>

Sunday, February 20, 2011

Khalid Ibrahim Salah Guna Duit Kerajaan Negeri

Wang penginapan Kongres Parti Keadilan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dibayar menggunakan duit kerajaan negeri Selangor. Sejumlah RM80,500 telah dibelanjakan untuk membiayai penginapan 500 orang perwakilan di 100 bilik hotel. Kerajaan Negeri Selangor sudah tidak boleh bezakan lagi mana satu akaun parti, mana satu akaun kerajaan negeri. Duit yang digunakan itu adalah duit rakyat negeri Selangor bukannya duit PKR. Sepatutnya gunakanlah duit dari akaun PKR sebagai parti politik.

Bila ditegur tentang kesalahan tersebut, Khalid mengarahkan Setiausaha Politiknya iaitu Faekah Hussin untuk memberi jawapan. Ujarnya tindakan negeri Selangor membelanjakan wang kerajaan negeri untuk penginapan tetamu adalah perkara biasa dan bukannya sesuatu yang janggal. Rakyat tidak buta, tetamu yang dimaksudkan adalah perwakilan kongres PKR untuk pemilihan parti tersebut. Inilah yang dinasihatkan oleh penasihat ekonomi Selangor iaitu Anwar Ibrahim. Menasihatkan perkara yang boleh membankrapkan negeri. Menjoli duit rakyat untuk tujuan parti.

Kes ini perlu disiasat oleh SPRM. Khalid Ibrahim secara jelas telah menyalahgunakan duit akaun kerajaan negeri untuk tujuan parti iaitu PKR dengan sewenang-wenangnya. Mana janji untuk beri RM1,000 kepada setiap mahasiswa di Selangor? Mahasiswa di UNISEL dan KUIS pun tidak dapat duit tersebut, inikan pula di UKM, UPM dan UM. Pergilah tuntut duit tersebut dari Khalid Ibrahim, daripada membelanjakan RM80,500 untuk ahli parti lebih baik beri duit tersebut kepada mahasiswa di Selangor.

1 comment:

C L J said...

Kalau bagi pada mahasiswa seperti janji menifesto pilihan raya tu dah dapat 80 orang tu ....