>

Friday, February 25, 2011

Keputusan Penuh Pilihanraya Kampus: Pro Pelajar 17, Pro Militan 3


Pilihan raya kampus di UNIMAP telah berakhir pada 24 Februari 2011 dengan menyaksikan kumpulan pro pelajar menyapu bersih kesemua 19 kerusi yang dipertandingkan. Elemen Pro M ditolak secara total di UNIMAP. Dengan berakhirnya pilihan raya di UNIMAP maka berakhirlah musim PRK (pilihan raya kampus) bagi sesi 2011 dengan keputusan 17 bagi pro pelajar dan 3 bagi Pro M yang hanya berjaya menguasai (UM, UKM dan UIA).

Secara keseluruhan, daripada sejumlah 602 kerusi yang dipertandingkan, kumpulan pro pelajar masih lagi menguasai 70% daripada jumlah kerusi Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh negara. Pro M hanya kuasai 26.07% sahaja dan selebihnya adalah daripada calon bebas. Banyak versi keputusan pilihan raya kampus telah dimanipulasikan oleh media-media pembangkang untuk menunjukkan sesuatu kampus telah dikuasai mereka.

Realitinya, hanya di tiga IPT sahaja pembangkang kuasai, majoriti yang lain masih lagi cintakan demokrasi cara pelajar. Majoriti menolak cara politik kotor, politik kasar, politik melampau dan ganas di IPT yang cuba dibawakan oleh kumpulan Pro M. Selamat bertugas pada semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar seluruh negara. Ingat tempoh ini hanya setahun sahaja sebelum pilihan raya kampus diadakan sekali lagi. Bila majoriti menang, itulah manifestasi demokrasi yang sebenar.

No comments: