Friday, January 16, 2009

Pilihan Raya Kampus: Siapa Letak Kepala Babi Dalam Surau Di UM?

(Foto ini diambil dari Mahasiswakini, satu laman blog Pro M. Bagaimana mereka boleh dapat foto ini sedangkan polis sudah pun berkawal di sekitar surau berkenaan?).

Pada jam 5 pagi, 16 Januari 2009, pelajar-pelajar Universiti Malaya dikejutkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan atas bendera PAS dalam surau Akademi Pengajian Islam dalam kawasan Universiti Malaya. “Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,” berikut adalah kenyatan dari Norazali Zainuddin (Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

Mengapa terlalu cepat menuduh pihak tertentu yang meletakan kepala babi tersebut? Sama seperti isu surat palsu TNC HEP dan duit RM100 kepada calon-calon Pro M. Apakah TNC HEP tahu siapakah bakal-bakal calon Pro M? Perkata itu hanya diketahui oleh kumpulan Pro M sahaja. Jadi bagaimana surat tersebut boleh ditujukan kepada orang terbabit dengan tepatnya. Tidakkah ini menampakkan satu tactical psywar yang dibuat sendiri oleh kumpulan Pro M untuk mengada-ngadakan isu di Universiti Malaya?.

(Gambar: Tulisan "OM" diconteng di surau Kolej Kediaman Ke 2. Siapa dalang menconteng bangunan ini? Tulisan tidak jelas seperti seorang yang tidak biasa dengan tulisan ini. (seperti baru belajar) Kemudian Al Quran masih tersusun rapi tanpa diusik pun. Yang dirosakkan adalah buku-buku di dalam surau. Adakah persatuan yang tidak suka dengan pengetua melakukan kerja-kerja ini?. Rujuk pemikirmahasiswaonline).

Kes menjadikan surau sebagai sasaran bahan psywar bukan pertama kali berlaku di Universiti Malaya. Sebelum kehadiran Perdana Menteri ke Universiti Malaya pada 2 Februari 2008 untuk ke program alumni "Day : Home Coming 2008" isu yang hampir sama tercetus di surau Universiti Malaya. Ketika itu, terdengar rancangan mahu mengadakan demonstrasi sempena kehadiran Perdana Menteri ke Universiti Malaya. Kebetulan atau ianya sengaja dirancang, tiba-tiba ada pula orang pergi menconteng surau dengan tulisan "OM'. Mengapa ianya diconteng di surau Kolej Kediaman Ke-2, tidak diconteng di surau Akademi Pengajian Islam atau di masjid?. (Gambar: Beberapa orang pelajar PMIUM berada di surau yang diconteng tersebut di Kolej Kediaman Ke-2).

Mengapa surau Kolej Kediaman Ke-2 diconteng? Isunya mungkin bersifat peribadi apabila ada mahasiswa UM yang tidak berpuas hati dengan pengetua kolej ke-2 iaitu Profesor Dr. M. Rajentheran (Pengetua Kolej Kediaman Ke-2, Pensyarah di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya) dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass ( Penyelia Kolej Kediaman Ke-2, Penolong Pendaftar di Pusat Pelajar Antarabangsa, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Malaya). Tuduhan mereka ialah kolej ke-2 terlalu ramai mahasiswa India. Oleh itu, ada pihak yang tidak berpuas hati. Mungkinkah tulisan "OM" itu sengaja diada-adakan untuk menunjukkan orang India yang masuk ke dalam surau dan mencontengnya? Ianya seolah dirancang ke arah motif itu. Bila isu ini tercetus, maka beraraklah mahasiswa untuk berdemontrasi di hapan Perdana Menteri, bukankah begitu naratifnya?

(Gambar: Pernah berlaku dulu, pejabat PMIUM diconteng dengan tulisan tersebut. Pejabat PMIUM adalah pejabat yang dikawal 24 jam dan sentiasa mempunyai penghuni. Persoalannya siapakah yang menconteng bangunan Pejabat PMIUM ini jika pejabat ini sentiasa dikawal 24 jam? Bodoh sangatkah pihak musuh mahu menconteng bangunan yang sentiasa dikawal 24 jam oleh ahlinya. Rujuk pemikirmahasiswaonline).

Pejabat PMIUM turut disembur dengan tulisan "PMIUM BABI". Ini bermakna kejadian kepala babi diletakkan dalam surau adalah kejadian yang berulang tetapi dengan cara yang berlainan. Jika dulu "PMIUM BABI", sekarang ini kepala babi sendiri turut dijadikan sebagai bahan psywar. Bagi mereka yang menganalisis sesuatu kejadian secara sekilas pandang, isu tulisan "PMIUM BABI" dan "Fxxx" lebih terarah untuk menuduh pihak Aspirasi yang melakukannya. Motifnya dibuat untuk tuduhan diarahkan kepada Aspirasi. Begitu juga kejadian tulisan "OM" di dinding surau Kolej Kediaman Ke-2. Sekilas pandang, orang akan tuduh mahasiswa India yang buat bukan? Dr. M. Rajentheran dan Mahaganapathy Dass a/l Paskaradass tentunya akan dikatakan sebagai dalangnya? Jadi akhirnya, bila orang simpati dengan serangan bertalu talu kepada PMI, mereka akan menuduh orang lain sebagai jahat dan sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan cara.


(Gambar: Perhatikan betul-betul tulisan semburan pada dinding surau dan pejabat PMIUM dengan semburan pada bendera PAS. Ada apa-apa persamaan? Kaedahnya sama iaitu gunakan penyembur cat. Apakah ianya datang dari idea mastermind yang sama? Atau orang yang sama dilatih untuk tujuan ketiga-tiga black ops tersebut?).

Begitu juga dengan kejadian pada awal pagi tadi, motifnya sudah tentu terarah untuk menuduh Aspirasi dan pihak TNC HEP sebagai jahat. Kemudian Pengerusi Pro M menyatakan bahawa TNC HEP sengaja mencetuskan isu baru untuk menutup isu rasuah kononya di UM. Surat yang diedarkan bersama RM100 adalah surat yang diimbas dan kemudian di photostat kembali. Apakah kerana surat demikitan, Pro M boleh menuduh TNC melakukan rasuah? Tuduhan ini nyata sekali tidak berasas. Jika diteliti ketiga-tiga kes di atas, kes conteng di pejabat PMIUM, kes tulisan "OM" dan terbaru kes kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam. Motifnya seolah-olah dirancang untuk menuduh pihak lain sebagai kambing hitam bukan?

Siapa yang buat kita tidak tahu. Aspirasi yang buat atau Pro M yang buat atau pihak lain yang buat? Siapa yang sanggup pegang kepala babi masuk ke dalam surau yang dikawal ketat oleh kumpulan Pro M? Siapa yang sanggup letak bahan psywar dalam surau yang selama ini dijadikan markas operasi Pro M sejak bertahun tahun lamanya? Orang yang buat perkara ini memang wajar mendapat hukuman yang berat daripada Allah SWT.

Dicadangkan agar Pro Mahasiswa dan Aspirasi mengadakan satu majlis angkat sumpah bersama untuk mengesahkan mereka tidak buat perkara terbabit. Jangan cepat menuduh mana-mana pihak yang melakukannya tanpa usul periksa dan bukti yang sahih. Untuk kebenaran bersama, pihak yang menghina rumah Allah SWT dengan kepala babi ini harus mendapat hukuman yang berat. Dicadangkan kepada Aspirasi, jika pihak Pro M enggan hadir membuat majlis angkat sumpah secara bersama selepas solat Jumaat petang ini, maka Aspirasi harus mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin untuk memohon kepada Allah SWT agar mereka yang terbabit mengotorkan pilihan raya kampus di UM dengan kepala babi tersebut diberikan hukuman yang berat. Kebenaran akan datang kepada mereka yang dianiaya. Pembalasan pula akan datang kepada mereka yang sanggup membuat kerja jahat untuk menghalalkan cara.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

26 comments:

QasehNuryz said...

naj-jis!mmg kurang ajar!!!!
kepala babi dah jadi bahan mainan dlm surau pulak.

bungaraya said...

