Tuesday, February 9, 2010

1Malaysia: Mengembalikan Semula Kepercayaan & Keyakinan Rakyat

Pada 8 Februari 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia) menggariskan empat tonggak utama agenda perubahan kerajaan termasuk konsep '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' iaitu 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (PTK), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10. "Agenda kerajaan berdiri atas empat tonggak ibarat sebuah kerusi. Kalau ia merupakan kerusi yang stabil (dan) hendak duduk kita rasa selamat, sebaik-baiknya kerusi perlu ada empat kaki," kata Datuk Seri Najib.

Empat tonggak ini adalah agenda perubahan untuk memulihkan semula kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN. Tempat penyandar rakyat selama 52 tahun ini diasak hebat hingga hampir patah dan runtuh. Membersihkan semula imej yang telah dibusukkan oleh persepsi dan hasutan yang melampau oleh pembangkang. Paling utama, menyucikan semula kerusi tersebut daripada petualang, duri dalam daging dan pengkhianat yang makan gaji dengan kerajaan tetapi dalam senyap dan terancang menikam dari belakang. Jika ini tidak dilakukan, kerusi tersebut akan tetapi dipandang buruk dan kekal tidak kukuh. Kekuatan untuk berubah perlukan kerjasama semua pihak bukan hanya mengharapkan Perdana Menteri seorang sahaja.

1 comment:

Alfonso2009 said...

Salam, trauma yg dialami oleh pemimpin BN sewaktu PRU 12, kini beransur-ansur pulih. Ini ditokok tambah dengan pelan ekonomi, sosial yang memfokuskan untuk mendekati rakyat. Semoga rancangan ini boleh mengembalikan keyakinan rakyat yang selama ini berfokuskan persepsi.