>

Saturday, January 30, 2010

Keputusan PRK: Mahasiswa Pro Pembangkang Semakin Ekstrems

Berikut adalah SMS ugutan yang dihantar kepada salah seorang mahasiswa Pro Aspirasi di Universiti Malaya. Ianya dihantar berikutan kekalahan tipis Pro Mahasiswa dalam pilihan raya kampus. Pro M biarpun kalah, tetapi menang 7 daripada 8 kerusi di kawasan umum. Namun mereka gagal menerima kekalahan dan bertindak ganas terhadap HEP dan pelajar yang tidak sependapat dengan mereka. Majoriti IPTA dikuasai oleh Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini. 17 IPTA sudah dimenangi oleh pelajar yang pro Aspirasi.

Di UIA, beberapa orang calon bebas bertindak beralih arah dan menyokong pelajar yang pro Aspirasi setelah melihat kelakuan ektrems kumpulan Pro Mahasiswa di UKM dan UM. Pro Mahasiswa juga hilang penguasaan di UNIMAS, bila kumpulan pelajar di sana menolak sepenuhnya "warna oren" untuk kuasai MPP. Hanya UMT yang dikuasai oleh kumpulan pelajar pembangkang. Itupun kerana faktor calon yang boleh bertanding MPP adalah di paras minima, iaitu 2.0 CGPA. Manakala di UTHM, pilihan raya kampus ditunda ke suatu tarikh yang lain.
Gambar atas menunjukkan kumpulan pelajar Pro M telah mengepung dan menyerbu masuk pejabat Naib Canselor di Universiti Malaya pada 29 Januari 2010 setelah mereka kalah dalam PRK. Mengapakah Pro Mahasiswa perlu menjadi radikal, provokatif dan ektrems sebegini?. Sedangkan mereka rata-ratanya datang dari Akademi Pengajian Islam? Apakah Islam mengajar kita untuk bertindak di luar batasan bila keputusan tidak menyebelahi kita? Dalam isu kalimah Allah SWT, tiada seorang pun pelajar Pro M yang berani bersuara kerana takut dengan bayangan Anwar Ibrahim. Kerana agama mereka takut, tetapi kerana kepentingan kelompok sendiri mereka bertindak di luar batasan.

Pelajar Pro M bertindak menendang CPU dan monitor komputer sebagai membantah e-voting. Setahun yang lepas, bila mereka menang dan menguasai MPP apakah aktiviti dan faedah besar yang mereka sumbangkan kepada pelajar di UM? Tiada sebarang impak yang positif ke arah pembangunan akademik dan menjaga kebajikan pelajar secara lebih berfokus diadakan oleh mereka. Aktiviti yang dibuat hanyalah berdemonstrasi, berkonflik dengan HEP dan menjemput beberapa tokoh pembangkang masuk ke dalam Universiti Malaya. Teresa Kok, Nik Nazmi dan beberapa orang lagi wakil rakyat PKR, PAS dan DAP masuk ke kampus atas jemputan MPP yang dikuasai Pro M. Apakah mereka ini yang meracuni fikiran pelajar ini menjadi ekstrems sebegitu rupa? Beranikah wakil rakyat pembangkang tersebut menegur perbuatan Pro M yang melampaui batas ini? Dari mana Pro M dapat sebegitu banyak duit untuk buat banner, badut, baju, bendera dalam kempen PRK kali ini? Ada sesiapa yang membantu gerakan mereka?

Di UKM, pada 28 Januari 2010, pelajar pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengepung dan menyerbu masuk ke tempat pengiraan undi. Malah TNC HEP yang berada di dalam tempat pengiraan undi diugut dan diancam keselamatannya. Mereka dakwa pentadbiran UKM dengan macam macam tuduhan kerana kalah dalam PRK. Lebih memalukan lagi bila melihat pelajar-pelajar perempuan GMUKM menjerit-jerit dan bertindak kurang beradab. Apakah ini yang diajar di Fakulti Pengajian Islam UKM?

