Tuesday, February 3, 2009

Dulu Aktivis Mahasiswa Pembangkang, Kini Kerja Dengan Kerajaan

(Gambar: Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali, Pengerusi SMM dan Exco PMIUM, Bekas Pelajar Nilam Puri dan sekarang sudah bergraduan dari UM. Ketika masih menuntut di tahun 3, beliau merupakan mastermind mana-mana demonstrasi mahasiswa di Malaysia termasuk membawa mahasiswa berdemonstrasi pada 10 November 2007 yang dianjurkan oleh BERSIH. Kelihatan dalam gambar beliau, berdiri di tengah, sedang menjadi jurucakap demonstrasi yang dianjurkan oleh Parti Mahasiswa Negara bersama Azlan Zainal)

Pada 17 November 2008, Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali telah pun melapor diri menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Jabatan Imigresen Putrajaya. Bertuah benar, seorang bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, SMM yang merupakan aktivis pelajar pembangkang sekarang ini sudah berkhidmat dalam sektor awam kerajaan. Sesudah puas mencaci maki dan mengherdik kerajaan BN, sekarang Sheikh Omar menjadi pekerja pula kepada kerajaan yang pernah dicacinya dahulu. Inilah contoh kerajaan yang prihatin, biarpun dahulunya orang tersebut pernah menentang kerajaan dan dianggap anti-establishment tetapi diambil juga bekerja sebagai PTD, satu jawatan tetap dalam sektor awam.
Mohd Izwan Bin Md. Yusof
(Dulu bekas AJK Dewan Pemuda PAS, kini bertugas di JAKIM)

Bukan Sheikh Omar Baghrib bin Sheikh Ali seorang sahaja yang diambil bekerja dalam sektor awam. Ramai lagi yang dahulunya mengecam kerajaan sekarang ini sudah pun makan gaji bersama kerajaan. Ramai di antara mereka berada di JAKIM. Mohd Izwan Bin Md. Yusof yang merupakan bekas Setiausaha Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) 2005-2007, bekas AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan 2005-2007, Presiden PMIUM 2001/02 dan Presiden GAMIS 2001/02. Mohd Izwan kini bertugas di JAKIM menjaga Cawangan Islam Hadhari dan Penerapan Nilai-Nilai, Bahagian Dakwah, JAKIM, Putrajaya.

Muhammad Haniff Bin Baderun (Dulu, Presiden GAMIS. Kini kerja dengan JAKIM).

Seorang lagi Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang berkerja di JAKIM adalah Muhammad Haniff Bin Baderun. Beliau merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) 2005/06. Kini bertugas sebagai pegawai JAKIM di Pusat Pemulihan Akidah, Jelebu.

Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud (Dulu Presiden MPP Pro Pembangkang di UIA. Kini bertugas di JAKIM).

Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud (Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM 2003/04) yang merupakan bekas aktivis pembangkang di UIA kini sudah bertugas di Cawangan Pembangunan Ekonomi Islam, Bahagian Penyelidikan JAKIM, Putrajaya. Seorang lagi aktivis mahasiswa pembangkang dari WUFI yang bertugas di JAKIM adalah Rosdam Hanabi Bin Mohamed (Exco Dakwah dan Tarbiyah MPPUIAM 2004/05) yang ditempatkan di Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah.

Rosdam Hanabi Bin Mohamed (bekas aktivis pro pembangkang di UIA, kini menjadi pegawai JAKIM).

Mereka yang bertugas di JAKIM ini yang menjadi pelaksana Islam Hadhari yang sering dicemuh oleh pemimpin-pemimpin PAS dan PKR. Mereka berkhidmat untuk sektor awam dan tidak pun diambil bekerja oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Oleh itu, apa guna lagi menjadi mahasiswa anti-establishment di universiti?. Tiada siapa yang membela kamu bila tamat pengajian. Akhirnya apa yang dicemuh, dimakan kembali. Mungkin selepas ini akan ramai lagi aktivis mahasiswa pro pembangkang akan jadi PTD, pensyarah dan guru-guru J-Qaf. Boleh kritis di kampus tetapi biarlah konstruktif dan praktikal. Selepas habis belajar, barulah hendak sedar siapa yang dipergunakan siapa.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

31 comments:

Anonymous said...

oit ngok...
kerajaan tu pemegang amanah la...
Apasal lu xbising aminudin baki keje dgn gomen dulu???

mohd fuad said...

Apa pulak terjadi kepada bekas pemimpin mahasiswa & jentera ASPIRASI?

ke mana mereka menghilang??

apa yang kita tolong untuk bantu mereka itu?

masih adakah "kesudian" untuk pihak kerajaan BN menerima sumbangan "budak" ASPIRASI ni?

kenapa mereka ini tidak diberikan "laluan mudah" untuk menjadi PTD?

kenapa ada "double standard" dalam pengambilan PTD dan Pegawai Kerajaan tanpa melihat latar belakang "politik kampus"??

Apa yang PEMIMPIN BN lakukan untuk memastikan bekas pemimpin mahasiswa yang menyokong kerajaan BN di IPT menjadi "mata dan telinga" kepada kerajaan dalam mentadbir negara ini??

Ikhlas,

MOHD FUAD YAHAYA
http://parimbunis.blogspot.com

BUJANG SENANG said...

Tahniah atas pendedahan berani saudara...teruskan perjuangan

abe MIE 'TERJAH' said...

depa nie macam yahudi mana ada pendirian..kalau amerika tawar kerja pun dia sapuh..macam apa yang berlaku di iraq...

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Memang benar apa yang kamu sarankan ini.

Memaki hamun dan mencemuh terutamanya pada kerajaan semacam dah jadi 'trend' pada Pelajar 'cerdik pandai' Melayu. Tapi bila nak minta kerja, tidak pula mereka minta pada PAS atau Parti yang yang mereka sanjung.

Akhirnya sumber rezeki, periuk nasi dari tempat cemuhan itu juga. Malu juga rasanya.

Dan Mak Cik lihat ada dua pandangan kita kena fikirkan disini.

Pertama: Kalau tak dapat kerja dengan Kerajaan pun mereka akan cemuh juga. Pilih kasih, Pilih bulu, kejam, kronism dan macam macam lagi.

Kedua: Kalau dapat pun belum tentu mereka akan "setia" (tak semua mereka lah) takut terbawa bawa pula perangai masa jadi mahasiswa dulu. Kalau tak betul betul semua rahsia ditalian pada Parti Ideologi mereka.

Ketiga: Selain dari yang kedua, belum tentu juga mereka Bersyukur dapat kerja Baik, Selesa, Tetap dan berpencen dengan kerajaan.

Keempatnya: Kalau kita kata Kerajaan PATUT beri keutamaan kepada penuntut Pro Establishment mereka melenting kutuk kita pulak. Sebab mereka juga ada hak dapat kerja dengan Kerajaan walaupun cemuhan dan kejian bertan tan pernah dan mungkin masih dilemparkan pada kerajaan.

Jadi semua serba salah. Kerajaan bagi kerja pun salah, tak bagi pun salah. Cemuhan tetap berlaku juga. Dia kalau dah rasa masa di Gaza tu baru Orang Melayu 'shut up' dan bersatu.

Anonymous said...

Bro. realitinya begitulah.

Org Pas pun nak makan jgk. Org Pas pun lapar. org pas pun ada perut yang perlu diisi. Org Pas pun manusia, tetap ada deria seksual!

Tidak peliklah kalau org Pas kerja dgn kerajaan, peduli apa datang mana duit, asalkan gaji tetiap bulan dibayar, perut kenyang, nafsu batin naik mencacak!

Tidak pelik la org Pas pun menikah dua tiga main sembunyi2, mengatal sana-sini, berebut kuasa, harta...itukan semua sifat semulajadi manusia.

Biasalah bro.....

Elok ambik Zainulfakar akademia tu kerja kat pejabat Dollah badawi...biar dia tumbuk si Amyzaidin. baru gempak..updrade siikit lepas tumbuk Kalam.

Si sheikh yang hitam legam tadak Nur itu pulak lepas ni aku agak tampar pulak pegwai dia yg peprempuan. baru klass Sheikh awok tumbok pegawai wanita, apa klas tampar siswi..

Molek benarlah...inilah modal insan yang dicari kerajan untuk menjawat jawatan kerajaan. barulah lancar misi kerajaan.!
takbir!!!!

peduli apa kerajaan itu taghut, zalim, rasuah....janji org yang zalim itu, perasuah itu boleh bagi wang gaji bulan ke bulan, untuk dimakan.!

Takbir!!!!
Aku cabar ASPIRASI.....BOIKOT KERAJAAN BARISAN NASIONAL, KERAJAAN UMNO! LUDAH KHALID NORDIN!!!

REFormasi!!! reformasi!!! reformasi!!!

Anonymous said...

untunggg bdak2 sekarang, keluar U bleh truss keje ngan gomen, gaji pon bagus skrg ni.

teringat aku dulu2 masa lepas U, kira2 20taun yg lalu, aku grad obesi, terkial2 cari kereje di kl. berpeloh naik bas mini. mintak gakk pegawai PTD tapi tak kene panggil ponnn, almaklum le makbapak keje norehh, tak de sapa2 pon yg kenal, mana ada kabel2 ni.

tapi aku beshukur la k'jaan m'sia anta aku gi obesi ngaji. dapat gak aku tgk negeri org. walau ujan mas dinegeri org, m'sia tetap dihati ku.hehhh...

sehingga la aku dpt kereje dgn kompeni kecik jeee di rumah kedai 2 tingkat kat PJ. dari situ la aku bermula sehingga la aku berjaya hari ni. isk isk ...

kalau nak dibandingkan dgn apa yg asfarizam tulis ni mmg la bertuah jadi bdak2 ni, dah la maki hamun k'jaan lpas tu dapat lak kereje dgn k'jaan. ish ish ...

patut mintak aje keje ngan hj.hadi. jadi PA ke, setiusaha politik ke, gaji bagi separuh pon tak pa, janji niat kena betul ...nok kan isle perintoh.....guano... hehe

dr.zul.upm.

