Sunday, January 3, 2010

Raja Petra Main Aci Nyorok Dengan Wanita Poland

Berikut adalah gambar Raja Petra bersama dengan dua orang wanita Poland di luar negara. "While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I better check if Malaysia has an extradition treaty with Poland. Ah, never mind, Europe is a big place anyway". tulis Raja Petra dalam Malaysia Today pada 1 Januari 2010.

Raja Petra bersama dengan isterinya, Marina Lee Abdullah. Jika benar Raja Petra ada bukti kukuh silalah hadir ke mahkamah. Buat apa lari sampai ke luar negara dan sanggup pula menyorok dengan dua orang wanita asing. Tindakan Raja Petra ini seolah mencabar undang-undang negara. Menurut Anuar Shaari (Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim), ada individu tertentu yang menaja Raja Petra di luar negara. Individu terbabit dipercayai sering berjumpa di luar negara bersama beberapa orang lagi think thank mereka mengenai cara menguasai negara ini. "RPK has become our bigger than Che Guverra to Cuba, He is bigger than Lech Walensa to Poland. He is even bigger than Robin Hood" berikut adalah antara komen dalam blog Malaysia Today pada Raja Petra (baca sini). RPK sebenarnya bukan sehebat mereka, kerana dia takut berdepan dengan kebenaran. Penaja Raja Petra perlu disiasat dan Raja Petra perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Larilah ke dalam peti besi sekalipun, kalau salah ianya tetap salah.

2 comments:

eXception said...

Bini kat Malaysia resah-gelisah dengan kes laki dia... Laki dia lak dok main dgn pompuan lain kat belakang... Baguih dok ada... Dasar lelaki bacul dan dayus...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Pak Tam said...

RPK takut berdepan dengan mahkamah di Malaysia yang tak adil. Peguam pemerhati kan ada. Pulanglah bagaimana nasib anak dan isteri yang ditinggalkan. Anak lelaki RPK dilaporkan ditahan kerana mencuri. Apakah RPK sanggup hidup mewah di luar negara sedangkan anak isteri terbiar di Malaysia.