>

Thursday, February 24, 2011

AMK Pertahankan Keganasan Kumpulan Pro Militan di UPM

Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, pihaknya kesal dengan insiden-insiden yang berlaku itu dan mendesak pihak berkenaan supaya tidak memecahbelahkan kesatuan mahasiswa dengan label politik melampau seperti pro-pembangkang dan pro-kerajaan (baca sini).“Ini akhirnya akan membawa masuk budaya politik kotor seperti yang biasa diamalkan oleh parti pemerintah dengan budaya politik ugut, politik wang dan politik takut,” kata Mohd Saifullah. Bukankah budaya politik kotor yang dibawa oleh Pro M bila mencederakan orang dan memecahkan pintu pejabat HEP?

Tindakan AMK mempertahankan kumpulan Pro M (Militan) yang bertindak ganas di UM dan UPM ini membuktikan bahawa AMK bukanlah parti yang memperjuangkan keadilan yang sebenar. AMK menjustifikan social justice mengikut selera parti semata-mata. Kenyataan terbuka AMK ini membuktikan bahawa kehadiran Chegu Bard ketika penamaan calon di UM pada 17 Februari 2011 membawa "kematangan baru" di hadapan "pintu".



Siapa yang ajar budaya rempit di IPT? Video ini berlaku ketika pilihan raya kampus di UKM di mana pelajar-pelajar GMUKM yang pro pembangkang menyerang kubu kuat pelajar kerajaan di Kolej Burhanuddin Helmi. Dulu serang kolej sahaja, kepung pejabat TNC HEP pada tahun lepas, tahun ini lagi melampau sampai pecahkan pintu dan cederakan anggota keselamatan. Bukankah ini tindakan seorang pengganas? Siapa yang ajar mereka jadi melampau begitu?

Politik parti pembangkang bukanlah bersandar pada kebenaran, mereka memutar belitkan cerita di UPM untuk menuduh anggota keselamatan itu sebagai ganas (baca sini). Sewajarnya, kumpulan Pro Militan yang terbabit boleh disaman oleh dua anggota keselamatan yang cedera teruk dirempuh oleh pelajar terbabit. Politik pelampau ini sepatutnya dikritik oleh mana-mana pihak tidak kira kerajaan atau pembangkang, tetapi di Malaysia pihak pembangkang masih lagi kurang cerdik bila tetap membela benda yang sudah terang lagi bersuluh adalah salah. Campur tangan PAS dan AMK terutama dalam kes di UPM ini nampaknya semakin jelas jalur jaringannya.

1 comment:

C L J said...

AMK tu memanglah dah jadi kerja depa. Yang anehnya si saiffuddin tu apa ka jadahnya pulak bawak perangai lekloek tuh. Atau dia memang dah bersedia kot ....