Monday, February 8, 2010

Kes Liwat: Karpal Singh Perlu Gesa Anwar Taubat.

Pada 11 Disember 1997, dalam Parlimen, Karpal Singh telah membangkitkan pengakuan bersumpah Azizan bin Abu Bakar (bekas pemandu Anwar Ibrahim) kepada Speaker Dewan Rakyat agar Peguam Negara mengambil tindakan terhadap selanjutnya Anwar Ibrahim. Karpal menganggap pengakuan bersumpah Azizan berhubung perbuatan liwat Anwar tersebut adalah satu perkara yang serius. Kemudian, pada 8 Februari 2009, Karpal Singh dengan lantangnya menggesa agar Anwar Ibrahim bertaubat dan meletak jawatan sebagai Ketua Pakatan Rakyat. "Anwar Ibrahim have make enought trouble, Anwar harus bertaubat" kata Karpal. (lihat video ini)

Pada Februari 2010, dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, Karpal Singh menjadi peguam utama untuk membela Anwar. Jika benar ada konspirasi pada 1998, mengapa Karpal sendiri yang mendesak kes liwat tersebut diambil sebagai satu perkara yang serius? Karpal seolah menipu dirinya sendiri bila membela Anwar. Hilang semua pendirian Karpal selama ini. Sebenarnya, Karpal perlu konsisten dengan kenyataan sebelum ini iaitu mendesak Anwar letak jawatan dan bertaubat. Inilah sandiwara Karpal dan Anwar. Perbicaraan masih panjang, nilaikanlah dengan konstruktif.

1 comment:

Siddiq Azani said...

di sini juga ada butiran mengenai pendedahan karpal pada 1998, tuan.

Penjelasan krisis undang-undang perak