>

Saturday, January 9, 2010

Menjelang Pilihan Raya Kampus, Bulan Mengambang Muncul Di UMT



Pada 7 Januari 2010, dua bulan mengambang didapati tiba-tiba muncul di Universiti Malaysia Terengganu, UMT. Satu bendera ditemui digantung di pengkarangan asrama lelaki manakala satu lagi didapati digantung di Fakulti Sains & Teknologi. Bagaimana pun banner dan bendera tersebut telah dibuang oleh unit keselamatan UMT. Borang-borang pencalonan untuk ahli majlis perwakilan pelajar mulai dijual sejak 6 Januari 2010 lepas. UMT dijangkakan mengadakan pengundian pada 17 Januari 2010. Dengan kehadiran bendera PAS ini, suasana pilihan raya di UMT dijangkakan bakal panas. UMT adalah universiti yang ketiga bakal mengadakan pilihan raya kampus selepas UNIMAP dan UUM. UNIMAP dan UUM sudah dikuasai oleh kumpulan Aspirasi Pelajar. Pihak Pro Mahasiswa tentunya amat kepingin untuk menakluki UMT, UDM dan UMK di Pantai Timur. Pelajar perlu berfikiran rasional dalam memilih, jangan mudah terpengaruh dengan dakyah politik kepartian.

10 comments:

Anonymous said...

Cadangan aku kpd kumpulan ni, semasa mengundi p/raya kampus ni ko org pakai le lencana bulan. Apa macam? Ada berani?



paspispus

Anonymous said...

BLOG PENGKHIANAT DAN PERKAUMAN.

TokLimbong said...

Kenapa perlu jadikan IPT sebagai medan politik luar? Apakah ini agenda pihak yang tertentu untuk mengajar mahasiswa untuk menentang kerajaan yang ada pada hari ini. Jangan jadikan mahasiswa sebagai mangsa politik kotor PAS. Buat mahasiswa, teruskan pengajian tanpa sebarang fahaman politik..

YANG GAMBI said...

Salam Bro, PAS memang mudah mempengaruhi pemikiran anak-anak sejak dari belum baligh lagi, inilah pewaris mereka yang menghasut golongan pelajar di IPT.......

Anonymous said...

Masuk universiti kerajaan ,pastu duk kondem kerajaaan. Pi la masuk universiti Pas tu!

Jeffry said...

MAK BAPAK SUH SKOLAH TINGGI BIAR JADI INSAN BERGUNA. KERAJAAN BG PELUANG BELAJAR UTK TUNTUT ILMU SUPAYA PELAJAR TAK KETINGGALAN DAN DPT MENGGUNAKAN ILMU UTK MENGUASAI PELBAGAI BIDANG DEMI UTK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. BUKAN BELAJAR UTK KURANG AJAR DGN MAK BAPAK ATAU MENENTANG KERAJAAN!

Anonymous said...

ini puak2 yg dok reti base-gi ngaji Rusile nun puak2 mung-serabut tengok muke

amdang81 said...

Macam tak logik je puak PAS yang naikkan Banner n Bendera tu. Semacam dibuat oleh pihak lain.

Kalu yang pro-PAS, takkan la bendera PAS tu susah sgt nak dapat. Ni nak kena cat sehelai kain tu nak dijadikan bendera.

Tak logik dan tidak logik...

reverie said...

pas ke kerajaan. sama-sama melayu bro.

Iskandar Zulkarnain said...

Assalamualaikum saudara Angin perubahan,


dalam isu ini saya boleh senada dan bersetuju dengan saudara Azrinizam kerana tidak patut politik kampus dicampuradukkan dengan politik nasional.

sebab itu saya menyokong Aspirasi kerana Aspirasi terbukti berjaya melaksanakan kerja mereka sebagai pemimpin dan bukannya banyak berpolitk.