Sunday, February 14, 2010

DAP Berniat Halang Perarakan Maulidur Rasul


"Sebagai makluman, Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1431H/2010M dalam mesyuaratnya bertarikh 3 Februari 2010 telah memutuskan bahawa majlis perarakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul adalah dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari 2010 yang akan diadakan di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang" berikut adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir.

Surat di atas adalah surat pekeliling yang ditandatangani oleh Muhammad Yusoff "Kami terkejut dengan kenyataan palsu itu dan kerajaan negeri serta Jabatan Agama Islam sebenarnya telah merancang mengenai pelbagai program sempena sambutan ini tiga bulan lalu," kata Guan Eng pada 13 Februari 2010. Siapa yang berbohong dan buat kenyataan palsu? Memang terbukti DAP ada niat untuk halang perarakan Maulidur Rasul.

Guan Eng menafikan pada mulanya menghalang perarakan Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 26 Feb 2010. Dengan arahan siapa Muhammad Yusoff mengeluarkan surat pekeliling itu? Kalau DAP buat tindakan sebegini ianya tidak rasis, tetapi kalau orang Melayu silap cakap sikit melenting habis marah mengatakan ianya rasis. Tindakan DAP ini menyokong kuat apa yang telah disebut oleh Zahrain terhadap Guan Eng. Apakah perarakan Maulidur Rasul ini mahu dihalang kerana ianya dikatakan boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang? Mengapa Guan Eng takut untuk berarak sama dengan orang Islam? Sudah tentu takut kerana sudah buat banyak perkara yang merugikan orang Islam di Pulau Pinang.

Lars Helle, Ketua Editor akhbar Dagbladet berani menyiarkan karikatur penghinaan tersebut kerana mereka tahu umat Islam di dunia ini tidak bersatu. Perarakan Maulidur Rasul menjadi lebih awal di Norway untuk memprotes penghinaan ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW. Kalau di negara lain buat salah, mereka akan berkokok dengan alasan hak asasi. Di mana keadilan dan kebebasan beragama untuk orang Islam di Norway?

Di Norway, sebuah akhbar harian Dagbladet pada 3 Februari 2010 telah menghina Nabi Muhammad SAW dengan menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bxxx. Pada 8 Januari 2010, seorang bernama Lynette Lincoln telah menghina Nabi Muhammad dengan cara yang sama. Di Malaysia, perarakan untuk menyambut hari keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW juga mahu dihalang oleh DAP di Pulau Pinang. Satu demi satu, soal agama dicabar dan dipersendakan oleh orang bukan Islam. DAP berani buat begitu kerana tahu umat Islam di Malaysia berpecah kerana fahaman politik. Ini alasan kukuh untuk mengajak ahli politik Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR duduk semeja. Jika tidak bersama dalam soal agama, lebih banyak lagi penghinaan akan dibuat. Demi alif, ba dan ta, segerakan penyatuan.

5 comments:

eXception said...

Biasalah, bila DAP halang perhimpunan maulidur rasul, PAS bertepuk tangan. Bila blogger BPN bising, PAS kata; 'Apa yang hang sibuk? Hang budak lagi, hang tak tau apa-apa...'

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous said...

umat islam pulau pinang kenalah sedar n jgn lagi terus TIDOR..DAP buat mcm ni pun masih pejam mata lagi.mana janji manais depa,mana hak org Islam,org Melayu..ni bukan soal kuasa,ini adalah HAK yang Mutlak

Anonymous said...

kemungkinan besar DAP ada agendanya tersembunyi, mula tak dibenarkan perarakan cuma perhimpunan, lepas kena marah oleh orang melayu islam, diaorang bagi pulak. Nak test tu... klu alasan kemungkinan menimbulkan kekecohan antara kaum adalah tidak boleh diterima, sebab umat islam bertujuan untuk menyambut maulidul rasul semata-mata. Dia cuba nak tengok sejauh mana kekuatan melayu di pulau pinang, lagi pun orang melayu sudah tidak ramai lagi disana. Klu di renong sejarah di singapura pada awal 60an sewaktu perarakan maulidul rasul terjadi pergaduhan, ramai juga umat islam yang terkorban diserang oleh kaum cina, umat islam cuma berarak meyambut maulidul rasul, tetapi diserang. Kaum bukan melayu disana merasakan mereka lebih berkuasa di tanah kepulauan singapura yang asalnya pulau melayu, orang melayu tidak boleh buat sesuka hati mereka, mungkin ini juga cuba di implikasikan oleh kaum bukan melayu di pulau pinang yang telah menjadi penduduk majoriti.. kemungkinan...PIKIR2KAN LAH.

Anonymous said...

Salam

Hang Dok Kecoh pasal perarakan Maulud nabi kat penang buat apa, yang perlis , pahang dan johor tak nak buat kamu tak kecoh, kenapa tak marah kat umno/bn kat sana.

kalau mu tak ada telor cakap aje. pemimpin rasuah, perompak harta negara, tolak islam, tolak hukum islam tak nak kecoh, pergi jahanam puak mu ni sema.


anak kelate

akureformasi said...

Salam,
Rasenya penang xpernah pun ade perarakan... Kalau saya tak salah la..

Betul juga kata anak kelate ni perlis ,johor ngan pahang pun xde anjurkan.. So nape mahu kecoh..?? Nape xdemo je skali kat 3 negeri tu..? Hurm..