Sekarang ni samseng PAS dan Pakatan Rakyat bertimbun-timbun. Mungkin Hindraf kot.

bzz said...

'A' dia samalah... org sama ke?

kerabu said...

hang dalang pa?
banyak maklumat je hang tahu?
siap ulas panjang leba lagi...

saje je tanye..konpius...

lieliq said...

jika dahulu hanya menggunakan perkataan babi, tapi kini babi sendiri dipergunakan...mungkin sekarang mudah mendapatkan babi di selangor...heh..

Anonymous said...

laaaa......awat teruk sangat bebudak sekarang ni, .....

emmm....mungkin emosi dijadikan ukuran, tapi kalau dapat tau siapa yg sebenarnya buat ni sure kempunan budak tu nak makan nasi lagi sbb kena pelupuh....

mcm ni la .... aku rasa yg nak hangkut kepala babi sure bukan budak melayu/islam yg buat. lebih2 lagi nak letak dlm surau, aku rasa tak da budak melayu/islam yg waras yg nak buat.

so dlm isu ni la kan, aku rasa tak kira la melayu aspirasi ke melayu pro M ke, korang kena bersatu la.

tubuhkan satu parti lagi, parti bersaudara melayu/islam. korang pakat ramai2 sokong, kasi tunjukkan pada yg bukan melayu/islam yg dlm isu ni korang bersatu. amacam?? ok ka?

di universiti ni le korang nak cuba macam2, sok lusa dah keluar dah pakai baju hijau, dah pakai baju biru....susahhhh. celup dlm klorok pon anggkat tetap hijau...tetap biru.

hehehee.....

zul-upm

Anonymous said...

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa serta seorang pelajar lain, sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Berkawal 24 jam kat situ..macam mana boleh tak sedar..amat tidak logik sekali..ini pasti kerja budak budak PKR yang ekstrems..sengaja buat begitu nak naikkan semangat PMI


http://www.malaysiakini.com/news/96552

gadang said...

dunia dah nak kiamat.. semua orang musti siasat siapa manusia jahanam yg bakal masuk neraka jahanam tu? orang beri maklumat patut difikir2kan, bukan menuduh yg bkn2 mcm kerabu..

monk said...

haha.. nmpk sgt org yg tulih ni yg buat.. bnyk infoo. kena siasat nih!!

Panglima Perang Cyber said...

tuan blog, saya sudah beri info ini kepada team BPN..

saya rasa ini kerja orang yang mahu mencemarkan kesucian agama kita.

BPN komited melawan usaha terkutuk ini dan kita akan mendedahkan kepada semua media massa dan eletronik agar segera membuat pendedahan tentangnya.

Agar tidak ada lagi yang berani sedemikian rupa.

Saya juga sudah siarkan artikel tuan blog di blog saya untuk rujukan team kita..

Salam..

Anonymous said...

siasat la dulu...tak yah la tuduh menuduh.....

Nanti jadi macam kes Altantuya...korang tuduh macam2 kat Razak Baginda, tiba2 dia tak bersalah...

Apai Ngelai said...

Salam,

Kita cukup sedih dengan perlakuan yang sungguh tidak bertanggungjawab begini. Dalam banyak-banyak tempat, mengapakah tempat ibadat dijadikan sasaran provokasi?

Ia mungkin dilakukan oleh segolongan orang-orang melayu sendiri yang hendak menjadikan kaum india sebagai kambing hitam. Mungkin juga hendak memfitnah BN yang ketika ini berkempen untuk PRK KT.

Nampaknya ada segolongan pihak yang hendak mengambil kesempatan memburuk-burukkan orang lain dengan tindakan itu. Apa perlunya mereka menggunakan bendera PAS sebagai sebahagian daripada provokasi itu?

Diharap pihak berkuasa dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab bagi mengelakkan kejadian seperti ini merebak dan menjadi penyakit dalam masyarakat.

kepala Anjing said...

ni semua kerja orang kafir..

Nak panggil US jajah Malaysia.

Anonymous said...

SALAM,
APA KEJADAH BUAT PERKARA YANG TAK SENONOH NIH. BANYAK BENDA LAIN YANG LEBIH BAIK UNTUK KAUORANG LAKUKAN.
LEBIH BAIK KAU BAWAK BALIK KEPALA BABI TU BUAT SUP.

YB Raz Gothic said...

hahaha macam2 hal sekarang. Dalam U pun boleh main politik kotor, bila dah keluar nanti lagilah kotor politik dorang main.

dunia dunia...semua orang mengejar dunia sekarang ni..baik melayu, cina india...

anyway aku setuju pendapat Anonymous: "mcm ni la .... aku rasa yg nak hangkut kepala babi sure bukan budak melayu/islam yg buat. lebih2 lagi nak letak dlm surau, aku rasa tak da budak melayu/islam yg waras yg nak buat."

Memang takkan ada melayu islam sangup buat macam itu melainkan orang kafir atau melayu murtad. Lagipun memang dah ramai melayu murtad kat universiti sekarang ni..

pandai2 lah korang cari melayu murtad tu..

Anonymous said...

hg ni cam taw2 jer kronolgi sume ni??hg taw ke surau tu d kwal ketat??hee..aku ske dgar pjelasan hg..sume mnunjukkan 'kepandaian' hg cam csi hee..pastu ckit2 nk sumpah..ha..kantoi!!

Inspektor Gajet said...

1) Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

aku musykiil bagaimana hanya Azlan yang baru jumpa kepala babi tersebut. Megnapa orang lain tidak jumpa dulu? Masa kes conteng di dinding surau dulu Hilman Nordin yang jumpa dulu...kenapa orang lain tak jumpa dulu? pelik kan.

2) Semua orang kena pukau ke?

Takkanlah tak sedar langsung kehadiran orang asing. Letih pun kita masih lagi tidur tidur ayam. mengapa tidak ada seorang pun yang perasan kehadiran orang luar. kalau nak tanggung guni kepala babi tu mesti bawak kereta bukan boleh bawak naik motor. mesti unit keselamatan perasan.

3) Sila tengok betul betul susunan kepala babi dan bendera itu. Ianya diatur elok elok bukannya dilempar secara tergesa gesa. Ini menunjukkan orang yang buat kerja ini punyai masa yang banyak untuk letak kepala babi tersebut. Kalau orang yg tidak biasa dengan surau tu tentu dia akan lempar sahaja dan cabut lari.

4) macam mana pelempar kepala babi itu boleh timing masa yang tepat dan tahu semua orang sudah tidur nyenyak...hanya orang dalam surau itu sahaja yang tahu semua orang sudah tidur.

5) Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

Mana ada orang luar dan pihak Aspirasi tahu pintu belakang surau itu. Hanya orang yang biasa sahaja yang tahu selok belok surau dan pintu yang jarang digunakan. kalau orang luar masuk takkan dia sanggup galas guni babi dan masuk secara semberono sahaja. Tak kan lah dia tak takut disergah sebelum sempat letak babi dalam tempat tersebut.

6) Bodoh sangatlah kalau orang itu semata-mata tanggung risiko masuk dalam surau hanya untuk letak kepala babi. Dia kalau setakat nak bangkitkan kemarahan boleh sahaja letak kepala babi itu di kereta atau motor atau pintu pagar akademi. Itu pun sudah cukup untuk jadikan isu. Nampak sangatlah ada yang tidak kena dalam isu ini.

