Thursday, February 17, 2011

Guan Eng Realisasikan IFC di Pulau Pinang

16 Februari 2011, Lim Guan Eng, Ketua Menteri DAP Pulau Pinang telah mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di Pulau Pinang (baca sini). Tindakan Guan Eng mewujudkan portfolio baru ini mencetuskan satu persoalan kepada kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. Malah kewujudan portfolio baru yang dipengerusikan oleh Guan Eng ini adalah jelmaan daripada Interfaith Commission (lihat video ini).


Kewujudan porfolio baru ini seolah-olah mendakwa Perlembagaan Persekutuan sekarang melarang agama-agama lain dipraktiskan secara harmoni di Malaysia ini. Sudah ada peruntukan yang jelas dalam perlembagaan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas secara aman dan damai. Sebenarnya tidak perlu penubuhan portfolio baru ini, ianya boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Mengapa tidak wujudkan porfolio baru dan beri jawatan Exco Kerajaan Negeri kepada Salleh Man (ADUN PAS Permatang Pasir) ? Janji tidak ditunai, kes My Balik Pulau belum lagi reda, gerai orang Melayu diroboh dan Guan Eng mencipta pula polemik baru dengan wujudkan portfolio untuk bukan Islam. DAP merealisasikan tuntutan IFC di Pulau Pinang.

No comments: