>

Monday, January 25, 2010

Zulkifli Nordin Dikecam Kerana Mahu Membela Khalid Samad

Pada 23 Januari 2010, Zulkifli Nordin telah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Khalid Samad pada 21 Januari 2010 yang menyatakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sudah ketinggalan zaman dan boleh dikaji semula. Biarpun sudah dipanggil oleh Sultan untuk mengadap namun Khalid tetap mahu pertahankan pendiriannya. Malah disokong pula oleh Anwar Ibrahim, Syed Husin Ali dan Zaid Ibrahim yang menekan Zulkifli Nordin.
Cadangan yang paling keras adalah daripada Zaid Ibrahim yang mahukan Zulkifli Nordin dipecat terus daripada PKR. Sebenarnya Anwar Ibrahim mahu membendung protes dalaman yang berlaku di kalangan ahli PKR dan PAS sendiri berkaitan dengan isu kalimah Allah SWT. Anwar memilih jalan "middle Malaysia" manakala Zulkifli dan yang lain memilih jalan mengikut hukum agama. Sudah ketara sikap Anwar terhadap agama. Segalanya halal untuk menjaga hati Karpal Singh, Kit Siang, Teresa Kok dan Guan Eng. Pak Syeikh sudah tunjuk belang sebenarnya. Akhirnya, siapa yang melampaui batas agama sebenarnya?

5 comments:

Hang horatio said...

berhati-hati sama zul ni..selagi dia bersama pkr selagi tu jgn percaya.

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

Ini pun satu lagi pentas sandiwara puak-puak kapiaq Harbi!!

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

Benar kata Hang horatio.Selagi tedung bersarang di perdu buluh jgn cuba untuk meraut rebung !

Awas !! dengan sikap YB gila Glamour ini.Dia mampu berpatah mematuk bangsa !

JO said...

Bior le dia bersama PKR..lagi bagus..bagi kacau mana yang boleh...

TokLimbong said...

Begini jadinya bila Agama menjadi keutamaan pada ahli dalam PKR. Akhirnya akan dipecat. Mmmg PKR ni tepikan soal agama. Anwar dan kroni dan mengutamakan kroni kafir berbanding agama..