>

Tuesday, February 9, 2010

Saiful Bukhari Diugut Bunuh.

Pada 9 Februari 2010, jam 12.15 tengahari, Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis berhubung satu komen dalam facebook Anwar Ibrahim Fan yang mengugut untuk membunuhnya. Bapa Saiful juga turut diugut dengan SMS. Komen dalam facebook Anwar Ibrahim Fan tersebut dibuat oleh seorang yang menggunakan id Anaz Zahari.

Kenyataan Anaz Zahari itu menyebut: “Kepada rakan-rakan sekalian... Siapa-siapa yang mengenali atau pun berjumpa dengan Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dengan apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat”.

Namun selepas Saiful Bukhari membuat laporan polis, id Anaz Zahari terus dipadamkan dari facebook. Takut kerana salah. Fanatik dan taksub dengan seseorang menjadikan mereka membuat perlakuan yang bukan-bukan. Berbanding 1998, kali ini Saifuddin Nasuiton terpaksa mengerah orang ramai untuk berdemo bagi membela Anwar Ibrahim. Susah hendak dapat penyokong kali ini. Mungkin ramai yang sudah sedar. Sampai bila kesalahan mahu ditutup dengan tuduhan konspirasi. Lambat laun, rakyat akan tahu tentang kebenaran.

3 comments:

Anonymous said...

Fan Page facebook anti Saiful dah nak 6000 orang, yang sokong baru 2ribu lebih. cepat kawan2 kita sokong saiful. takkan yang anti lagi ramai kot...? tak logik la..

ISAC said...

Kalau anti pun janganlah sampai "menghasut" orang lain membunuh beliau.

Ikuti perbicaraan kes ini dengan teliti dan biarlah mahkamah yang membuat keputusan.

Kalau berani sangat pergilah "bunuh" sendiri, mengapa nak libatkan orang lain. Awak tu ulamak ke nak keluarkan fatwa???


Sekarang masa bekerja untuk DS Dr. Zambry dan barisan Exconya.

Utamakan rakyaat bukan berpolitik X sudah2 mcm Pakatan....


Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan

Anonymous said...

Kita sebagai orang biasa, tidak boleh taksub pada pemimpin. Kalau sayang pemimpin pun, tidak boleh kita terlampau mengagungkannya walaupun Nik Aziz. Nik Aziz lurus tapi pengikutnya putar alam sehingga Nik Aziz pun pening. bagi pengikut DSAI, terimalah realiti kerana keburukan tidak boleh ditutup lagi. Hanya orang yang kurang fikiran saja yang menyokong DSAI. Jangan jadi bodoh....