Wednesday, February 2, 2011

Isu Mesir: PAS Hanya Berkokok Sahaja Mencari Glamour

PAS dan beberapa NGO merancang mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 4 Januari 2011 ini untuk menggesa Hosni Mubarak letak jawatan dan membantah campurtangan Amerika Syarikat di Mesir (baca sini). Hasilnya sudah boleh diduga, PAS hanya sekadar mencari populariti di kalangan rakyat dalam isu di Mesir. Jika ada parti pembangkang lain yang lebih rasional sudah tentu parti tersebut akan bersama-sama dengan kerajaan memberikan keutamaan untuk menyelesaikan dulu dua perkara berikut.

Pertama, membantu usaha kerajaan untuk memindahkan pelajar-pelajar di Mesir. Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang dan makanan untuk membantu pelajar-pelajar di sana. Bukankah PAS suka mengutip derma?. Tidak mahukah PAS membantu pelajar-pelajar PMRAM yang berada di Mesir? Tidak mahukah Kerajaan PAS Negeri Kelantan memberi bantuan kepada pelajar pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang juga berada di sana? Paling tidak, kerajaan PAS negeri Kedah dan Kelantan agaknya sudah mampu untuk membiayai kapal untuk membawa pulang pelajar yang menyokong kuat mereka. Namun, PAS lebih pentingkan malice politic dengan Ikhwanul Muslimin daripada membantu PMRAM di Mesir.

Tok Ai sudah turun untuk membantu mangsa banjir di Tenang.

Kedua, selepas kalah di Tenang, PAS terus cabut lari. Mana perginya muka Normala Sudirman dan Ma'arof untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Tenang?. Apakah mereka berdua sedang bercuti sakit akibat murung kerana kekalahan besar di Tenang? Atas kekecewaan itulah memang layak Mohd Sayuti Omar meminta Hadi Awang menyemak semula diri sendiri selepas kalah di DUN Tenang (baca sini). Bukan sekadar Hadi Awang tetapi Nik Aziz juga perlu mengakui kesalahan diri sendiri.

Soros dan Zbigniew Brzezinski (bekas US National Security Adviser dan Founding Director of David Rockefeller’s Trilateral Commission) merancang kekalutan di Mesir. (lihat video ini)

Bila kalah sahaja, PAS cabut lari dan lebih mementingkan demonstrasi pada 4 Februari ini untuk mencari glamour dan pengaruh dari Ikhwanul Muslimin. Alangkah baiknya kalau beramai-ramai pergi membantu pengundi yang telah mengundi PAS di Tenang daripada berdemo pada hari tersebut. Lagipun dalam isu di Mesir, baik Hosni Mubarak atau El Baradei, kedua-duanya adalah pro kepada barat. Ikhawanul Muslimin sudah terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh Soros dan NED. Al Baradei dan Soros, kedua-duanya berada dalam ICG Board (baca sini). Agenda neo-konservatif amat licik, menggunakan pisau orang lain untuk membunuh musuhnya. Nikmat keamanan dan kestabilan yang Allah SWT ke atas Malaysia amat bermakna sekali, bersyukurlah kita.

No comments: