Tuesday, January 5, 2010

PKR Sokong Permohonan Ketua Paderi

Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS) "menganggap tindakan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno melambat lambatkan rayuan itu sebagai suatu usaha mengapi-apikan sensitiviti umat Islam, khususnya masyarakat Melayu agar mereka bersatu dan kembali melihat parti perkauman itu sebagai pembela bangsa dan agama" dalam Harakahdaily pada 4 Januari 2010 (baca sini). Siapa sebenarnya yang membeli masa? PAS sebenarnya yang membeli masa. Baru semalam (4 Januari 2010), PAS baru mula bermesyuarat dan menetapkan keputusan berhubung isu kalimah Allah SWT sesudah 4 hari keputusan mahkamah diputuskan. Mungkin PAS mahu menjaga hati rakan baiknya PKR dan DAP serta kelab penyokong India dan Cina PAS. Sesuai dengan slogan barunya, PAS For All.

Yang tiada keputusan konsensus adalah Pakatan Rakyat sebenarnya. Di Sabah, Christina Liew (Timbalan Pengerusi PKR Sabah) mengalu-ngalukan keputusan mahkamah membenarkan kalimah Allah SWT digunakan oleh Gereja Katholic dan Herald Tribune. "Malaysia must be the only country...Indonesia, which has the largest number of Muslims, the word is never an issue" kata Christina Liew dalam Daily Ekspress pada 1 Januari 2010. Itu pandangan PKR di Sabah, namun sampai hari ini Anwar Ibrahim selaku ketua PKR tidak bercakap apa-apa pun mengenai isu ini. Sebagai seorang Islam, Anwar tidak berani tegur pun kenyataan ahlinya. Anwar nampaknya masih bersetuju dan menyokong permohonan Ketua Paderi (lihat video ini). Bila ada Melayu sebeginilah, orang Islam jadi berpecah.


Tuntutan penggunaan kalimah Allah SWT ini sebenarnya adalah sebahagian daripada agenda Interfaith Commission di Malaysia (lihat video ini). Tuntutan ke-9 IFC menyatakan "orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya". Jika kalimah Allah disalahgunakan oleh gereja dan Kristian, siapa yang mahu bertanggungjawab?

Sambutan hari jadi Anwar ke 61 di Restoran Marche, Kuala Lumpur.

"Anwar said since an entire generation of Malaysians had grown up using Bahasa Malaysia as a medium of communication, he saw no reason why Christian Malaysians in their prayers could not use the Arabic term for God – ‘Allah’" kenyataan Anwar pada hari Rabu, 30 Januari 2008 sewaktu Anwar bertemu dengan 200 orang pemimpin Kristian secara tertutup di Petaling Jaya. Selepas di Petaling Jaya, Anwar berjanji pula di depan bishop bishop di Batang Air, Sarawak. Semata-mata kerana undi, Anwar sanggup gadaikan agama. Inilah padahnya bila Melayu berpecah, undi bishop pun ditagih oleh PKR untuk berkuasa. Anwar lebih menyebelahi siapa sebenarnya? Kristian atau Islam?

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam bro, 'sesumpah' Yahudi ini boleh berbuat apa saja termasuk menjual agama dan bangsa Melayu asalkan dapat memuaskan nafsu berahinya.....