Wednesday, July 1, 2009

Conteng Menconteng Sudah Jadi Budaya Politik Kampus Di Universiti Malaya

Pada 24 Jun 2009, sekumpulan mahasiswa pro pembangkang disyaki telah bertindak menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebagai tanda protes kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) ketika datang ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk merasmikan "Power of 10 Sen : Gaza Di Bela"(baca sini). Apakah wajar pembelaan untuk kanak-kanak Palestin disambut dengan tulisan caci dan kesat? Apakah kumpulan tersebut tidak suka wang dikutip untuk membantu kanak-kanak di Palestin?.

(Gambar di dinding, tulisan telah dipadam dan dicat semula). Menurut laporan polis, perbuatan menconteng dan menyimbah petrol di permaidani dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian. Ini bermakna perbuatan ini telah dirancang. Polis masih mencari tiga orang yang disyaki untuk tampil membantu siasatan iaitu Shazni Munir Ithnin (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM), Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani (baca sini). Jika tidak bersalah, mengapa mereka takut untuk tampil membantu siasatan polis.

Pada 2 Februari 2008, tulisan "OM" diconteng di surau Kolej Kediaman Ke 2. Siapa dalang menconteng bangunan ini? Tulisan tidak jelas. Ia menunjukkan seorang yang tidak biasa dengan tulisan ini. Seperti baru belajar menyembur contengan ke dinding. Adakah persatuan yang tidak suka dengan pengetua melakukan kerja-kerja ini?. (Rujuk pemikirmahasiswaonline). Contengan ini dibuat ketika ketika kehadiran Tun Abdullah (Bekas Perdana Menteri) ke Universiti Malaya pada 2 Februari 2008 untuk ke program "Alumni Day : Home Coming 2008". Apakah ini tanda protes kepada kehadiran Tun Abdullah Ahmad Badawi di UM? Ketika Datin Seri Rosmah datang ada lagi contengan dibuat. Modus protes yang sama tetapi kepada dua orang yang berbeza.

Sebelum itu, pernah berlaku, pejabat PMIUM diconteng dengan semburan cat juga. Lihat baik baik pada sasaran penyembur adalah pada dinding sebelah kiri pejabat. Seakan sama dengan tempat sasaran penyembur dalam kejadian conteng pada 24 Jun 2009 di Akademi Pengajian Islam dan tulisan "OM" pada 2 Februari 2008. Penyembur menggunakan tangan kanannya untuk menyembur spray tersebut. Siapa yang berani menyembur sorang-sorang di pejabat PMIUM? Tentunya ia dirancang rapi agar tidak kantoi dengan pihak keselamatan.

Satu lagi semburan pada pejabat PMIUM dengan tulisan yang lebih kesat lagi. Nampaknya hati orang yang menyembur ini tergamak mencaci apa-apa sahaja untuk mencapai niatnya. Apakah ini sengaja dibuat untuk reverse psychology dan membuatkan pihak lain dituduh sebagai pesalah? Mengapa PMIUM perlu dikaitkan dengan binatang tersebut? Apakah ianya dibuat untuk meraih simpati murahan daripada pelajar agar marah pada pihak tertentu?

Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan Universiti Malaya (baca sini). Perhatikan betul-betul huruf-huruf yang disembur tersebut, bahan yang digunakan adalah sama iaitu penyembur cat. Apakah orang yang sama melakukan dan merancang perkara ini?

Sudah ada empat kejadian propaganda psywar menggunakan bahan penyembur di Universiti Malaya. Semburan di dinding pejabat PMIUM, semburan tulisan "OM" di surau, semburan tulisan "PAS" dalam kes kepala babi pada 16 Januari 2009 dan yang terbaru semburan pada dinding dewan Akademi Pengajian Islam pada 24 Jun 2009. Siapa yang melakukan semua ini? Apakah orang yang sama yang melakukannya? Ianya bukan lagi satu kebetulan tetapi ianya nampak seperti dirancang. Bertanggungjawablah orang yang membuatnya menghadapi hukuman yang setimpal. Jangan salahkan peraturan dan undang-undang bila sudah dihukum. Banyak lagi aktiviti berfaedah untuk tujuan membela pelajar daripada kerja conteng menconteng dinding. Bermuhasabahlah buat mereka yang mengaku pro kepada perjuangan mahasiswa.

16 comments:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Minda siswa ini telah diracuni berulang2 kali tanpa pengetahuan penguasa UM.Siasat siapa hifrit itu.Yang pasti nya orang melayu Islam.Mereka terikut2 idea si ulamak2 yg sudah menopose dan peminat2 homoseks.

Anonymous said...

kalau dpt tangkap budak2 ni ikat dia kat tiang, londehkan seluar lepas tu letakkan kerengga. hehehe..

heeii bdak2 lg otak dah korup dek kerna percayakan anwar ...harap2 jadi org la bila dah besar nnt....

Sudin.

anonymous said...

sumpah gila dan jahat..

agak laknat jugak la..

negara lain nak keamanan politik..

kita wat perangai cam binatang haram

tu.. apa jadah la

BOCAH KAMPONG said...

Inilah sikap sikap segelintir pelajar pelajar yang kononnya bijak pandai,lempar batu sembunyi tangan.

Mak bapak bergolok gadai nak hantar anak masuk universiti supaya menjadi insan berguna,....tapi hasilnya....

miss comel said...

mahasiswa merupakan golongan yang menjadi mangsa kepada kekotoran permainan politik. perkara sebegini tak kan terjadi sekiranya mahasiswa faham dan erti tentang sejarah negara.. bagi mereka Gov itu jahat dan kotor tetapi adakah yang mereka ikut itu dah cukup bersih?? mungkin lebih menjengkilkan... fikir-fikirkan. yang penting .. "1 Malaysia"

Syahril Kamarudin said...

Perhatikan betul-betul huruf-huruf yang disembur tersebut, bahan yang digunakan adalah sama iaitu penyembur cat. Apakah orang yang sama melakukan dan merancang perkara ini?

Ada jgk org buat andaian begini ye..penyembur cat?huhu..xkan nak guna liquid paper lak..

Tp betul gak kata saudara,conteng2 menconteng ni dah jadi prkara biasa kat UM tp cuma kali ni je salah kan?erm..sbb apa ek?

Dah tgk klip video 'Rosmah Puaka'?Bleh cari kat YouTube..mg2 kamu x r sejahat rosmah.

Z-MAY said...

kecetekan minda.

Z-MAY said...

kecetekan minda.

Anonymous said...

masuk aje u dah nak tunjuk pandai. kerajaan salah itu salah. pas aje yg betul sebab termakan racun pas.
camana nak jadi pemimpin kalau tak tau mana yg betul dan mana yg bendul (pas)?

tak payah nak ubah kerajaan dulu, belajar pandai2, pastu ubah keluarga yg papa kedana tu. jgn terus papa dan terhina. kalau ikut cakap pas pun tak ke mana. tu semua makhluk tak tau berbudi, tak sedar diri.

kerajaan tanggung belajar, kutuk nak tumbang kerajaan. tangan yg suap ke mulut masa kelaparan dan kedaifan, sanggup digigit. islamkah itu..? itukah yg uislam ajar. malu kat tok pekong!

Anonymous said...

macam macam kejadian bila politik songsang meresap dalam jiwa yg jumud dan taksub kepada pemimpin yg munafik.

Anonymous said...

budak-budak ni bodoh-bodoh belake sbb mereka guna modus operandi yang ketinggalan zaman. taktik tak cerdik mereka tu dah semua orang tau. cuba la guna ilmu yg di ajar oleh CIA yang diajar oleh Anuar Brehim tu sikit, baru la ada ong

MAT DAUD GRUGREH

ks30069 said...

begitukah cara mahasiswa UM menyambut tetamu?? mgkn tidak semua mahasiswa UM sebegitu,tetapi perlu diingat,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga...renung dan berfikirlah secara matang..

Rough Easy said...

Tgk la tulisan dia ni, shaznimunir.blogspot.com

Nilai la sendiri.

fadzly extenders said...

memang sah.. rasanya org yang sama jugak buat perkara ni

Secerah Pawana said...

Anonymous (July 3, 2009 5:26 PM)
Dari mana kerajaan dapat duit nak tanggung diorang kalau bukan dari rakyat, dari mak bapak diorang sendiri? Fikir-fikir la juga ye.

Anonymous said...

knp gaduh sesama islam? tlisan om 2 nmpk sgt ekstrimis hindu yg cntg. sy pro aspirasi dan sy x prcya pro mahasiswa yg buat bnda 2. tolak hadi awang. umno dan pas bersatu.