Saturday, January 2, 2010

Nik Aziz Salahkan Orang Lain Lagi, Isu Kalimah Allah, Nik Aziz Diam Menyepi


"Benda ini orang lain yang buat, sampah orang lain yang buang, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai. Benda ini bila kita bagi jaga negeri atau Malaysia kepada orang tidak pandai akhirnya imej politik lebih jadi buruk, setengah tok guru tidak mahu ceburi politik kerana disangka buruk, politik itu yang buruk, tetapi politik saya comel, politik Nabi Muhammad, politik Nabi Muhammad yang pertama," kata Nik Aziz di Ibu Pejabat PAS Kelantan pada 1 Jan 2010. Nik Aziz menyalahkan BN bila PAS diminta membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd. Sudah habis kering duit disapu untuk kaum keluarga, mudahlah dituduhnya orang lain yang membuat sampah. Beginikah sikap Tok Guru yang comel?



Berikut adalah artikel dalam Malaysiakini pada pagi 1 Januari 2010 yang mengajak pembaca agar membenarkan kalimah Allah SWT digunakan oleh gereja dan Herald Tribune (baca sini). Tidak ada seorang pun pemimpin PAS dan PKR yang beragama Islam berani berlawan dengan tuntutan gereja ini. Lebih teruk lagi ada pemimpin PKR yang menyokongnya pula, (baca sini). Malah bila media yang pro mereka seperti Malaysiakini menyeru pembaca agar menerima keputusan hakim berkaitan kalimah Allah, mereka diam menyepi. Termasuklah Nik Aziz, yang lebih sibuk berbicara soal siapa yang mahu digantikan sebagai Setiausaha Politik dan Setiausaha Akhbar yang baru. Nik Aziz juga lebih seronok menepis dakwaan saman RM800 juta daripada isu agama yang lebih mustahak. Pengikut-pengikut PAS di IPTA pula sama macam Nik Aziz, mereka lebih sibuk mempertikaikan ketelusan e-voting daripada membantah isu kalimah Allah ini. Mereka tidak akan berani melawan kehendak gereja. Beginikah pemimpin yang mahu dipilih dalam pilihan raya kampus di IPTA nanti?

10 comments:

Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

salam,

Memang benar, kalau dulu kononnya mereka sensitif dan menjadi juara dalam mensesasikan isu murtad seperti lina joy walhal tak sedar mereka sendiri bersekongkol dgn puak2 sperti peguam imtiyaz. Kini, mereka seolah tertelan lidah atau telah mendapat arahan dari khalifah dari pkr dan dap supaya menutup mulut mereka. Dulu cukup pandai nak berdemontrasi tentang islam, kini.....'batu' dan sampai ke kerongkong !!

C L J said...

Takkanlah dalam politik kampus pun dah mula tunjuk bakat nak jadi pak turut yang tertutup mata dan matahati. Di IPT bukankah kita sedang belajar desiplin ilmu? Binalah keesahan maklumat dengan kesahihan fakta.

PPUNT said...

Hebahkan! Pada 3/1/10, (Ahad) jam 10 pagi.
1.Himpunan besar-besaran umat Islam di depan Dewan Sri Pinang mengadap mahkamah tinggi Pulau Pinang bagi membantah keputusan membenarkan penggunaan nama Allah dalam majalah Kristian Herald Tribune.

2. 11.30 pagi-Berkumpul dihadapan rumah TYT PP, serah memorandum kpd TYT dan memohon majlis Raja-Raja campurtangan. Jemput beramai-ramai.

http://pemudanibongtebal.blogspot.com/2010/01/sidang-akhbar-oleh-pemuda-umno-pulau.html

Anonymous said...

Ini ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap tiap malam. Sembahyang hajat penuh stadium. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik. Apa kah ahli PAS akan masuk syurga walaupun dia bersama Allah?

Pemerhati said...

Macam mana PAS nak tentang?
PAS dari dulu lagi menyokong DAP komunis utk memberi ceramah dlm masjid dan surau, turut serta bertakbir raya, dll.
Hidup PAS!
Takebeer!
PRU13 belum tentu lagi?

YANG GAMBI said...

Salam brp, tak lama lagi paderi dan mana wakil DAP yang boleh baca ayat Quran boleh baca khutbah dalam Masjid-Masjid pada hari Jumaat ganti Khatib.... Khalid Samad dan Nik Aziz benarkan....

KOL. Mat said...

bagus juga hakim telah menyatakan tentang pggnaan allah. semua perlu akur. jika nabi isa turun nanti umno percaya ke?. nabi isa pun akan guna nama allah juga. umno ni bodoh dan jahil,suka berpoya poya, berjudi, persundalan dan pembaziran keterlaluan pula.

Anonymous said...

respon pada KOL. Mat..

ko bijk sgt ar ek?ko tu menyalak je lebih

Kurniawan

Anonymous said...

Kol Mat bkn Islam sbb tu sokong kristian guna kalimah Allah

Anonymous said...

Kol.Mat ko tau ke nabi isa nak turun...Ko memandai lak.... ko islam ke?....Ko tau megucap dua kalimah shaadat ke...Wakakaka