Sunday, January 3, 2010

Dalang Yang Membenarkan Kalimah Allah Diguna Kristian

Ketika umat Islam di Malaysia membantah kalimah Allah SWT digunakan oleh Herald Tribune dan Gereja Katholic, ada pemimpin Islam pembangkang yang membenarkan Kristian gunakan kalimah Allah semata-mata untuk kuasa politik mereka. Pada 2 April 2009, ketika berkempen di Batang Air, Sarawak, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa ''isu penggunaan nama Allah tidak menjadi masalah kepada PKR dan kita benarkan sebab sudah lama mereka (penganut agama lain) guna nama Allah, jadi biarkanlah" (lihat video ini).

Pada 3 Januari 2008, Haji Mohamed Daud Al-Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat) menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’. Katanya kalimah Allah sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu. Itulah pandangan ulama PAS. Sampai hari ini, PAS masih belum ada pendirian jelas lagi tentang penggunaan kalimah Allah SWT. Malah PAS mahu bermesyuarat dahulu sebelum menyatakan keputusan mereka (baca sini). Ada wakil rakyat PAS yang jelas menyokong usaha gereja untuk menggunakan kalimah Allah (baca sini). Sewajarnya PAS dan PKR akur dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-82 pada 5-7 Mei 2008 berhubung isu penggunaan kalimah Allah SWT oleh bukan Islam.

"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang telah dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain".

"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan" Ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Fatwa sudah keluar, mahukah ulama pembangkang menerima fatwa ini?

Perdana Menteri sudah menyatakan komitmen untuk mengadap sembah Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu berhubung isu kalimah Allah SWT ini. Diharapkan keputusan Majlis Raja-Raja mampu menghalang usaha Gereja Katholik untuk menggunakan kalimah Allah SWT. Hairan juga kenapa ada lagi pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR yang masih bersama dengan tuntutan gereja ini? Ikutlah cara Nasharuddin Mat Isa dan Pemuda PAS Pulau Pinang yang melihat isu ini sebagai isu agama dan sejagat.

11 comments:

Anonymous said...

kenape baru skang nih orang melayu sebok2 ungkit hal ni??
bukan dah lama ker org kristian pakai 'allah'..

gwkolonel said...

* Kenapa pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan nama Allah tidak lagi "God". Dalam Islam Allah hanya Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Manakala dalam Kristian, mereka mempercayai Tuhan mereka beranak, Jesus anak Tuhan. Apakah di Vatican juga menggunakan nama Allah bukan God?. Apakah penganut Kristian Prostetan juga menggunakan nama Allah dalam agama mereka?. Kenapa penganut agama Kristian di negara lain tidak menyebut nama Allah sedangkan nama Allah bukan hanya digunakan oleh umat Islam di Malaysia tetapi diseluruh dunia.

Ternyata edaran majalah Herald Weekly oleh pihak gereja Roman Khatolik yang dibawah kelolaan Tan Sri Murphy Pakiam banyak membelit.. autar seperti nama ketua majalah itu sendiri yang sukar bercakap bahasa mudah.


http://airmata-darah-keringat.blogspot.com

sudirumusibarat said...

Apakah kita bangga pencapaian kita
Apakah kita yakin perjuangan kita benar
Wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah

Orang berakit-rakit ke hilir
kita berakit-rakit ke hulu
Orang bangkit nama Allah di Tanah Air
kita pula bertindak keburu melulu

Sayang sarawak sungainya sempit
marilah kita lebarkan-lebarkan
Sayang Islam Malaysia sudah piut-miut
soal aqidah masih lagi belum selesaikan.

Sayang sarawak sungainya sempit
marilah kita lebarkan-lebarkan
tahu aqidah kita melarat
lebih setengah abad di sekolah apa diajarkan
di luar pagar sekolah
diolah program realiti jadi anutan
tersihir umat pesona setengah abad lebih

Negara kita membangun
kita bangga kejayaan kita
ditayang disebar seluruh alam
aqidah kita tidak membangun
ini fakta bukan direka kata
alam yang alamat tertera
hala yang ada berhala
apakah kita bangga pencapaian kita
apakah kita yakin perjuangan kita benar
wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah
tersihir umat pesona setengah abad lebih


Orang bangkit nama Allah
kita pula bertindak keburu melulu
meraung melolong tentulah sudah
di bawah teduh awan hijab
kita takut pada bayang mereka
kadang - kadang kita keliru
bayang kita atau bayang mereka
Baru saja bayang belum lagi lembaga
sepatutnya pemimpin kita buka mata
jangan asyik nak membangunkan harta
jangan asyik nak membangunkan lembaga berpesta berdemo
gegak gempita

Negara kita membangun
akidah tidak cukup teguh
rapuh bagaikan sarang labah
tipis bagaikan kulit bawang
Orang bangkit nama Allah
dakyah mereka dikatakan halus dan tajam
apa usaha kita untuk menandingi
jangan asyik nak membangunkan lembaga berpesta berdemo
gegak gempita gagak yang berzikir gak- gak-gak pun rasa malu
lebih setengah abad telah diberi peluang berlalu
tersihir umat pesona setengah abad lebih
wahai pemimpin yang dianugerahkan amanah

Muhammad said...

Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz di Indonesia http://wp.me/piAx4-12i

Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-12d

Penyelewengan Tauhid & Kalimah ALLAH : http://wp.me/piAx4-12a

Jeffry said...

SLM BRO..DIORANG NI MANE NK DGR CKP MAJLIS FATWA SB DIORANG ANGGAP MAJLIS TU UMNO YG PUNYE. JADI DIORANG IKUT LA FATWA KRISTIAN PLAK. JANJI DPT UNDI! KEHKEHKEH

Mr. J @ pengerindu.com said...

Yes! Allah Yes Yeshua! Yes!

1 ALLAH 1 Yeshua. Thank God Thank Allah and YEsus!

Iskandar Zulkarnain said...

isu penggunaan nama Allah ini harus diteliti dengan baik oleh pihak yang berwajib. Umat Islam Malaysia harus bertindak rasional dan matang.

UMNO tidak perlu menjadi juara dalam isu ini.Ketua Wanita UMNO yang tidak tutup aurat pun nak menunjukkan kononnya dia juga pembela agama.Tetapi dalam kes sebatan ke atas Kartika bolehg pula dia tumpang semangkuk dengan SIS kononnya hukuman sebatan itu menindas wanita. Padahal hukuman sebat itu adalah sebahagian darpada undang-undang Islam.

Itu belum lagi campur dengan kenyataan bekas Presiden UMNO yang pernah menghina janggut Nabi,tudung serta hudud. Apabila seorang Ahli Parlimen DAP yang bukan Islam yang kononnya pertikaikan peruntukan masjid bukan main hebat UMNO hentam tetapi jangan lupa UMNO lah yang merobohkan masjid di Terengganu,menghentikan bantuan perkapita kepada sekolah agama,menutup masjid dan surau serta memecat imam dan bilal.

Banyak lagi perkara-perkara mungkar yang dilakukan oleh UMNO.Berhentilah bersikap munafik yang kononnya mereka pembela Islam

Anonymous said...

buat lah umno apa yang patut. apa orang nak cakap, cakaplah. nak harap pas, dia jaga undi. nak harap pkr? mereka yang buka jalan. nak harap dap? merekalah yang tuntut. biar kita dihina tapi kita yang membela bukan seperti mereka, kononnya liberal, semua sama sampai tuhan pun nak disamakan. nauzubillah.

Mat Takbir

Menantu Haji Hadi said...

blogger ni sesat...munafik...taroot

hidup Pro Mahasiswa tumbangkan Aspirasi di kampus

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum semua.

menantu haji hadi,

saya memang tidak setuju banyak perkara dengan tuan punya blog ini tetapi berhati-hati apabila melabelkan seseorang sebagai sesat dan munafik.


Saya juga kurang yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat tetapi tidak semestinya saya sokong BN.

Walaubagaimanapun saya sokong dalam isu kalimah Allah ini umat Islam mesti ada kesepakatan.

Anonymous said...

Ibnu Yusoff al-Qurawi

Saya sokong pandangan itu. Kita kena sokong kerajaan bahkan kena taat pada perkara-pekara yang tidak bertentangan denagan syarak. Dalam isu kalimah Allah ini kerajaan yang betul. Justeru kita kena taat kepada pemerintah kerana taat kepada pemerintah itu adalah wajib