Taminsari said...

Salam angin perubahan..

Inilah sikap manusia yang pandai bermuka-muka. Dulu hebat mengata kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO sebagai kafir. Makan gaji dengan kerajaan dikatakan Haram? Segala-gala yang dibuat oleh kerajaan semua tidak betul..hanya mereka sahaja yang betul..akhirnya meludah ke langit kena balik muka sendiri. Menjilat balik apa yang mereka bangkang selama ini. Dalam mengkritik hebat kerajaan, sebenarnya didalam hati kecil mereka ada perasaan mahu tapi malu. Bila dah dapat hilang segala malu. Dah tak kira halal ke haram, semua sapu masuk poket...wallahuallam.

Sedingin Salju said...

Encik, tidakkah mereka nanti menjadi musuh dalam selimut?

cucuJamaluddin said...

article of the year!!! syabas!

Anonymous said...

kiranya...berkualiti gak la bebudak nie....

aku ingat bodoh sebab dok sibuk berpolitik.....

toksetiu said...

kerajaan kita jugok yg bodoh ambil mereka kerja, bagi duit, bagi tempat saya yakin mereka tetap sokong PAS dan Keadilan..bagilah segunung emas pun...maaf ,saya langsung tak setuju jika kata ,kita bagi kerja mereka insaf..mereka makin berani caci,maki,hamun kerajaan

from toksetiu.blogspot.com

pedangberbisa said...

Mohon ciplak dengan hormatnya artikel tuan..

Tq..


demi menyedarkan umat PAS yang fanatik..

Anonymous said...

apa punya mangkok hayun hang ni,,, dah tu kerajaan malaysia kepunya semua bangsa dan tak kira apa fahaman politik mereka,,,,,,tak depa nak kerja dgn kerajaan zionis pulak,,, di menjadi pembangkang menentang dasar yg hakprap yg di buat oleh BN hang tu,, BN bukan kerajaan BAHALOL,,!!!!!!!

reez said...

tuan,

depa ni ckp tak serupa bikin. mcm lalang, bila ada peluang depa akan sambar peluang tu walaupun peluang tu sbenanye pd asalnya bkn utk org² mcm depa.

Anonymous said...

alhamdulillah.rezeki melimpah untuk derang

Anonymous said...

SALAM,

PASALTULAH EDEN KATA DALAM KERAJAAN PUN ADA ORANG YANG SEMACAM INI.
RASA2LAH BILA ADA RASUAH DIANTARA JABATAN TU...TAK KE MEREKA PUN TERLIBAT SAMA??.
KERAJAAN JUGA YANG SALAH ....ADUHAI......

aku_aku said...

SALAM...

Aku terfikir, bagaimanakah puak-puak ni akan melaksanakan misi kerajaan. Apakah puak-puak ni akan bekerja dengan sepenuh hati untuk menjayakannya. Atau hanya bekerja separuh hati, janji dapat gaji. Atau pun mensabotaj misi kerajaan dari dalam.

Bukan apa, dua tiga hari lepas aku berpeluang jumpa dengan sorang EXCO kerajaan negeri (BN). Dia ceritakan yang bayak peruntukan kerajaan pusat untuk disalurkan kepada rakyat telah dipulangkan oleh beberapa jabatan pada hujung tahun. Alasan, tiada pihak yang menuntut. Sepatutnya pihak atasan di jabatan berkenaan perlu turun menemui rakyat bagi melihat bagaimana peruntukan tersebut boleh disalurkan. Ini tidak, diperam wang berkenaan kemudian dipulangkan.

Dalam kepala aku terbayang, pihak atasan jabatan ni kemungkinan besar terdiri daripada mereka yang seperti sdr. Azrinizam dedahkan. Nama baik kerajaan yang tercalar

Anonymous said...

nape..jeles ker???rezeki kan di tangan Allah

Killer Bee said...

