>

Saturday, February 5, 2011

Nik Aziz Biayai Kos Kapal Terbang ke Mesir?

PMRAM tidak berterima kasih pun kepada kerajaan Barisan Nasional. Hanya berterima kasih kepada pihaknya sahaja. Mengapa mereka langsung tidak berterima kasih kepada pihak yang sebenarnya menolong semua rakyat tanpa memilih warna parti politik?


“Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah menghantar bantuan kewangan sejumlah RM 120,000 melalui wakilnya ustaz Zulkifli Yaacob yang telah bertolak beberapa hari yang lepas,” lapor Harakahdaily pada 5 Februari 2011. PAS juga dilaporkan baru membuka bilik gerakan (baca sini). RM120,000 tersebut hanya untuk membantu pelajar-pelajar PAS sahaja dan bilik gerakan yang dibuka juga untuk membantu golongan yang menyokong mereka sahaja. Oleh sebab itulah, tidak menghairankan bila ada dakwaan untuk menghalang rakyat Malaysia berpindah ke Jeddah.

"Jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Malaysia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.'' ini antara berita yang disebarkan semalam kepada rakyat Malaysia di Mesir. Malah PAS terus menerus menuduh berita yang direka-reka dari Mesir (baca sini). PAS takut kalau pelajar-pelajar yang sokong mereka naik pesawat yang dibiayai oleh Barisan Nasional maka wakil PAS yang pergi ke sana hendak tolong apa lagi nanti. Wang yang dibawa itu hendak dibelanja kepada siapa pula nanti. Malah bilik gerakan yang dibuka oleh mereka pun akan hilang fungsi kerana kerajaan Barisan Nasional tolong semua rakyat Malaysia tanpa memilih warna parti.


UMNO dituduh "kepala otak lembu" ketika mengadakan program ke Mesir (baca sini). Hari ini yang memaki hamun itu turut sama dibantu tanpa ada pilih kasih. Tidak malukah mereka?

Elok rasanya dicabar Nik Aziz untuk membiayai kapal terbang sendiri untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Mesir. RM300,000 boleh bayar kepada pasukan bolasepak, RM4 juta boleh dibayar pada Kickdafella, RM20 juta boleh dibayar untuk Bazaar Tok Guru, mana pergi duit hasil balak di Lojing? Mana perginya duit hasil balak di Kedah? Mana pergi duit curi pasir di Selangor? Elok rasanya pakat-pakat dengan kerajaan Kedah, Selangor dan Kelantan untuk biayai kapal terbang sendiri bawa kembali pelajar-pelajar yang menyokong kuat mereka. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak hendak tolong sama kah? Barisan Nasional tolong, mereka tidak sedikit pun berterima kasih. Malah mereka maki hamun dan kecam kerajaan lagi. Amat merugikan menolong mereka yang tidak pernah berterima kasih. Lebih baik wang tersebut disalurkan untuk mangsa-mangsa banjir di Johor.

1 comment:

Anonymous said...

duit semua kerajaan amik... tambah2 royalti minyak kelantan..... hbih depa dpt apa? habuk ka? lu pikir la sendiri