Saturday, February 12, 2011

Loteri Bebas Dijual Di Negeri Nik Aziz


Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) di bawah pemerintahan PAS Negeri Kelantan seolah-olah menutup sebelah mata berkaitan penjulaan loteri. Di negeri pemerintahan Nik Aziz, loteri boleh dibeli dengan mudah di beberapa kedai buku dan alat tulis di Kota Bharu. Menurut salah seorang saksi yang ditemubual Utusan, penjualan loteri tersebut telah berlaku sejak berpuluh tahun yang lalu (baca sini).

“Jangan bimbang, tidak kena tangkap di sini, saya sudah lama jual loteri. MPKB-BRI tidak pernah datang sini buat pemeriksaan, nama saja undang-undang tapi tidak ada apa-apa. Ramai orang datang beli sini, Melayu pun ada, tidak jadi masalah kalau nak beli tiket loteri di sini,” berikut adalah pendedahan saksi tersebut. Nampaknya Nik Aziz telah membiarkan keadaan ini berlaku selama berpuluh tahun di Kelatan tanpa sebarang kuat kuasaan. Inilah sikap sebenar PAS, cakap memang pandai, tetapi bila memerintah tidak melaksanakan pun apa yang sepatutnya dikuat kuasakan.


1 comment:

MAT TOMPEL said...

POK NIK PUNG DAPAT HASIIL NI...DARI TAJAAN PERGI UMRAH PALING MAHAL...

POK NIK PENGECUT...DASAR WALI SELIPAAR PENYESAT UMMAH