>

Tuesday, February 1, 2011

Ahli Parlimen PAS Tidak Mahu Tubuh Negara Islam

"Tidak ada jalan untuk PAS menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia" demikian kata Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor) dalam satu forum Hubungan Bangsa dan Agama (baca sini). Malah Ahli Parlimen yang daripada kumpulan Erdogan itu berpendapat bahawa negara Islam hanya wujud semasa era Nabi Muhammad SAW di Madinah. Pandangan daripada ahli parlimen PAS ini jelas menunjukkan bahawa PAS sudah terpesong jauh daripada apa yang dicanangkan selama ini. PAS mengecam UMNO kerana enggan melaksanakan hukum Islam dan kononnya kerajaan yang UMNO ada sekarang adalah sekular dan sebagainya.


Tahukah PAS bahawa Malaysia kini adalah negara Islam (islamic country) bukanlah sekadar negara orang Islam (islamic state) semata-mata. Mana ada negara dalam dunia ini yang mengislamkan bangsa dalam perlembagaan negaranya. Ciri orang Melayu itu mestilah Islam. Kalau bukan Islam, maka orang itu bukanlah orang Melayu. Ini bermakna, Islam dan Melayu itu diikat dengan begitu kuat sekali dalam perlembagaan seolah ikatan antara roh (Islam) dan badan (Melayu). Hanya Malaysia yang berbuat demikian di kalangan negara-negara Islam. Meletakkan agama Islam berada pada kedudukan teratas (agama persekutuan, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan), berbanding agama-agama lain. Usaha ini dilakukan oleh golongan nasionalis. Bukan menyamaratakan agama Islam dengan agama lain sebagaimana yang dimahukan oleh DAP dan PAP.

DAP hanya menggunakan Nik Aziz untuk undi dari orang Melayu. Namun bila DAP mendapat kuasa siapa yang mendapat tempat dan kedudukan? Apa nasib orang Melayu di Pulau Pinang?

Namun bila PAS sudah mula berpeluk rapat dengan DAP, mereka sudah hilang pedoman. Sesama rakan Islam mereka doakan bala dan anggap jahiliah. Dengan DAP dan PAP yang jelas menyeru umat Islam agar melonggarkan pegangan Islam, mereka berkawan baik. Malah negara Islam yang selama ini menjadi motto PAS sudah tiada lagi bila PAS merasakan bahawa gagasan itu boleh menjejaskan hubungan mereka dengan DAP. "The ends justify the means", kerana menghalalkan hubungan baik dengan DAP, maka gagasan negara Islam digugurkan oleh PAS untuk membolehkan matlamat menghancurkan rakan seislam dalam UMNO tercapai. Ubahlah perangai ini sebelum terlambat, umat Islam usah terpedaya dengan DAP dan PAP. Memusnahkan negara bukanlah cara terbaik untuk merubah kepada keadaan yang lebih baik. Pengajaran daripada kekalutan di Tunisia dan Mesir perlu diambil iktibar.

No comments: