>

Saturday, January 9, 2010

Implikasi Kalimah Allah

Berikut adalah antara risalah yang diterbitkan oleh Kristian. Implikasinya amat besar bila kalimah ALLAH digantikan dengan GOD oleh Kristian. (baca sini).
Risalah ini lebih berbentuk kartun dan tulisan yang mudah difahami. Sudah tentu target dan sasaran risalah ini adalah golongan kanak-kanak dan generasi muda. Bayangkan apa akan jadi kalau kanak-kanak yang berusia 5 tahun membaca risalah ini? Balik di rumah kanak-kanak itu akan bertanya ibu dan bapanya atau di sekolah dia akan pergi bertanya pada cikgunya. Kalaulah ibubapa dan gurunya gagal memberikan penjelasan yang baik, sudah tentu kanak-kanak itu akan terkeliru. Bagaimana pula jika kanak-kanak itu ternampak sebuah gereja yang bernama "Gereja Harapan Baru Allah"? Gereja itu pula menawarkan aiskrim,wang ringgit, dan segala macam tarikan materialistik untuk menarik minat kanak-kanak tersebut. Tentunya kecelaruan akan berlaku dalam masyarakat.

Berhati hatilah kita, jangan mudah melenting dan menuding jari. Jerat Yahudi dan Nasara amat licik. Orang luar akan bertepuk tangan jika sebuah lagi negara Islam seperti Malaysia berjaya dilemahkan dengan tuntutan Herald Tribune dan Gereja Katholik ini. Mereka tidak akan berani jika semua umat Islam bersatu hati. Marilah menanggani ini secara bijaksana dan berhikmah. Beri penerangan yang sebaiknya kepada yang masih samar.

7 comments:

Zaharah said...

ini harus ditentang...!!!
Jgn biarkan mereka meracuni generasi muda,warisan bangsa kita pada masa hadapan...!!!

Anonymous said...

Harapan bangsa?? Ingat Islam tu eksklusif tuk org melayu je ke??pemikiran jenis apa la saudari ada...fikir la baik-baik....

Anonymous said...

hahaha

Anonymous said...

anon 9:58am

benar islam bukan agama untuk sesuatu bangsa.tetapi terma Allah di dalam islam juga tidak boleh digunakan oleh agama lain untuk merujuk kepada tuhan dalam agama tersebut.Allah adalah hak eksklusif umat Islam.bukan bangsa melayu.saudara orang islam?andai mahu gunakan kalimah Allah,mengapa tidak mahu menganut agama islam?mengapa tidak berbangga dengan Yesus dan God?adakah pihak gereja sudah tidak yakin dengan agama sendiri?atau ada udang disebalik batu? =)

danish said...

ALLAH adalah hak eklusif orang ISLAM. Itu jee..kenapa sekarang baru nak di pertikaikan? Ceritanya mudah... pasal org melayu sendiri yg tak bersatu hati utk mempertahankan yg haq.. semuanya gara-gara politik kotor dan jumud serta banyak menghalalkan cara...macam lembu...kena tarik hidung.. especially melayu dalam Parti Reban (PR)