments:

ajai62 said...

Assalam Bro

Masalahnya belum abis belajar dah diajarkan berpolitik alah pembangkang. Pelajar-pelajar ni mesti bila abis belajar sah jadi penyokong/pencacai pembangkang. Sendiri mahu belajar pun harap duit kerajaan dan belum tentu dibayar balik bila tamat belajar dah pandai menentang kerajaan.

Anonymous said...

dulu aku and gang dkt fac undang2 UM, bila smpai time election, semua pakat buat undi rosak.semua xleh pakai.hehehe

Media Cyber said...

Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

dan facebook Group:

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

dan juga Twitter:

http://twitter.com/prkmalaysia

dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

http://prkmsia.blogspot.com.

Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

p/s: jangan lupa follow twitter, facebook, group dan blog kami.

Anonymous said...

org belajar..sibuk nak jadi perwakilan...org cina n india tak de la heboh macam nie...
jawatan tu pun tak kemana kalau dibandingkan dgn akademik...
manusia terlebih pandai, akal tidak dpat membezakan mana yg buruk mana yg baik...

Jeffry said...

BTUL LA TU BROO. SENGAJE MENGHILANGKAN DIRI NAK RAIH SIMPATI. KALAU TAK MCM MANA BOLEH HANTAR MSG. KNP TAK HANTAR MSG S.O.S YG DIA DI CULIK? HUHUHU

mediakampus said...

saya adalah penuntut di upm. apabi;a kejadian ini berlaku saya beranggapan ianya adalah benar, tetapi apabila melihat video serta isi kandungan selepas solat hajat di um, ianya adalh sama seperti berlaku di UPM, apabila solat hajat turut dilakukan di parking PKU serta berkumpul lalu melaungkan daulah islamiyah selpas itu. cuma jalan ceriyanya sahaja yang benar. maklumay serta gambar boleh dimuat turun di mediakampusupm.blogspot.com

mediakampus said...

apabila kali pertama kejadian ini berlaku, kami beranggapan ianya enar, tetapi setelah menonton video serta isi kandungan ceramah slps solat hajat, modus operandinya dalah sama dengan apa yang berlaku di UPM. di Upm mereka turut melakukan solat hajat di kawasan parkir pusat kesihatan universiti. dan mereka turut membuat ceramah sebentar dan kemudian melafazkan takbir serta daulah islamiyah.

hangkedee said...

Kenapa Nik ajis tak sertai solat Hajat??????