Apakah sebenarnya dicari oleh Pro M ini? Mereka mahu belajar atau mahu menjadi aktivis politik sepenuh masa? Jika mereka mahu menjadi aktivis politik, elok kiranya mereka berpindah ke universiti lain yang lebih demokratik di bawah kerajaan DAP, PKR dan PAS. Berdemolah minta agar Khalid Ibrahim (MB Selangor) memberikan RM1,000 kepada pelajar tahun satu yang baru masuk universiti. Sebagaimana yang dijanjikannya dalam motto pilihan raya umum. Jika tidak, PTPTN tidak perlu membazirkan duit rakyat untuk menyara pelajar yang tidak minat belajar ini. Mintalah wakil rakyat pembangkang tubuhkan dana khas bagi menyara pengajian pelajar-pelajar yang menyokong pembangkang ini. Universiti adalah tempat untuk belajar. Hormatilah hak majoriti pelajar lain yang telah bersuara melalui undi.

9 comments:

Arif Omar said...

mereka ini otak tak empok. cakap aje berdengar. belajar takat 2.5 kebawah aje. hasil tarbiyah pas le ni.

||Aku Pemikir|| said...

Salam,

memang begitulah mahasiswa kita.

idealis dan emosional..kadang-kadang perlu untuk fikir matlamat sebenar kita di universiti adalah untuk belajar.

politik bagus, tapi kalau extrimis sgt itu bahaya..awak demo sana sini sbb tak puas hati, kena tangkap polis, pastu dibuang universiti..cuba fikir balik masa depan..agak-agak berpolitik byk sgt boleh bagi kita dan anak bini makan?

menang-kalah itu adat, kalah sekarang, kaji diri sendiri dan cuba untuk berusaha tahun depan, tak matinya kalau tak dapat kerusi di universiti..kelakar btul..

salam perkenalan dari indonesia, semoga ukhwah antara pelajar malaysia dan indonesia dapt dibina.

minta linknya untuk masuk ke dalam blog..

link aku..

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com

khairul hafidz alkhair b khairul amin
YDP Persatuan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) Pusat,
Bandung Indonesia

p/s: silakan jika mahu bertanya apa2 mengenai persatuan yang ada di insonesia ni..:)

sasha2020 said...

Pelajar melayu sekarang dah lah tak pandai, lepas tu mudah pulak kena tunggang macam baghal....

Yang peliknya, ramai pulak dari aliran agama yg sepatutnya lebih berakhlak dan redho dengan semua ketentuan allah.

Adakah mereka ingat, kemenangan kepada Pro Aspirasi bukan dengan izin allah?? atau kekalahan mereka juga bukan akibat ketentuan allah??

Dimana iman mereka??

Kadang kadang aku pelik...Tapi inilah hakikatnya!!!

PensyarahIPTA said...

Salam,

perlakuan mahasiswa seperti ini sangat memalukan bangsa Melayu Islam, saya merasa sedih dengan ketaksuban mereka yang kurang matang dalam tindakan, saya fikir mereka ini perlu disekolahmenengahkan semula.

Pak Tam said...

Pro M terbawa2 dengan politik ganas di luar ke dalam kampus. Minta Mahfuz ulas perkara ini. Inikah mahasiswa yang ndak PAS lahirkan.

~~ceephoo~~ said...

kalau boleh dismpikan..

mahasiswa spttnye menjd seorng yg 'political sensitive, not political active'..

kejayaan diri sendiri, itu lah kejayaan agama, bangsa dan negara..

maruah diri, itulah maruah keluarga, agama, bangsa dan negara..
~~kita fikirkan bersama~~

Anonymous said...

Kalau dah Timbalan Menteri pun menyokong tindakan diorang..apa nak kata....Ntah kenapa UMNO letak timbalan menteri macam tu...

gadis umur 19 thn 1 bln 21 hr said...

nie lah yg dikehendaki oleh pihak PR, di mana org melayu yakni org Islam di usia semuda ini melakukan perkara2 yg tidak septutnya lbh2 lg org yg begitu menunjukkan "kealiman" mereka...pa da jd nie???msk u utk bljr ke utk berdemo???!!!!!

Anonymous said...

hmmm...kami dituduh menggunakan org atas dan kami yg dituduh menipu dan dibela....2 ditahan FRU tapi hanya dalam beberape minit dilepaskan...siapa yang dibela dan siapa yang menggunakan org atas?...kerja nk bergaduh...majoriti negeri sme..memalukan...GM2...tepuk kepala tnye otak...