Nak wat camne....maybe kerajaan sendiri tak semak latar belakang pemohon agaknya...tu yang makhluk2 yang dulunya cakap kerajaan zalim, kuat rasuah, sekongkol ngn kafir, bukan ahli syurga, segala yang teruk tu kat kerajaan dapat kerja ngan kerajaan bile da habis belajar..kire rezeki dorang la..

setakat ini,bila ditanyakan soalan kepada rakan2 mahasiswa yang sibuk membangkang kerajaan, mereka hendak kerja dengan siapa bile habis belajar nanti. Dengan lancar mereka kata KERJA DENGAN KERAJAANlah....

nada suara mereka sedikit berubah apabila ditanyakan soalan (mungkin sedikit terasa),di Universiti ni sibuk membangkang kerajaan, takkan da habis belajar nanti nk kerja dengan kerajaan pula...

jadi dah memang kebanyakkan yang menjadi pembangkang di Universiti ini sudah pon memasang target untuk berkerja dengan kerajaan sejak mereka masih belajar lagi..

tapi jangan la sampai dah ludah bertong2,segala kahak hijau semua keluar pastu hirup balik...
mintak la keje kat pemimpin agung yang mereka sanjung2 dahulu..

(Respon pada Anonymous, February 3, 2009 9:38 AM..apa ke hal nya tetiba mencabar mahasiswa aspirasi 'BOIKOT KERAJAAN BARISAN NASIONAL, KERAJAAN UMNO! LUDAH KHALID NORDIN'...still dreaming lagi ke?)

alfaqer said...

Alangkah dangkalnya pemikiran dan komentar begini!

Alangkah!

Lidah-lidah yang jahat dan hati yang busuk akan mendapat balasan yang setimpal wahai tuan empunya blog.

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiq.

Ezad said...

salam
ini hanya pandangan peribadi..

rata2 graduan melayu mengharapkan bekerja dengan kerajaan. sebab lebih terjamin, lebih selesa.. ada pencen, ada elaun itu ini...

mereka ini hanya mampu hidup dikalangan umat melayu sahaja. cuba campak mereka ke syarikat besar puak pandai berniaga..

tak tau apa jadi kepada mereka itu.

saya mengenali beberapa orang graduan melayu (kalau kerja dgn kerajaan sure jadi engineer punya lah) yang bekerja di syarikat puak pandai berniaga. kerja tak lama, lepas tu cabut. alasan? tak tahan dgn sikap orang di sekeliling mereka.

melayu lemah, atau puak pandai berniaga itu pembuli?

Anonymous said...

itulaah,,,semua kutukan ,caci maki adalah dalam rekod simpanan Mailakat yang akan dibicarakan Dihadapan Seluruh Allah,,nanti,,
berfikir sebelum berkata itu lebih baik bagi orang yang beriman.

Anonymous said...

dah takde kerja .. kerja kerajaan yang kononya lintah darat, penipu pun mereka sapu .... sebabnya pembangkang tak dapat beri diorang kerja ...

berarak kehulu kehilir pun tak dapat ape2 pun ...
at the end hang isi borang juga join kerajaan ....

Anonymous said...

Tu la.. dok asyik kutuk2 keje gomen gak.. Blah la.

Anonymous said...

biar la keje dgn krajan..
ko ingt duit krajan tu duit bn ke..
duit pk lah,duit hj hadi,duit anwar..
tu sume duit cukai rkyat bayar la..
ap da sengkek pnye akal..

Anonymous said...

mane leh biar..da ko kutuk2..
pas2 ko nak keja..
cuba ko pikir blk..
ko yg MOHON keja ke..
org OFFER ko keja..
pikir balik takde punya kerajaan
OFFER ko keja kalo ko tak terhegeh2
mohon keja 2..
da la..

Anonymous said...

anon 10 Feb 9.33am,
Sy sokong kenyataan tuan. Ada ka mereka terfikir harga diri mereka.

dulupkr

XMaTaPeJAmCeliKX said...

Pada pandangan aku lebih 50 peratus pegawai atasan kerajaan menyokong pembangkang...!Sama juga dengan golongan cendiakawan...Masa belajar dulu guna duit kerajaan tapi kini sokong pembangkang?Ramai orang yang cerdik agama pon sokong pembangkang...agak-agak lu orang la sebab apa?Yang aku tengok..kebanyakkan yang sokong BN kat tmpt aku adalah dari golongan yang ada kepentingan...macam ahli2 perniagaan...!agak-agak korang sebab apa?

Anonymous said...

Aku penyokong totok UMNO, lepas keluar U mintak kerja kerajaan langsung tak dapat, kerana tak ada kenal orang dalam. Orang kerajaan banyak yang anti UMNO, sebab tu orang UMNO tak dapat kerja kerajaan. Nasib baik ada CINA bukit yang ambik aku kerja kalau nak harap orang UMNO sampai beruban lah aku tak ada kerja.

Anonymous said...

Dalam kerajaanpun mereka tetap meneruskan dasar tidak bersetuju dgn dasar2 kerajaan...tu la antara sebab dalam kerajaan tetap ada pembangkang...