Sunday, January 31, 2010

Guan Eng: Diktator, Cauvinis & Komunis

Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang) menggambarkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis. Zahrain juga berkata pakatan pembangkang perlu menghentikan sebarang tolak ansur dengan Guan Eng kerana Guan Eng gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum lalu. Cukup keras kritikan Zahrain ini. Setelah dua tahun bersama, mungkin Zahrain baru sedar dan terasa dengan perancangan sebenar Guan Eng. Bagaimana pula dengan Dr Mansor, mahukah dia bersama dengan Zahrain atau kekal bersama Guan Eng?

Jika beginilah Pakatan Rakyat mentadbir negeri, sudahnya ianya tidak akan ke mana. Di Selangor, bergaduh antara puak Hasan Ali dan Khalid Samad, di Kedah antara kumpulan Dr Zamri dan Johari Abdul, di Kelantan antara kumpulan Husam Musa dan Ariffahmi. Perpecahan antara pakatan makin ketara. Berpecah kerana berebut tempat dan tender. Mangsanya ialah rakyat yang tertipu dan terpedaya. Begitulah janji janji manis Pakatan Rakyat. Percayalah lagi.

No comments: