Wednesday, February 25, 2009

24 Ogos 1511, Pengajaran Buat Bangsa Melayu

Pada 24 Ogos 1511, setelah 19 kali serangan maka akhirnya Melaka telah jatuh ke tangan Portugis. Kerajaan Melayu Melaka ketika itu memiliki satu armada tentera yang besar dan kuat. Melaka memiliki sejumlah 20,000 askar upahan Jawa dan Parsi. Askar Jawa pantang berundur jika bertempur. Askar Parsi pula gagah menjaga pintu-pintu istana. Melaka juga ada 150,000 orang askar pengiring. Memiliki 20 ekor gajah yang mahir bertempur. 400 laras meriam. Ada meriam tempur dekat yang dibuat oleh orang-orang Rembau dan ada meriam tempur jauh yang dibuat oleh orang-orang Terengganu.

Manakala di pihak Portugis, mereka datang dengan 19 kapal, 800 orang askar, 600 orang askar upahan Gujerat dan hanya membawa 40 laras meriam. Hanya 76 orang askar Portugis yang terbunuh. Manakala di pihak Melaka, pasir di pantai Melaka telah bertukar menjadi merah. Jika dibandingkan dengan kuantiti armada Melaka yang besar, maka sudah tentu Portugis akan kalah. Jadi, bagaimana Portugis boleh menang dan menawan Melaka pada 24 Ogos 1511? Apakah kerana strategi atau kekalahan ini disebabkan oleh kelemahan Melaka sendiri? Ada tiga kaum yang terbesar di Melaka ketika itu, iaitu Melayu, Cina dan India. Siapa yang jadi pengkhianat, pembelot dan pengadu domba untuk menjatuhkan Melaka? Sejarah boleh berulang, tetapi mungkin dengan versi yang berlainan dalam zaman yang berbeza. Bangsa yang tidak mengambil pengajaran dari sejarah akan rugi. Melaka hanya 110 tahun, kemerdekaan Malaysia baru 51 tahun, segalanya berkemungkinnan untuk terjadi di masa hadapan. Ambillah ikthibar dari sejarah.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

11 comments:

Anonymous said...

sumenya angkara lemahnya mamak bendahara Tun Mutahir a.k.a Zambry....

Anonymous said...

Pemimpin Melayu yg ada skrg inilah yg akan merosakkan bangsa Melayu. Selagi ianya berpaksi dunia, uang, pangkat, maksiat dan gilakan semua ini, mereka inilah yg akan menelanjangkan Melayuu, kembali kepada Islam yg syumul, hapuskan Melayu, tegakkan Islam, insyaallah Malaysia akan aman dan maju.

TokMudim said...

Ooi Kulup

Kejap cerita lembu kejab cerita sejarah... apa punya kulup

Pakatan dah pakat serang Dr Khir...buat tuduhan DR Khir beli rumah kat Mekah guna duit rakyat....juta-juta kulup

Ini baru pro....

red rooster said...

...hari ni geram tengok Karpal Singh dok kata Pemuda Umno 'celaka'!... celaka betui Karpal Singh tu!!!

TokMudim said...

Hidup Karpal Singh

TokMudim said...

Karpal Singh Umno Celaka 2 X 5

fital said...

Orang Melaka jagalah Melaka baik2 jng sampai Melaka jatuh angkara Mamak Bendhara versi terkini.Sekarang ni pun Kota Melaka dah jatuh pada DAP.

Sedingin Salju said...

Ya, benda ini boleh berlaku lagi jika melayu mudah lupa. Dan, inilah yang diperjuangkan oleh PR sekarang.

Anonymous said...

Tok Mudim = Karpal Singh = Celaka

Anonymous said...

hehehe
bang cuba baca link ni
http://themalaypress.blogspot.com
komen plz

Anonymous said...

Sejarah sememang boleh dijadikan rujukan untuk membuka minda kita untuk melihat senario hari ini dijadikan pengajaran untuk melangkau hari-hari seterusnya. Kejatuhan melaka ke tangan portugis adalah disebabkan kesalahan orang melayu sendiri. Mereka menjadi penghasut dan menceritakan kekuatan tentera melaka ketika itu hanya kerana ingin merebut kuasa menteri ketika. Mereka mahu apabila kerajaan itu dijatuhkan maka mereka boleh mendabik dada untuk menjadi pemerintah yang adil dan saksama. Pada zaman kesultanan melayu melaka komposis kaum terbesar adalah orang melayu, manakala orang cina adalah minoriti dan bila berkahwin dengan orang tempatan menjadi baba nyonya. Cuba renungkan betul-betul kelemahan ketara kesultanan melayu melaka di hujung pemerintahan. Siapa yang tergila-gila dengan puteri gunung ledang? siapa yang lari ke johor dan pahang? siapa yang menghasut hang tuah untuk dibunuh? Cuba selongkar dari sejarah.