>

Saturday, January 23, 2010

DAP Pertikai TEKUN

Pada 22 Januari 2010, M Kulasegaran (Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN. Sebelum ini Kula pernah mempertikai Ketuanan Melayu bersama dengan Ngeh Khoo Ham. Kali ini, Kula mempertikai pula TEKUN. Apakah DAP berlaku adil kepada peniaga Melayu bila mereka diberi kuasa untuk memerintah? Mereka lebih zalim dan kejam bila berkuasa. DAP sengaja mempertikai TEKUN bagi menutup kezalimannya pada peniaga Melayu di Pulau Pinang.

Johar Ismail (pemilik kafe Do Re Mi) menunjukan tangannya yang cedera terbakar ketika cuba menyelamatkan kedainya yang diroboh dan dibakar oleh penguat kuasa kerajaan DAP Pulau Pinang pada 21 Januari 2010. Bukan sahaja kafe Do Re Mi yang dibakar, nasib peniaga Melayu di Medan Ikan Bakar Gold Coast juga tidak menentu. Beberapa kedai milik Melayu di Sungai Nibong itu bakal dirobohkan juga oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Suatu penindasan kejam terhadap peniaga Melayu. Sedangkan di Jalan Burma, sikap DAP berlainan pula terhadap peniaga Cina di sana. Bukan sahaja diroboh, dibakar pula kedai dan tangan empunya kedai. Inikah "Middle Malaysia" yang mahu dibawakan oleh DAP? DAP berani kerana orang Melayu dalam PAS dan PKR rela melihat sahaja perbuatan DAP tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

ala....sape gak yg tutup kementerian pembangunan usahawan dan koperasi?

dap ke?

pastu lantik shafie apdal utk kmenterian pembangunan luar bandar...mmg suma dye bedal ar...

letak mara under dye...pastu gadai masa depan anak melayu kt msrm...

bungaraya said...

Tindakan pemimpin dari kaum cina yang bertindakan tidak adil kepada bangsa lain banyak berlaku dalam sejarah. Ahli sejarah melayu perlu mengumpulkan peristiwa ini satu persatu untuk diperjelaskan kepada seluruh rakyat negara. Jangan mempunyai sebarang niat buruk seeprti mana yang disuarakan oleh Kula itu. Apakah pemimpuin cina di Singapura berlaku adil kepada rakyatnya berketurunan melayu? Mereka sememangnya menafikan jika kita berkata demikian, tetapi yang nyata seharian adalah berkeadaan begitu.
Saya ingin jelaskan sejelas-jelasnya sememanglah TEKUN ditubuhkan untuk menolong kaum bumiputera dalam bidang perniagaan. Ia ditubuhkan bukan utk membantu India maupun cina. TEKUN adalah urusan dasar ekonomi baru negara yakni menjadikan masyarakat bumi sama rendah dan sama tinggi dengan kaum yang asalnya pendatang!!!!!Adakah Kula faham tentang susur galur kita sebagai rakyat Malaysia ini.