7) bagaimana Azlan dan Hilman boleh hidu dan tidak letih? Bukankah mereka ini juga gantung poster...macam mana mereka boleh tahu terlebih dahulu...

Inspektor Gajet said...

tamabah lagi

8) Azlan jumpa jam 5 pagi. maknanya, kepala babi itu hanya bertahan selama beberapa minit sahaja, kemudian terus dijumpai oleh watak sang hero

9) Apakah ini strategi terdesak PMI untuk menang di UM setelah kalah di USM dan UKM? Jika kalah di UM, PKR akan hilang satu kumpulan jentera di Lembah Pantai

10) Dari mana babi tersebut diperolehi..siapa yang dekat dengan sumber babi...

maharaja zhou said...

Analisis Isu Kepala Babi:Budak PMIUM Berada di Tempat Kejadian Berlaku

Katakanlah,di Tel Aviv tiba-tiba pada waktu selepas ibadah Yahudi berlangsung di tengah-tengah ramai orang,sebuah synagogue meletup.Kawasan itu kawasan Yahudi bukan kawasan Arab Israel.Paling dekat rumah seorang Arab (katakanlah)pun 20 km dengan dijaga ketat oleh askar dan polis Yahudi 24 jam.

Kalau tiba-tiba Ehud Olmert berkata pengeboman ini dilakukan oleh Hamas,bolehkah kita percaya?Lagi pula,bom yang digunakan ada kesan "white phosphorus".Bukan taktik biasa Hamas,pengebom berani mati dan seumpamanya.Kalau ini,terjadi,bolehkah kita percaya yang orang Islam amnya ataupun Hamas dan Al Qaeda khususnya yang melakukannya?Begitu juga kes kepala babi di surau API.

Mereka yang sefrekuensi dengan penulis adalah Teh Hoong Keat,Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya.Teh tidak menuduh lawan PMI sepertimana yang hendak diindikasi oleh Razali Zaidin tetapi sebaliknya menganggap kes ini boleh mencemar nama baik PMIUM dan Pro-M:

"satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa.

"Namun begitu, kami tidak ingin menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan yang berkenaan supaya menyiasatnya dengan lebih terperinci," katanya.


Tentu ada sebab Teh mengeluarkan kenyataan ini yang nyata tampaknya jujur ataupun mungkin Teh terlalu gelabah ketika disoal Malaysiakini sehingga itu ayat yang terpercul dari mulutnya?Adakah Teh tahu kekuatan dan keupayaan sebenar gerombolan manusia yang meletakkan kepala babi tersebut?

Di samping itu,penulis memuji tindakan Penggerak Mahasiswa yang tidak menuduh sesiapa,tidak seperti Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional yang terus mengeluarkan kenyataan ini:

Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,"ujar beliau.

Dan lihatlah bagaimana mengikut laporan Malaysiakini bahawa semasa kejadian ini berlaku beberapa orang sedang berada di dalam surau API,dikatakan sedang "tidur".Kononnya semua tidur mati dari pukul 9.00 malam sampai tidak sedar apa-apa.Adakah ini munasabah?

Di masa yang sama Azlan Zainal,Presiden Parti Mahasiswa Negara dan kawannya Ahmad Shahir Md Shah mengaku sedang hirasah menjaga kawasan persekitaran Surau API.Menurut sumber yang pro kepada mereka ini, mereka hanya masuk ke surau pada pukul 5.10 pagi dalam laporan polis.

Tetapi, harus diingat,mereka sedang hirasah keselamatan poster serta barang kempen mereka dan bukannya terus menuju ke surau API.Oleh itu, kita hairan kenapa maklumat ini tidak dimuatkan dalam blog Pro-M?

