Thursday, June 10, 2010

Nik Aziz Pernah Lulus 44 Lesen Arak, Anwar Pernah Lulus 9 Jenis Judi

Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan. "PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya" demikian ulasan pihak kerajaan negeri Kelantan.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - kata Nik Aziz dalam Utusan Malaysia, 26 November 1994.


"Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut" demikian ulas Mohammad Sabu
pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN. Anwar Ibrahim pernah luluskan empat jenis judi dan judi lumba kuda semasa menjadi Menteri Kewangan, Nik Aziz pula pernah luluskan 44 lesen arak di Kelantan. Cerita ini mungkin tidak diketahui oleh orang-orang PAS dan PKR. Apa pendapat mereka jika tahu cerita ini?

15 comments:

Anonymous said...

Salam,
1.Yang lemahnya ialah jentera penerangan UMNO krn lambat dan macam tak mampu ambil kesempatan atas isu ini...

2.Isu KOHIlLAL yang rugi 45 juta pun dilihat macam melihat lauk busuk...

3.Entahla...

Abu Faiq said...

Salam,

1 So, apa yg you cuba sampaikan. Supaya Umno/Bn pun tak perlu usaha sungguh2 membantras budaya arak & judi, atau biarkan lesen2 judi & arak berleluasa, atau makin disebarlusakannya semata-mata kerana PAS/Nik Aziz & Anwar pernah luluskan lesen2 tersebut sebagai justifikasi?

2 Kalau begitulah, terpesong jaub dan benar2 salah cara Melayu- lslam dlm Umno memahami agama
mereka; sebab baik PAS, Nik Aziz, atau Anwar BUKAN SUMBER HUKUM dan BUKAN RUJUKAN SYARI'I bagaimana memahami dan melaksanakan hukum2 lslam.

3 Hukum arak & judi TELAH muktamad dlm al-Quran. Baik Nik Aziz, atau Najib atau Anwar kena beriman, sungguh2 beriman dgn ketetapan2 Allah SWT itu.

5 Jangan berdalih & berhelah. Kutukan Allah sangat hampir dan cepat tibanya, betapa lagi pedih siskanya di akhirat nanti.

6 Kalau Vincent Tan, kaki2 arak, & kaki2 judi memang telah Allah ditetapkan utuk mendapat bahagian mereka berupa siksaan yg sangat pedih itu, tak payahlah ada umat lslam yg teringin sangat nak ikut mereka dgn berdalih dan bercabang lidah tentang apa2 yg telah Allah SWT halalkan & haramkan.

Anonymous said...

najis ! arak, judi.

Wake UP! said...

Lihatlah sendiri kemunafikan pemimpin PAS dan PKR.

Mengata orang sedangkan dia pun dua kali lima.

The teachings of Mathematics & Science in English.

lord ried said...

ADIK APIAQ PUKUI 7.20 PM......

KAH KAH KAH BEWAK KENA KENCIN...
KAH KAH KAH SAPA YANG HABAQ.....
KAH KAH KAH KAPIAQ TADAK TAW UNDENG LORD RIED.....

LESEN JUDI KA, LESEN AGHAK KA DI BAWAH KEMENTERIAN KEWANGAN. NAK HABAQ KAT ADIK KAPIAQ PBT MENERUSI KERAJAAN NEGERI BULIH LA NAK SEKAT MELALUI LESEN PERMIS PERNEGAAN.
TADAK SATU PON NIK AZIK LULUIH JUDI KA, ARAK KA SABIK DI BAH KUASA KERAjaan PUSAT.

KALU NIK AZIZ SEKAT DI BAH KUASA YANG ADA PUAK2 BEWAK PULAK WAT DEMO KAT PEJABAT SUK, SABIK PUAK2 BEWAK NI MENTEKERAH ARAK. JUDI PON PUAK BEWAK JUGAK.

DENGAN KEMURAHAN ATI NIK AZIK, PATUT PUAK2 BEWAK NI TQ LA SAMA NIK AZIK TU.

he he he
gurau ngan adik kapiaq.

lord ried said...

ALOOO ADIK2 BEWAK PEJUANG MELAYU..

Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Kalu dok pikiaq sepintaih lalu gamaknya ramai dok anggap tajuk artikel ini ‘melampau’. Tapi yang paling penting pada abang sabik dok pikiag mende2 yang ada kena mengene ngan akidah
Selama ini orang Melayu yang beragama Islam dok pikiaq jika lahir sebagai Muslim, mati pun nanti sebagai seorang Muslim dan teghuih ke Syurga kelak.
Hujah ini kalu luaran mungkin lagu tu sabik masyarakat Islam hanya pikiaq seseorang itu boleh jadi kapiaq bila depa sembah berhala sahaja. Hak ni la diajaq di sekolah agama kerajaan. Sembah mende selain Allah disebut Syirik Jali.
Maha Suci Allah daripada dipersekutukan.
Selama ni masyarakat Islam tak peghenah diajaq tentang ‘Perkara-Perkara Yang Boleh Membatalkan ‘Aqidah Islam’ kecuali bagi mereka yang menuntut di Sekolah Agama Rakyat dan juga di institusi pondok.
P & P di SAR dan institusi pondok ini lebih joh ke dalam. Pelajaq-pelajaq yang ‘graduate’ dari institusi ini biasanya akan menjadi penyokong dan kebanyakannya teghuih‘terjun’ ke dalam perjuangan Islam. Ada di antaranya menjadi Ulama’ yang berani dan disegani.
Hak ni la ditakuti oleh musuh Islam sepertiPARTI BEWAK dan pemimpinnya. Kita tak lupa haih ngan tindakan Mahdiaq menarik balik peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat masa menjadi PM dulu. Fikiaq la sendiri, lagu mana soghang yang ngaku Islam tapi dia sendiri bertindak menghapuskan Sistem Pendidikan Islam untuk rakyatnya.
( Bersambung)

Anonymous said...

Afiq yang menyokong PAS, tak payahlah bawa cerita tuuu... semua orang fahaaaammm....

Yang orang tak faham niiii... Nik Aziz yang menjadi Menteri Besar Kelantan mempunyai kuasa keatas Majlid Daerah. yang memberi kelulusannya.

Nik Aziz yang mengatakan dia memerintah KELANTAN SERAMBI MEKAH boleh mengarahkan Majlis Daerah supaya tidak meluluskannya. Apabila Nik Aziz membiarkan, maananya Nik Aziz bersyubhat dengan kelulusan tersebut. Jadi Nik Aziz pun berdosa dan masuk neraka lah. Betul, kan?.

Anonymous said...

LORD REID,

Hang JAKUN (pinjam cakap NIk ajis)dan BAHLOL (pinjam cakap nuar berahi) mana ni ? Nama orang putih konon. Boleh blah la.

Abu Faiq said...

Salam,

Anon Jun 10 2010 10:13PM,

1 Dlm lslam, antara faham dgn mengimani dua hal yg berbeza.

2 Tengok pemikiran Anda saja. Tentang hukum 'halal'-haram arak masih mahu merujuk pada apa yag orang lslam lain buat atau tak buat. Walhal, sumber hukum dan
dalilnya bukan itu. Sumber hukum & dalilnya hanya al-Quran & as-Sunnah [trmasuk ljma' & Qias].

3 lslam dah lama...memang cerita lama.. dah 1400 tahun lebih. Tapi masih ada orang lslam yg belum tahu apa dia sumber & dalil hukum2 lslam. Masalah besar ni..!

Anonymous said...

MEYALU...
KORANG SEMUA SAMA JE...
MENGAKU ISLAM KONON

Anonymous said...

knakla lesen2 kdak arak dan judi diluluskan? hahaha agak lawak.... ku heran... mun polah pembangunan pakey duit harap,maka x bangun2 la pembangunan ya...jd tok la punca kenak masalah di malaysia semakin menjadi2...yang haram agik dilesenkan...hahaha lawak... adakan pemimpin ini yang kita cari?

Ibnu Sayuti said...

aku taknak kata apa...
sedarlah, nik aziz tu ilmu dia tinggi, dia tahu apa dia cakap.
dia hafaz berjuzuk-juzuk al-qur'an, kita?
siapalah kita nak pandang serong kat ulama' macam beliau

Anonymous said...

aku taknak kata apa...
sedarlah, nik aziz tu ilmu dia tinggi, dia tahu apa dia cakap.
dia hafaz berjuzuk-juzuk al-qur'an, kita?
siapalah kita nak pandang serong kat ulama' macam beliau

syahredza said...

tengok...aku pon terkejut.....
http://www.youtube.com/watch?v=t9GjQMxbeTs

syahredza said...

tengok... http://www.youtube.com/watch?v=t9GjQMxbeTs