Monday, July 5, 2010

Global Peace Index: Malaysia Di Ranking 22

Malaysia disenaraikan di tangga ke-22 daripada 149, menurut Global Peace Index bagi tahun 2010. Kedudukan ini meningkat empat anak tangga berbanding tahun lepas. "Laos and Malaysia’s improvements in their GPI points from last year is believed to stem from the increased levels of respect for human rights and political stability in both countries" menurut Malaysian Digest 5 July 2010. Di saat beberapa pihak mempertikai soal hak asasi dan kestabilan politik di Malaysia, pengiktirafan yang dibuat menerusi kajian yang dikendalikan oleh Institute for Economics and Peace ini menafikan dakwaan tersebut.

Berikut adalah mata yang diperolehi oleh Malaysia mengikut Global Peace Index.

Malaysia adalah negara yang paling aman di Asia Tenggara mengatasi Singapura (30), Laos (34), Thailand (124), Indonesia (67), Filifina (130), Vietnam (38), Kemboja (111) dan Myanmnar (132). Keamanan negara ini boleh jadi tercemar di mata dunia sekiranya ada rakyat di negara ini yang suka menggadaikan kestabilan dan keharmonian yang sedia ada untuk mencapai tujuan politik semata-mata. Bersyukurlah negara ini aman dan damai tidak seperti Rwanda yang berkonflik teruk pada 1994 yang mengorbankan 800,000 orang dalam masa 100 hari. Di Kyrgyztan berlaku krisis yang teruk pada April 2010, menyebabkan 2,000 orang menjadi korban dan 400,000 mengalami kesan konflik tersebut. Konflik tidak menguntungkan sesiapa. Keamanan tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit, sekali keamanan itu tergugat, mengembalikan keadaan asal bukanlah suatu perkara yang senang. Hargailah ia.

2 comments:

Anonymous said...

malaysia negara polis

zalim terhadap rakyat

joecharlie said...

Memang betoi ......Global Peace Index bagi tahun 2010 telah dibayar RM 2 JUTA untuk naikkan Malaysia ketangga No.22 dari tangga 26 tacaya ke? Tanyalah Anwar Ibrahim yang takut sumpah atau tanya sotong kurita sipaul tu??????