Monday, September 6, 2010

Dalang Dalang Risalah "Perlembagaanku"

5 September, Kelab Belia Graduan 1Malaysia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Serdang berhubung penyebaran risalah "Perlembagaanku" yang diedarkan di sekitar Lembah Klang dan beberapa institusi pendidikan di Kedah. 15 Ogos 2010, Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Perak) mendedahkan wujud perlembagaan baru untuk menyisihkan hak orang Melayu dan agama Islam yang dijamin dalam perlembagaan sedia ada. Apakah ini perlembagaan baru yang dimaksudkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria?.

Kenyataan Harussani mungkin ada kaitan dengan program di atas. Pada 18 Julai 2010, bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim, Kolej Universiti Islam Insaniah (KUIN), Kedah, telah dianjurkan program Perasmian Pelancaran Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah. Hadir sama adalah Zaid Ibrahim sebagai panelis forum (baca sini). Nampaknya kerajaan negeri Kedah dan pemimpin PKR terlibat sama dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru ini.

Paul Linus Andrews (Head of Department of Law, Sunway College University), bersama Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar adalah antara mereka awal terlibat dalam kempen kesedaran "Perlembagaanku", yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara. Kempen ini telah dilancarkan sejak 13 November 2009 lagi. Rentetan daripada itu timbul pula buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" oleh Kim Quek yang mengandungi 361 muka surat. Buku ini didakwa memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan yang sedia ada.


Kempen Perlembagaanku juga ini telah dibuat dalam Facebook yang mengumpul 7,508 orang dan dalam Youtube, ditonton oleh 17, 102 orang. Perlembagaanku bertindak sebagai Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan yang ditubuhkan di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia. Dianggotai oleh para peguam, pelajar, ahli media, ahli akademik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Antara yang terlibat memberikan sokongan kepada Perlembagaanku adalah DAP (cawangan Pahang), Malik Imtiaz dan Zaid Ibrahim.

Sesudah tuntutan Interfaith Commission (IFC) dan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008 , Bar Council berterusan untuk mempertikai perlembagaan dengan kempen "Perlembagaanku". Dalang-dalang yang terlibat dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru dan meminta agar semua persetujuan sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan dibatal perlu disiasat dan dikenakan tindakan. Kempen mereka ini boleh meracun pemikiran rakyat untuk meruntuhkan segala-gala yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

23 comments:

C L J said...

Kalau perlembagaan baru dirangka bermakna mereka telah menyentuh perkara perkara yang tidak boleh disentuh dalam perlembagaan sedia ada. Ini sudah menjadi satu kesalahan.

Tahniah kelab graduan 1 Malaysia kerana telah membuat lapuran polis.

Barangkali ini adalah kes perundangan terbesar dalam sejarah perundangan di Malaysia kerana Majlis Peguam ikut terlibat. Muga muga yang terlibat itu adalah individu bukan badannya.

Bukankan Majlis Peguam itu ditubuhkan dibawah .......... bagaimana dengan ......... mashaallah.

Anonymous said...

ko dh bca lum perlembagaanku ke blum?
jgn nk menghentam je..
bca dlu betul2..
benda nie utk kesedaran rakyat mengenai perlembagaan.
jgn sebab politik sempit ko,ko nk spinkan myconstitution ko...

achmad dzariean said...

adalah diharapkan pihak2 yang bertanggungjawab boleh memantau perkembangan mutakhir Majlis Peguam yang pada ketika ini sedang giat menganjurkan forum-forum di IPTA yang secara langsung membincangkan perkara-perkara sensitif yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan...apa motifnya???wallahualam....

Anonymous said...

Perlembagaan yang ada sekarang boleh di pinda sekiranya Pakatan Rakyat mendapat majoriti 2/3 di Parliment, mereka perlukan sokongan orang melayu Islam. Puak-puak ini akan berusaha untuk mendapat sokongan orang melayu Islam melalui berbagai cara.

1- Beli undi dengan menawarkan wang ringgit, contohnya DAP telah menjanjikan habuan sekiranya orang Melayu memilih mereka.
2- Rosakan akhlak Melayu Islam dengan Islam yang lebih moderet, Pengunaan Nama Allah untuk semua kaum, doa untuk kafir dalan kutbah jumaat, dan lain-lain.
3- Tanamkan kebencian pada kerajaan, supaya orang Melayu marah kepada Kerajaan. Orang Melayu kalau dah marah Komunis pun boleh jadi kawan.
Contoh terbaik lihat di Singapura macamnana kerajaan Singapura jaga Melayu Singapura.

Islam tiada keistemewaan di Malaysia. Malaysia tiada boleh di panggil negara Islam.

Cikgu Nizam said...

Kedangkalan pemikiran manusia zaman sekrang semakin ketara... Tidak sedar langsung dengan bumi yang dipijak ini...

Perlembagaan Malaysia pun dorang nak persoalkan... Memang sudah melampau...

Dalam Perlembagaan Malaysia ada beberapa perkara yang tidak boleh disentuh:
1) Hak Kewarganegaraan
2) Kedudukan Raja-raja Melayu
3) Agama islam sebagai agama rasmi
4) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
5) Keistimewaan orang melayu.

Agaknya, kalau masing2 masih lagi keras kepala, mungkin isu hak kewarganegaraan juga boleh disentuh... Buang kerakyatan beramai2... amacam???

akupedulikhape said...

majlis peguam nih memang dah banyak menimbulkan masalah...rombak je la balik ahli2 dalam majlis peguam nih...ke ade yang back-up dari belakang??

Muhammad Azli Shukri said...

tahniah bro...pendedahan ini

Anonymous said...

Terus terang saya cakap kaum lain akan terpengaruh, yg menghairankan ada jugak orang melayu yg bersekongkol sokong, pada pendapat saya laa orang melayu yg menyokong ini merupakan mereka yg sosial, kuat parti, kurang pendidikan agama, terlalu lama berada diluar negara akidah serta pendidikan agama tiada, jenis melayu yg nak mempunyai "suami" atau "isteri" tanpa ikatan, atau hendak berkahwin ikut ala indon, tanpa tukar agama.

Walhal ularmak PAS pun ada juga yg sekongkol dek kemaruk kuasa (pipi tersorong-sorong walhal dianak tirikan)...

Anonymous said...

sikap ore melayu suka bertuankan bangsa asing, melayu lebih suka berada dibawah ketiak bangsa lain, melayu lebih senang berbaik dengan bangsa lain dan berburuk sangka dengan bangsa sendiri

Panglima Perang Cyber said...

mohon pinjam artikel ini untuk dikepil dengan video perlembagaan rakyat di blog Panglima.

tq

Anonymous said...

tak perlu lagi ada perlembagaan baru....jangan terpengaruh dgn yahudi dan Nasrani untuk menjahanam kita Umat Islam di bumi bertuah ini

Anonymous said...

Saya dan baca booklet kecik perlembagaan tu. Tak ada beza pun dengan perlembagaan yang ada. Tapi memang simple dan senang faham laa.

Apa yang penulis mengarut ni? Saya rasa kalau nak buat kenyataan kena la bertempat dan fakta tu kena la betul. Tak boleh main bantai je. Nanti sendiri yang malu.

Anonymous said...

blogger ni kaki fitnah..BODOH nyer blogger...sial kau

Tilam said...

salam...orang yang tulis blog ni memang tak membaca apa itu Perlembagaanku..Dan orang yang menyokong ni pulak menyokong tanpa usul periksa. Tak payah pergi jauh jauh tengok saja link ucapan MB kedah tu pun kita dah faham apa motif event ni di buat.
Sokong mana yang benar...dan sanggah mana yang salah..bukan membuat fitnah dan cerita yang tak betul..

Taufik/Topex said...

rakyat dh makin celik..sy rase mereka ni hnya menjelaskan perlembagaan sedia ada..tonton bicarawara kat rtm smalam la..saudara dah baca blum?

Taufik/Topex said...

mohon penjelasan..saya keliru..

Anonymous said...

salam,

membaca jambatan ilmu. setakat baca tak salah. tapi kalau nak tukar apa yg dah termaktub dalam perlembagaan negara malaysia semata2 manganggap ianya dah ketinggalan zaman, susahla sikit kerana melayu islam nak ke mana jika perlembagaan dirombak demi utk memuaskan pihak2 yg sememangnya benci dgn nama melayu???

Courageousheart said...

Psshh, saya dengar khabar ada 100 orang peguam bersedia mempertahankan kempen PerlembagaanKu sekiranya ada pihak yang ingin mengambil tindakan terhadap Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan. Kamu tak takut ke?

Anonymous said...

Bagi Orang Melayu Islam... Apa yang kurangnya Perlembagaan sekarang??? Kenapa perlu di tukar??? Siapa yang mintak tukar???
Persoalan dah baca atau tidak... Booklet "myconstitution" tu tak jadi masalah.... Tapi Korang faham ke kenapa dan apa isikandung perlembagaan sedia ada sekarang???
kalau tak faham perlembagaan sekarang... Jagan bodoh-bodoh ikut orang bukan Islam dan bukan Melayu nak tukar perlembagaan sedia ada...

Anonymous said...

Bagi Orang Melayu Islam... Apa yang kurangnya Perlembagaan sekarang??? Kenapa perlu di tukar??? Siapa yang mintak tukar???
Persoalan dah baca atau tidak... Booklet "myconstitution" tu tak jadi masalah.... Tapi Korang faham ke kenapa dan apa isikandung perlembagaan sedia ada sekarang???
kalau tak faham perlembagaan sekarang... Jagan bodoh-bodoh ikut orang bukan Islam dan bukan Melayu nak tukar perlembagaan sedia ada...

Anonymous said...

Menjawab kepada melayu yg menulis

"Saya dan baca booklet kecik perlembagaan tu. Tak ada beza pun dengan perlembagaan yang ada. Tapi memang simple dan senang faham laa.

Apa yang penulis mengarut ni? Saya rasa kalau nak buat kenyataan kena la bertempat dan fakta tu kena la betul. Tak boleh main bantai je. Nanti sendiri yang malu."

Jawapan
1. Perlembagaan tidak dapat ditulis setebal booklet.
2. Kalau tiada beza kenapa perlu tukar??
3. Anda perlu berlajar ilmu dan bahasa perundangan bagi mengetahui muslihat dari ayat dalam "myconstitution" tersebut.

Saya terpaksa golongkan anda dalam Melayu Pak Turut yg BODOH

Ber OTAK said...

orang bersatu bangsa nak bagi Constitution Education , korang pulak tuduh bukan2 ... talak otak punya olang!

Anonymous said...

Perbetulkn diri menghadap allah yg Esa