>

Thursday, January 28, 2010

Kepala Babi Datang Lagi

27 Januari 2010, dua kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama. Setahun yang lepas, pada 16 Januari 2010, dua kepala babi ditemui di Surau Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya. Modus yang sama berlaku dalam masa setahun di tempat yang berbeza. Namun mengapa perlu ianya berlaku sebegitu? Apakah ianya bertujuan untuk memprovokasi umat Islam tentang isu kalimah Allah?
Persamaan untuk kedua isu di atas ialah ianya berlaku sehari sebelum pengundian pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Siapa yang punya angkara? Setahun yang lepas dalang sebenar kejadian masih belum diselesaikan, setahun kemudian kejadian yang hampir sama berulang lagi. Rakyat tidak perlu cepat melatah menuding jari kepada sesiapa. Mahasiswa pula perlu mententeramkan keadaan dan jangan cepat bertindak mengikut emosi muda. Siasatan untuk kes ini perlu diselesaikan dengan segera sebelum persepsi menjadi kepercayaan publik. Jangan mudah menuding jari kepada sesiapa.

No comments: