Sunday, February 20, 2011

Anwar Ibrahim Pertahankan Pluralisme Agama


18 Februari 2011, Anwar Ibrahim mempertahankan fahaman pluralisme agama selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ingatan bahawa ia merupakan ancaman baru bagi umat Islam di negara ini. Mesej dalam twitter Anwar Ibrahim itu berbunyi seperti berikut: ‘‘Hypocrisy to exhort pluralism and use umno media to condemn it” (Berpura-pura menegur pluralisme dan menggunakan media UMNO untuk mengutuknya).’’ Apakah kesesatan yang dibawa oleh pluralisme agama? Baca ulasan ini.

Dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan, sudah jelas dinyatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di negara ini. Fahaman pluralisme jika dibenarkan di Malaysia adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Sebagai seorang Islam, tindakan Anwar Ibrahim mempertahankan pluralisme adalah satu tindakan yang mengkhianati agama sendiri.


Anwar Ibrahim mempertahankan pluralisme di Malaysia (baca sini)

Artikel 11 (4) akan dicabar, desakan Interfaith Commission dan tindakan Guan Eng menubuhkan portfolio agama bukan Islam adalah satu usaha untuk mencabar kerukunan agama yang ada di Malaysia. Anwar Ibrahim sudah lari jauh dari perjuangan awalnya dulu dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan PKPIM sejak berkawan baik dengan John Esposito. Sedarlah semua umat di Islam, Anwar Ibrahim hanyalah perkakas politik yang digunakan oleh orang luar untuk meliberalisasikan agama di negara ini. Berwaspadalah.

No comments: