>

Monday, January 11, 2010

Lepas UMT, Banner Naik Pula Di UKM

Selepas UMT dikejutkan dengan kehadiran banner dua bulan mengambang di UMT pada 9 Januari 2009, hadir pula di UKM banner yang memburukan kumpulan Pro Mahasiswa pada 11 Januari 2009 (baca sini). Kain rentang bertulis 'GMUKM = Pro-M = Pro-Israel, Pemfitnah, Penipu dan Pengganas' itu digantung di sebuah Kolej Kediaman Ungku Omar di kampus Bangi.

Kampus tersebut terletak di tempat yang amat strategik. Akses dan kebarangkalian orang luar untuk masuk dan mensabotaj pilihan raya kampus di UKM adalah tinggi. Namun mengapakah pihak Pro Mahasiswa sering menuding jari kepada orang lain sebagai punca sesuatu kejadian?. Perangai yang sama seperti abang besarnya di luar kampus. "Kami mengesyaki ia dinaikkan oleh kumpulan pro-Aspirasi kerana label-label seperti pemfitnah dan penipu itu pernah dilemparkan kepada kami sebelum ini," kata jurucakap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) Ammar Ismail.

Tahun ini ada banner di Kolej Kediaman Ungku Omar, tahun lepas ada kes SMS ugutan, dua tahun sebelum itu ada kes ugutun pisau di UKM. Satu demi satu isu wujud dalam pilihan raya kampus di UKM. Mahasiswa perlu menilai semua isu ini secara matang dan tidak terburu-buru. Usah termakan dengan persepsi yang diwujudkan oleh GMUKM. Pihak Aspirasi di UKM perlu membuat laporan polis atas tuduhan yang dilemparkan oleh GMUKM dalam Malaysiakini.

7 comments:

Anonymous said...

aku dak ibu zen

idup ASPIRASI!!!!

MC_Shaharul said...

alah bro mmg keje aspirasi pn,mase aku study dulu bape byk banner nie..risalah2 kuar time dekat nk pilihanraya..org sume dah tau dah sape punye keje..

Anonymous said...

memang ramai mahasisiwa kat Malaysia ni xbersyukur. Masa nak biasiswa dan pinjaman bukan main puji kerajaan tapi bila dah dapat ramai yang jadi setan. Bukan nak berterima kasih tapi duk kutuk kerajaan. Sama juga yang ditaja ke luar negara malah ada yang jd pemimpin pembangkang pulak tu. Tak tahu malu....orang memberi kita merasa. Hulurkan terima kasih pun dah memadai bukannya mengutuk dan mengeji orang yang membantu kita.

YB Raz said...

apebenda ler kat kampuspun nak politik beriya. aku dulu wat x tau je pasal politik kampus ni.

setiap hari pegi kelas balik kelas. tak campur langsung benda benda ngarut ni.

dapat konvo juga aku. pedulilah sama kaki politik kampus. tak kemana perginya.

Muhammad said...

1Bukan Islam Tidak Berhak-Dr Khalif Muammar
2Penggunaan Kalimah Allah Yayasan Sofa
3Antara Nama dan Hakikat-IKIM
4HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH-JAKIM
5Antara Celaru Dan Keliru
6Isu Kalimah Allah - Dr. Siddiq Fadzil
7Keputusan Majlis Fatwa : Penggunaan Kalimah Allah
7Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din

C L J said...

Perkara gini berlaku juga ke dalam kampus? Aneh sungguh ....

Kalau diluar dok berlaku tu tak heranlah. Kini dok berlaku dengan parahnya terhadap mereka yang sejak lama dulu dok enak mengamalkan budaya melontarkan perkara begitu kepada orang lain. Kini sedang menerima perkara sekira serupa terhadap dirinya. Itu barangkali peringatan dari Tuhan. Wallahhuaalam.

Tetapi kat dalam kampus tu gitu juga ke ? Wallahhuaallam.

Anonymous said...

Biasa ar GMUKM...Hipokrik terlebih..
cakap orang lebih..depan orang lain macam baik sangat...perangai buruk macam lahanat...


Pak teh