>

Tuesday, February 23, 2010

Pembunuhan Pemandu Konsulat : Sidang Khas Australia Perlu Diadakan


Seorang pemandu Konsulat Malaysia mati ditikam dan dihentak menggunakan tukul di Sydney, pada awal pagi 22 Februari 2010. Mangsa telah menjadi warga Australia dan tinggal di Sydney sejak tiga tahun lalu. Kejadian berlaku ketika mangsa tiba di rumahnya di Marion Street di Sydney yang terletak di pinggir bandar sebelah barat Leichhardt.

Seorang lelaki Melayu berusia 43 tahun menjadi mangsa buli jalanan. Ketika 50 orang ahli parlimen Australia campur tangan dalam kes liwat Anwar Ibrahim, ahli-ahli pembangkang di Malaysia menggesa agar sidang khas parlimen diadakan. Apakah berani pembangkang menggesa ahli-ahli parlimen Australia agar satu sidang khas parlimen diadakan untuk kes pembunuhan lelaki Melayu ini? Antara kes liwat dan pembunuhan kejam, pembangkang Malaysia sudah tentu hanya pentingkan kes yang libatkan ketuanya sahaja. Itulah pembangkang. Jawantankuasa khas perlu ditubuhkan untuk menyiasat kes ini. Pedulikan pembangkang, mereka hanya sibuk dengan urusan peribadi ketuanya sahaja. Nasib yang sudah terkorban tidak diutamakan.

2 comments:

Hashim said...

Papa Gomo & Saifol Bukhari difitnah......tak percaya! sila klik disini

sumandak bayu said...

Salam bro,

Mana perginya 50 ahli parlimen Australia... ni seorang lagi RAKYAT MALAYSIA yang nakkan pembelaan. Dulu dia warga Malaysia tapi da BESAR HATI nak jadi warga Australia rasanya dorang PATUT Bersuara untuk buktikan bahawa mereka ni PRIHATIN dengan KEBAJIKAN warga MALAYSIA....

Jangan hanya nak BERSUARA demi ANWAR AL-JUBURI!!!!