Sunday, January 24, 2010

Uganda Anti Sodomi

Berita Harian, 24 Januari 2010, m/s 35

Pada Oktober 2009, draf undang-undang anti homoseks dicadangkan di Parlimen Uganda. Antara cadangan yang dibuat terhadap pelaku sodomi adalah hukuman mati. Namun cadangan Uganda ini mendapat tentangan hebat daripada PBB (UNHCR) 12 orang senator Amerika Syarikat dan beberapa NGO antarabangsa. Yoweri Museveni (Presiden Uganda) diberi tekanan hebat kerana draf anti sodomi tersebut. Populasi Uganda adalah 32 juta orang (Roman Katholic 42%, Protestant 42%, Islam 12%, Lain-Lain 4%). Uganda antara negara termiskin. Isu draf sodomi akan membuatkan keadaan ekonomi Uganda lebih meruncing dengan tekanan antarabangsa. Sewajarnya Uganda diberi peluang untuk memfleksikan cara hukuman bukan terus ditohmah kerana anti sodomi.

Muka depan Suara Keadilan, 19-26 Januari 2010. Apakah Amerika Syarikat mahu menyekat ekonomi Malaysia kerana dua kes tersebut? Atau kerana kes sodomi? Jika ekonomi Malaysia benar-benar disekat, siapa yang rugi? Demi membela kes peribadi, Anwar Ibrahim sanggup melobi Al Gore untuk kenakan sekatan ke atas Malaysia.

Akibat anti sodomi, masyarakat antarabangsa boleh menghukum sesebuah negara lain. Di Malaysia, kes sodomi yang sepatutnya diadili pada 25 Januari 2010 ditangguh lagi. Entah apa pula reaksi dan hukuman masyarakat antarabangsa nanti. Sebelum kes didengar, mungkinkah perhatian dunia akan dialihkan dengan isu baru yang sengaja dicipta? Hak asasi bukanlah tiket kebebasan sepenuhnya bagi seorang manusia. Nilai moral dan agama adalah panduan sebenar.

3 comments:

Ampatuan Jr said...

Ini mesti kerja UMNO nak pekena DSAI.PR kata M'sia mcm Zimbabwe dibawah Dr.Mahathir,la ni UMNO dah pakat pulak dgn puak2 Idi Amin ni nak sekat kebebasan berliwat spr ygt diperjuangkann oleh DSAI.Semuanya UMNO nak sekat nak kacau..Abis kat mana lagi depa bebas nak berliwat? Kelantan?

ibrahim said...

yup.. kt kelantan SHJ.

ibrahim said...

yup.. kt Kelantan SHJ