>

Friday, February 4, 2011

El Baradei, Calon Presiden Pilihan George Soros

Page Facebook menyokong El Baradei untuk kempen Presiden Mesir pada 2011. Page ini diusahakan oleh Ahmed Maher iaitu pemimpin kepada "April 6 Youth "yang memulakan konflik rusuhan di Mesir (baca sini).

El Baradei dikatakan oleh rakyat yang sedang merusuh di Mesir sebagai calon yang paling layak untuk gantikan Hosni Mubarak. Benarkah begitu? Siapakah sebenarnya El Baradei? El Baradei adalah board of trustee International Crisis Group (ICG) yang mana George Soros menjadi Executive Committe kepada ICG dan menyumbangkan dana kepada ICG menerusi yayasannya iaitu Open Society Institute. Apa untungnya Soros menaja El Baradei? Untungnya adalah dapat memanipulasi harga minyak.

George Soros : Method of Operation mendedahkan bagaimana Soros membuat keuntungan sebelum ini menerusi krisis yang berlaku di Terusan Suez pada 1956 (baca sini). Ketika Tulip Revolution di Tunisia, harga minyak meningkat daripada USD$70 setong kepada sekitar USD$90 setang. Bila krisis berlaku lagi di Mesir pada 2011, oros dapat memanipulasi harga minyak sekali lagi untuk keuntungan yang lebih besar baginya. Harga minyak dunia mencecah hingga USD$103 setong. Peningkatan ini adalah yang paling tinggi sejak September 2008 (baca sini).

Terusan Suez adalah laluan utama perdagangan minyak dunia, membawa 2.9 juta tong minyak sehari. Dengan meningkatnya harga minyak, krisis yang lain pula boleh dicipta oleh Soros dan sekutu neo konservatifnya. China dan India, dua buah negara yang sedang pesat membangun ekonominya akan terus terjejas dengan peningkatan harga minyak. Paling untung adalah hedge funds seperti Soros yang memperdagangkan harga minyak. Konflik yang berlaku akan membuatkan Soros dan neo-konservatif menjadi lebih untung.


Tidak ubah seperti cerita Death Race, untung atas kesengsaraan orang lain. Penganjur konflik akan mencaturkan watak-watak yang boleh memberi keuntungan besar kepadanya. El Baradei jelas adalah rakan proksi Soros di ICG. El Baradei dan Ahmed Maher yang mencetuskan demo hanya menggunakan Ikhwanul Muslimin untuk mencapai matlamat mereka.

Pemimpin demonstrasi di Mesir mendapat "secret backing" daripada kuasa luar (baca sini). George Soros melalui Open Society Institute telah menyalurkan sponsor kepada majalah Wasla yang merupakan penghubung antara blogger dan masyarakat di Mesir. Di Malaysia pun ada pihak yang ditaja oleh Soros (baca sini). Berhati hatilah dengan apa yang diceritakan oleh mereka, pasti ada udang di sebalik batu.


April 6 Youth menjadi penggerak dalam media baru dan El Baradei menjadi calon Presiden shadow government yang dimahukan oleh Soros. Umat Islam perlu sedar bahawa perkelahian sesama mereka sedang diperhatikan dengan penuh perhatian oleh Soros. Mereka sedang membuat untung sedangkan umat Islam berbunuhan sesama rakan seagama. Punca krisis Mesir bukanlah Hosni, ianya angkara pelan jahat George Soros.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Puak-puak Pas terutama encik Bean kena baca yang ini dahulu sebelum menyonong penukaran regim yang sedia ada. Letakkan otak anda pada tempat yang sesuai... bukan dikepala lutut.

Panglima Perang Cyber said...

saaaangat menarik kupasan sahabat...

mohon pinjam utk disebarkan kepada umat.

tahniah!