Monday, January 18, 2010

Pro Pembangkang Kuasai UMT


Kumpulan mahasiswa pro pembangkang menang 11-1 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus 2010 (baca sini). Mahasiswa pro pembangkang yang menggunakan jenama Pro Mahasiswa atau Pro-M sejak 2007 menguasai UMT buat pertama kalinya. Dengan kemenangan kumpulan mahasiswa pro pembangkang di UMT, tinggal lagi 15 IPTA yang masih belum mengadakan pilihan raya kampus. Tiga kampus yang sudah selesai pilihan raya kampus dikuasai oleh kumpulan pelajar Pro Aspirasi iaitu di UUM, UNIMAP dan UDM. Manakala di UIA pula Pro M mendakwa mereka menang (baca sini). Ini menjadikan kedudukan terkini 3-2. Bagaimanapun pihak Akasia menafikan kumpulan pro mahasiswa menguasai UMT. Jika tidak benar dakwaan Malaysiakini itu, pelajar di UMT perlu melakukan sesuatu untuk mengeluarkan label UMT sebagai pusat kaderisasi pembangkang baru di Pantai Timur. Mungkin kehadiran awal bulan mengambang di UMT ini antara faktor kemenangan Pro M.

Apa pun pelajar di UMT sudah membuat pilihan yang terbaik untuk mereka melalui sistem e-voting yang dikatakan sebagai berat sebelah dan tidak demokrasi oleh Pro Mahasiswa (baca sini). Pada 15 Januari 2010, sekumpulan mahasiswa pro pembangkang melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan demonstrasi di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghantar memorandum. Antara yang dibantah adalah sistem e-voting. Pro M telah menang di UMT dan dua wakilnya juga menang di salah sebuah IPTA di utara, apakah e-voting tidak adil lagi Pro Mahasiswa? Apakah Pro M lupa bahawa sejak 2006, MPP yang diterajui Pro M menang empat tahun berturut turut di UIA. Jika itu adalah tidak adil, maka Pro Mahasiswa harus mendesak MPP yang menang di UMT dan UIA meletak jawatan. Ini kerana mereka menang kerana undi yang kononnya dikatakan dimanipulasi oleh HEP.

Gerakan Pro M nampak seperti begitu berstruktur dan diorganisasi dengan baik sejak dua tahun ini. Mereka sudah re-brand segalanya untuk menunjukkan bahawa kumpulan mereka adalah pro kepada mahasiswa. Benarkah mereka pro kepada mahasiswa? Pada 16 Januari 2010, Tiew Way Keng (Setiausaha Publisiti DAP Selangor, gambar dalam bulatan) memberi kenyataan yang membela Pro M dalam Malaysiakini (baca sini). Apakah pula kepentingan DAP dengan kumpulan yang mendakwa mereka adalah pro kepada mahasiswa? Jangan terkejut selepas ini berita kemenangan UMT dan UIA akan keluar dalam muka depan Suara Keadilan atau Harakahdaily. Di UIA, ianya sudah pun sudah keluar dalam Harakahdaily. Berita ini akan disorak gembira oleh ahli-ahli PAS, PKR dan DAP di luar sana. Tidak salah lagi kumpulan Pro Mahasiswa ini digelar sebagai Pro Pembangkang. Untuk 15 lagi IPTA, pelajar boleh menilai yang terbaik untuk mereka. Memilih MPP yang benar-benar pro pelajar atau pro pembangkang di luar sana.

12 comments:

tin kosong said...

jika bukan pro pembangkang maka sebaliknyalah pro kerajaan jelah.
ada 2 sahaja.....
biar p lah mereka menang...
biar p mereka belajar sesuatu ilmu kepimpinan....
di sana adlh training bagi mereka....

Anonymous said...

Pro-M = Pro Pembangkang(KEADILAN, PAS, DAP)

Pro Aspirasi = Pro Kerajaan ( UMNO, MCA, MIC)

mcm2 la dunia nie said...

ish3!!!
yg ko nie tulis mcm tk pakai otak..
dyorg dah menang ko tulis mcm penuh tak puas hati..
tp, lntaklah kan..
ko nie kn pro kerajaan..
habis tuh pro universiti kot..
sbb pro mahasiswa depa punya..hahahaha....
ape2 pown.. best gak baca dengan emosi

Jeffry said...

NAMPAKNYA IDEOLOGI DAP DH MULA MENULAR DI KALANGAN PELAJAR2 YG HYPERTAKSUB TERHADAP PERJUANGAN SEMPIT PAKATAN. PRO ASPIRASI X BLH MENGALAH DLM HAL NI. PERJUANGAN MENENTANG YG BATHIL WAJIB DI TERUSKAN!!

abe MIE 'TERJAH' said...

keluar u kerja tak ada...atau nak minta kerja dgn kerajaan..

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

yg tak sokong kerajaan-jgn ambil PTPN -KAN ITU DUIT HARAM

Anonymous said...

yg tak sokong kerajaan-jgn ambil PTPN -KAN ITU DUIT HARAM

Anonymous said...

yg tak sokong kerajaan-jgn ambil PTPN -KAN ITU DUIT HARAM

TokLimbong said...

Tok dipahamkan, ada kumpulan radikal cina dari UM ceroboh masuk ke dalam UMT untuk menolong calon mereka yang menang kerusi Fakulti Ekonomi kalau x silap. Radikal cina ini mungkin bawak masuk ideologi DAP ke dalam UMT. Lepas tu, tok juga dipahamkan penulis Blog ProMumt adalah pengikut PAS yang hebat. Dan Tok juga dipahamkan, sebenarnya hanya 7 orang jer calon Pro M yang menang, yg lain calon bebas. Betapa hebat dunia politik yang semakin menular dalam UMT. Satu hari tidak mustahil bendera Bulan dan Jet akan dinaikan di dataran canselori UMT.

zamspotte said...

erm.. Nama ajer Pro-M.. tapi apa perjuangan mahasiswa yg diorang bawa selain dari menyusahkan pihak universiti semata-mata?? berapa ramai mahasiswa yg dibunuh dengan kejam di universiti2 di Malaysia?? atauoun dibiarkan mati kelaparan tanpa pembelaan???

Dengan menganjurkan pelbagai aktiviti demonstrasi jalanan, mungkin kita akan mengikuti jejak langkah negara jiran yg suatu masa dahulu begitu gah dengan demonstrasi jalanan mahasiswa, akhirnya menjadi antara negra yang miskin dan bergolak...

Anonymous said...

ape ingat aspirasi tu best sgt k? hah? pro m wat demo tu sbb nk tunjuk bantahan je...dah tu merupakan jalan terakhir....kalo bleh bwak berbincang xpe la jgak.....aspirasi xguna....jd pak turut universiti ja....kalo menjga kebajikan student tu xpe la jgak....huhu

Anonymous said...

huhuhu..demonstarsi jalan terakhir ek? ceteknya pemikiran..prejudis gile pandangn ko tu...endak seribu daya..tak nak seribu dalih...jgn nak salahkan orang lain...buat cerita,buruk2kan orang lain..tu la sikip yg korang belajar dari pemimpin yg korang agung2kan..