Friday, January 22, 2010

Sasaran Mata Satu

Utusan Malaysia, 22 Januari 2010. Teropong sasaran buatan syarikat Trijicon yang terdapat petikan ayat Bible pada senapang M-4 Carbine yang diguna oleh tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. Trijicon menyatakan bahawa petikan Bible itu digunakan sebagai sebahagian kepercayaan mereka dalam berkhidmat untuk negara. Kepercayaan "mata satu" memerangi orang Islam. Selama lebih 20 tahun tulisan tersebut digunakan pada teropong yang dikeluarkan oleh Trijicon. Ini bermakna ianya digunakan sejak Operation Desert Strom ke atas Iraq. Sasaran mata satu amat halus dan terancang. Umat Islam di Malaysia perlu mengambil pengajaran dari nasib yang menimpa saudara seagama di Timur Tengah yang tidak bersatu. Sukar sangatkah hendak bersatu? Mungkin bila hilang kuasa, barulah ada kesedaran tersebut. Bertindaklah dengan rasional. Jangan mudah terbakar dengan sesuatu yang dicipta untuk menyemarakan emosi orang Islam. Semua ini jerat halus si mata satu.

1 comment:

zamspotte said...

orang islam pula ada yg menyokong dakyah2 kristian secara terang-teranga hanya kerana kepentingan politik semata-mata....