Thursday, February 24, 2011

Gambar Anggota Keselamatan UPM : Mangsa Kumpulan Pro Mliitan


Berikut adalah gambar Ijat orang pegawai keselamatan UPM) yang mengalami kecederaan akibat keganasan kumpulan Pro Militan yang merempuh pintu kaca UPM pada 23 Februari 2011. Ijat menerima 7 jahitan di tangan akibat tindakan biadap kumpulan pro militan tersebut. Sementara seorang lagi pengawal keselamatan bernama Ayie menerima 15 jahitan di tangan di Hospital Serdang. Keganasan kumpulan pengganas pintu ini perlu dihukum dengan sewajarnya.

Video keganasan kumpulan Pro Militan ini boleh dilihat di Media Kampus. Pro Militan menjadi begitu berani kerana mereka menafsirkan tindakan ganas mereka itu sebagai satu manifestasi demokrasi. Malah dibela pula oleh Timbalan Menteri ini (baca sini). Demokrasi apa kalau sampai anggota keselamatan kampus dianiaya dan dicederakan? Kalau hendak jadi pelampau dan militan, sila nyah keluar dari universiti. Pihak berkuasa perlu menahan dengan segera kumpulan pro militan kampus ini, esok lusa pintu siapa pula akan menjadi mangsa. Kerandakan terus Pro Militan ini dengan tindakan yang tegas. Mayatkan terus kelakuan biadap ini dengan undang-undang yang ada demi menjaga keamanan kampus.

2 comments:

tolak politik parti said...

peristiwa rempuh pintu nh berlangsung SEBELUM datuk saifuddin keluarkan kenyataan beliau..

Anonymous said...

kalau menteri tak bela staff KPT sendiri, malah panggil staff sebagai mubarak kecil. apa nak jadi dgn menteri ni.

Law and order, paham ke?

Jgn nak cari publisiti murah. Kita minta dia ni digugurkan oleh PM dr senarai kebinet.