>

Friday, January 8, 2010

Kalimah Allah: Majlis Raja Raja Perlu Bersidang Segera


Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, (1) "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Boleh diamalkan secara bebas selagi ianya tidak menggugat perasaan dan ketenteraman penganut agama Persekutuan yang majoritinya lebih besar. Apa yang telah berlaku pada pagi 8 Januari 2010 di Gereja Assumption di Petaling Jaya, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Life Chapel, Seksyen 17, Petaling Jaya menunjukkan bahawa terma aman damai dalam kebebasan beragama sudah tiada lagi.


Tidak pasti siapa punya angkara kebakaran gereja tersebut. Mungkin ada pihak ketiga yang cuba menaguk di air keruh. Tindakan menyerang gereja tersebut amatlah tidak wajar. Apa yang pasti ianya berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah SWT yang dipohon penggunaannya oleh Herald Tribune dan Gereja Katholik. Di Sarawak pada awal penyebaran Kristian dulu, perkataan yang digunakan adalah "alloah" bukannya "Allah". Seharusnya pihak Gereja Katholik membuat semakan yang terperinci mengenai sejarah awal bukan menjadikan alasan permintaan daripada Vatican City untuk mencetuskan keadaan tidak aman dan damai di negara ini.


Benar, Allah adalah Tuhan untuk semua manusia dan sekalian alam. Namun yang membezakan antara orang Islam dan kafir adalah dua kalimah syahadah. Orang Islam bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Bezanya kafir tidak mengucap dua kalimah syahadah. Mereka hanya mahu gunakan satu kalimah sahaja. Kristian percaya bahawa "Jesus is son of God". Apa akan jadi kalau God itu digantikan dengan kalimah Allah oleh Kristian? Ini jelas sekali bertentangan dengan sifat-sifat Allah SWT. Mereka yang liberal tetap dengan fahaman mereka. Namun yang sedihnya, ada juga pemimpin mahasiswa yang memimpin Persatuan Islam di USM menyatakan "jadi tidak perlulah kita menjadi hero seolah-olah kita menjaga sungguh agama kita, sedangkan pada hakikatnya sebaliknya yang berlaku" (baca sini). Kumpulan Pro M ini pandangannya sudah sama dengan Anwar Ibrahim. Tidak berani mereka bercanggah pendapat biarpun perkara itu dikatakan wajib oleh Majlis Fatwa. Apakah YDP PMIUSM ini tidak membaca keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (baca).


Majlis Raja-Raja perlu menamatkan polemik isu kalimah Allah ini dengan segera. Fatwa yang sudah dikeluarkan pun diketepikan. Mungkin mereka yang menolak itu lebih alim dan warak dari mufti sendiri. Apa akan jadi di masa depan jika semakin ramai orang Islam yang sebegini. Pegang kuatlah pada dua kalimah syahadah dan ikutlah ajaran "imam" sebenar. Mengapa perlu menyokong permohonan paderi dan bishop-bishop, sedangkan pandangan mufti sendiri diketepikan. Penyelewengan Yahudi dan Nasara amat halus, berhati hatilah. Jagalah aman dan damai di negara ini.


4 comments:

wakdanial said...

salam perjuangan..
minta izin utk memetik sedikit perkara di dalam post ini utk diletakkan di blog saya.terima kasih

YANG GAMBI said...

Salam bro, kawan risau juga dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja mengambil kesempatan dengan isu, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.......

Kawan bukan menuduh mana-mana pihak....

semua orang tahu, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain, memandangkan mereka sedar masyarakat Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan pembangkang, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum ini akan benci kepada Kerajaan BN.........

Kena hati-hati muslihat 'yahudi' laknat ini...

reverie said...

Rujuk kata2 alim berilmu di link dibawah:
http://ahmdsyhmi.blogspot.com/2010/01/jangan-dibuat-main-2.html

Semoga hati2 kita dicerahkan dengan yang benar oleh Allah swt.

C L J said...

Ada satu persoalan penting bermain di otakfikir hamba kini:

BAGAIMANA KALAU ORANG ISLAM PULA MENERBITKAN AYAT SHAHDAT DAN/ATAU SURAH AL IKHLAS DALAM BAHASA MELAYU DAN JUGA DALAM BAHASA INGGERIS. KERTAS KERTAS ITU TERSEBAR PULA KEPADA ANAK ANAK MUDA ORANG KRISTIAN.

BAGAIMANA AGAKNYA REAKSI ORANG KRISTIAN PADA KETIKA ITU.