Thursday, June 25, 2009

Nik Aziz Kata Komunis dan Nasionalis Adik Beradik

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang menyatakan parti Komunis Malaya (PKM) tidak jauh bezanya dengan Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan nasionalisma ketika berceramah di Kampung Guar Jering, Penanti, Bukit Mertajam pada 27 Mei 2009 (lihat video ini). Sejak dipengaruhi oleh Erdogan, kenyataan Nik Aziz banyak mengelirukan umat Islam di Malaysia. Apakah Nik Aziz sedar dengan apa dicakapkannya? Atau sudah ada teks yang ditulis oleh orang lain untuk dibacanya sahaja?

Nik Aziz turut menyatakan “Jika pada zaman PKM ramai mereka yang tidak bersalah dan berdosa dibunuh dan dizalimi. Apa bezanya pada zaman ini dimana mereka yang tidak bersalah mudah dizalimi oleh pemerintahan BN. Oleh kerana itu ada persamaan antara PKM yang dahulu dan BN yang wujud sekarang. Kedua-duanya sama saja" ketika berceramah di Kampung Guar Jering.

Menurut Nik Aziz lagi “Kesan yang ditinggalkan oleh PKM pada ketika itu dapat dirasai sehingga sekarang. Begitu juga dengan kerajaan BN yang mengamalkan ISA sebagai satu akta yang menzalimi rakyat yang tidak bersalah. Bukankah ini juga semacam dengan mereka.” UMNO menolak perjuangan komunis. Namun ada satu parti yang mahu membenarkan Chin Peng pulang (sila baca sini). Pemimpin parti politik tersebut secara terbuka mahu Chin Peng dibenarkan pulang tetapi apakah Nik Aziz berani menegur pemimpin politik tersebut? Pemimpin ini bakal dibicarakan atas perbuatan liwat. Mahukah Nik Aziz membela Anwar dari tuduhan liwat?

Pada 18 April 2009, Elizabeth Wong (ADUN PKR Bukit Lenjan) yang didapati berbogel di atas sofa pergi berjumpa dengan Nik Aziz di kediamannya dengan memakai tudung. "Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain. Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah" berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad Yaakob (Timbalan Menteri Besar Kelantan) sejurus selepas Elizabeth Wong berjumpa Nik Aziz. Seolah terhapus kesalahan Elizabeth Wong. Apakah semua kesalahan boleh terhapus selepas berjumpa dengan Nik Aziz?

Mahukah Nik Aziz bersolat hajat dan menangis untuk membela kes liwat Anwar Ibrahim? Jika begitu, Anwar juga perlu memakai jubah dan berserban berjumpa dengan Nik Aziz sebelum menghadiri kes perbicaraan liwatnya nanti. Elok juga kalau Anwar bersumpah di hadapan Nik Aziz bahawa dia tidak melakukan perbuatan tersebut. Mungkin selepas itu, Nik Aziz dan ribuan penyokong PAS di Kelantan akan bersolat hajat dan bermunajat agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Apakah berani PAS membuat solat hajat sekali lagi seperti tahun 1999 dulu?

12 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Semakin nyanyuk manusia digelar nik aziz ini.

saya juga baru menyiarkan video nik aziz mengutuk umno.

tak ada langsung sifat rahmat dan juga pemaaf macam Rasulullah.

Ni kah yang digelar pemimpin parti islam ?

shonzu said...

N.Ajis ni patut dicuci otaknya dengan Clorox kut. Makin tua, makin gila tahap gaban.

Anonymous said...

Tak faham langsunglah Nik Aziz ni.
Macamana nak respect ulama2 kalau dah sewel macam Nik Aziz.

DaVillageBoy said...

nik aziz sudah hilang kewarasannya...ni la sebab hendak menjaga kuasa yg ada...semuanya sudah diputar belitkan...ditambah pula dengan ajinamoto yg diberi oleh si Husam...lagi menjadi kegilaan nik aziz ni..

Anonymous said...

MAJLIS PENGAJIAN ILMU ESOK BERSAMA TUAN GURU

Tarikh: 4 Rajab 1430H/27 Jun 2009M (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
Tuan Guru: Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki, an-Nadwi al-Banjari
Kitab: Sairus Salikin, Jilid 1

http://pondokhabib.wordpress.com

http://pemudatamanperuda.blogspot.com said...

ASSALAMUALAIKUM...MEMANG SAH, ORANG TUA NI DAH NYANYOK...RAKYAT DAH MELUAT...ULAMAK CONTOH KONON, LANGSUNG TAKDAK BENDA YANG BOLEH DICONTOHI...

Anonymous said...

nik aziz ni dah diselubungi perasaan takbur.

aku ingat lagi dlm thn 91, masa tu pas baru menang di k'tan dgn semangat46, ada versi cerita yg mengatakan di k'ltan ada seorg tu yg mengata janggut nik aziz tu mcm kambing, embekk , embekk,....

tup tup org tu tak henti2 ngembek bekk bekkk bekkk akhirnya terpaksa minta air dari nik aziz sendiri utk hilangkan ngembekk dia tu ...versi cerita ni kata nik aziz ni mcm ada karomah laaa...

tapi tuhan tu maha kuasa tahun 2009, baru org ramai tau, mulut dia tu ada karomah ke atau kelentong kuat ...hahaha

Allah bagi kekalahan dan kemenangan tu sebagai ujian...tapi nik aziz terang2 gagal dgn ujian tuhan.

pas menang sbb ada org mcm husam, dishman yg pandai manipulate nik aziz, nik aziz pun 2x5 membenci menghina sesama islam. bila penyokong2 berjaya di divert, dia sapu satu k'tan.

kafir sesama agama, memfitnah, beradu domba, dah jadi mainan seharian pemimpin pas.

kalau pemimpin dah mcm tu , pengikut jgn ckp laaa.....

seumur hidup aku pun tak pernah dengar pemimpin umno suruh buat maksiat, suruh bunuh org2 pas, suruh maki-hamun org2 pas. tak pernah dengarrr laa...

Razi.

Anonymous said...

agama dgn politik dia anggap sama... tu yg nik ajik jadi makin pening...
kalau dgn agama ko buat utk kuasai politik... HARAM Ooooooooiiii.... bertobat laaa nik ajik....

* berpolitik lah utk mengembangkan agama kita (islam).... insyaallah selamat....

piut panglima kasim said...

inilah melayu yg jd pengkhianat bangsanya sendiri demi kepentingan diri sendiri. yg jd pengikut masih tak blh berfikir. aku benci dgn org cam ni. org melayu sengsara sbb pemimpin mcm ni

QUE-ZEE8972 said...

huhu... saya sokong SEMUA KOMEN KALIAN!!!!! BETUL3X....

Anonymous said...

Ulama` pn ade silapnya..!! risau aku pabila, ada orang berani mencaci ulama`.byk sgt ke amalan n pahala ko tu sampai nak caci2 orangni..
berbanding dengan kesilapan nye tu, byk lagi perkara baik y dia buat..
banding ngan UMNO y tolak Islam..Umno Sekular!

kalo anak jantan, siarkan la comment aku ni..kalo anak btol2 anak jantan la..haahaha.. mana la tau ko ni spesis najib yg penakut.hahaha..

Che Leh Jangok said...

Menarik sungguh si Anonymous tu. Mencabar jantan orang. Dia sendiri menyembunyikan namanya sendiri.