Dalam siasatan polis,sepatutnya Azlan Zainal dan Ahmad Shahir perlu dijadikan suspek utama.Azlan Zainal perlu menyatakan siapa manusia-manusia dari kalangan jentera PMI yang tidur itu.Suspek ketiga adalah Dr Ruzman,pensyarah API.Jikalau penulis menjadi polis,beliau tetap akan disoalsiasat walaupun penulis yakin beliau mempunyai alibi yang cukup untuk menjawab di mana beliau berada.

Dilihat pada berita yang dilaporkan (lihat foto pertama dari link),wajah aparat-aparat PMI tidak nampak sedih sebaliknya bersemangat dan gembira gambar mereka diambil sambil posing dengan foto kepala babi tersebut.


Jika dilihat pada susunan kepala babi tersebut, ternyata orang yang melakukan perkara ini mempunyai masa yang cukup seolah-olah dia meletakkan kepala tersebut di atas bukit dan semak-samun di belakang API. Bendera PAS dibentangkan sempurna tanpa lipatan.

Kepala babi pula diletakkan seolah-olah sengaja untuk tidak mengenai permaidani surau (namun,terkena juga).Tidak nampak seperti orang takut,jika tidak afdhal saja dibungkus kepala babi tersebut dengan bendera PAS gaya along dan diletakkan di perkarangan surau.

Tidak seperti terburu-buru.Dari gambar-gambar yang diperolehi ternyata mustahil kesemua tidur mati dengan kata lainnya Azlan Zainal yang sedang hirasah pun tidak menyedari ada orang yang sedang memasuki surau API?Pintu harus dibuka.Takkan jentera PMI yang tidur membuka pintu surau sehingga menjemput punca chikungunya dan denggi menjamu selera?

Jikalau dimasuk dari pintu kiri surau dari gambar-gambar yang penulis perolehi,ternyata ia bukanlah tersorok seperti yang didakwa oleh Haafizuddin.Benar,ia kawasan yang jarang disolati oleh jamaah tetapi ia bukan jauh dan tersorok sehingga tidak disedari oleh orang yang berada di dalam surau.

Jika benar ia tersorok,tentulah ia juga sukar untuk dalang lari setelah melakukan kerja terkutuk ini,kerana proses untuk masuk,membentangkan bendera PAS dengan sempurna,dan meletakkan kepala babi dan proses untuk keluar tentu mengambil masa yang munasabah untuk disedari aktiviti sulit ini.

Bunyi motorsikal,bunyi tapak kaki dan bunyi plastik tentu sudah cukup menggerakkan jentera yang tengah tidur.Dari foto juga,penulis mengandaikan si dalang membuka kasut lagi kerana tiada kesan tapak kasut kelihatan di dalam gambar.Sopan sungguh di peletak kepala babi ini.

Biasanya kalau ada orang hendak mengugut musuhnya di kampung pun,bangkai ayam digantung cepat walaupun tiada orang meronda di sekeliling rumah seperti Azlan Zainal dan kawannya.Tidak pula dilapik dengan kain batik ataupun pelikat.

Jika ia dibuat oleh seorang Muslim,tentulah ia mengambil masa yang lama kerana proses mengeluarkan kepala babi yang terbelah dari plastik tanpa mengotori diri pun mengambil masa.Oleh itu,ada yang berpendapat,mungkin Non-Muslim yang melakukannya!

Tetapi harus diingat,jikalau begitu adakah yang mencuri duit masjid dan selipar itu kerja Non-Muslim semasa solat Jumaat?Kita sendiri tahu jawapannya.Yang berani mencemar dan melakukan kekotoran terhadap rumah Allah ini biasanya orang Islam sendiri apatah lagi jikalau ada "hukum-hakam" yang dibolehkan untuk mencapai tujuan tertentu.

Oleh itu,wujud keraguan munasabah.Penulis berharap pihak Forensik agar cepat menyiasat kes ini untukmendedahkan dalang sebenar kes yang menghina Allah dan rumahnya.

Nota:Ada yang mengatakan mustahil manusia-manusia ini melakukan perkara tersebut kerana baru diserbu oleh polis.Kita harus ingat manusia-manusia ini bukan hanya penghuni-penghuni rumah itu tetapi merata-rata Universiti Malaya.Rumah bertaraf Markaz bukannya satu tetapi banyak.

Harus diingat,manusia-manusia ini mempunyai "standing-army" sekurang-kurangnya 500 mahasiswa.Tidak termasuk tentera rezab dari tahun 1.Maka,menggunakan alasan baru diserbu adalah tidak logik kerana ramai lagi yang mampu bertindak seperti itu.

Baca dengan lebih khusyuk di Analisis Isu Kepala Babi:Budak PMIUM Berada di Tempat Kejadian Berlaku

VOY said...

agak keterlaluan perbuatan yg macam nih... ini yang akan menimbulkan masalah lain, gune lah OTAK yang disediakan AKAL tuhan bagi tuh. isk2.. melampau btol. cube la cari penyelesaian dari mendatangkan lagi permasalahan... "masok tempat orang bawak OTAK bukan PISAU"...

Anonymous said...

tak macam CSI langsung...merapu je...

aku yakin, orang nak lagakan korang je nie...nak lagakan orang Melayu...

Yang aku heran, orang Melayu sendiri yang dok tuduh orang Melayu lain...

Bodoh betoi korang nie...asyik kena main je ngan bangsa lain...

MAT 6 KOTAK said...

PADAN MUKA, MAK bapak hantar suroh belajar jadi orang bukan main politik dalam kampus akhirnya dok main kepala babi.

Aku ingat budak UNIVERSITI NI cerdik RUPA-RUPANYA dah MAIN KEPALA BABI PULAK....

Balik kampung la, belajar kat univeristi pun jadi bangang macam benda tu......

GOMO said...

APA-APA PUN DALANG BABI INI PERLU DICARI DENGAN SEGERA!!!

Anonymous said...

wakekekke babi masuk surau, babi lepas dowh~ .. hikihk.. Respect org yang buat. masak guai cili padi babi tu sedap

Anonymous said...

sgt cetek rupanya pemikiran owg skrg nie.. klu nk berpolitik pun plez jauh dri pusat pendidikan.. bkn asyik kempen mcm nk separuh mati but xde ape2.. sediri yg susah.. sgt xmenggunakan otak... tlg ar.. da besar pndai pk ar.. klu ko xnk pk pasal dri sendri pun pk ar pasal owg lain.. bkn nk tnjuk pndai but.. benda mcm ni ar bg rosak pemikiran owg rmai.. saling tuduh menuduh.. last2.. pecah mcm tu jer.. klu korang warga um yg buat ni tlg sedarkan dri anda dan tanam dlm otak skit.. korang da besar.. ade otak.. guna.. Tuhan bg otak utk berfikir bnda2 yg baik.. yg faedah.. bkn mcm ni cra nk bls dendam or nk menunjukkan rsa x puas hati.. do the positive way.. byk je lg cra.. ni adalah stu tindakan bodoh.. sy ulang.. bodoh... so pndai2 ar if rsa dri tu ade otak.. gunakan mulut utk luahkan bkn kata blakang...

Anonymous said...

as salam.. buat admin dan kawan2 blogger.. kita tak tahu isu yang ditimbulkan ini sahih atau tidak bahwa PRO M yang lakukan. kes ini sudah lama berlaku...
admin mungkin pelajar UM dan aktif dalam PENGGERAK.. itu tidak mengapa.. sekadar memperjuangkan hak pelajar di universiti.. tp saya mahu tekankan di sini..SESUNGGUHNYA MENFITNAH ITU LEBIH TERUK DARI MEMBUNUH.'..
tahukah kalian..sekali kalian menfitnah..maka selangkah kali ke neraka..kecuali kalian bertaubat..
isu yang diketengahkan adalah berkaitan kepala babi.. saya tidak menyalahkan ssesiapa tetapi.. kita perlu tahu bahwa bukan kita yang mlihat perkara ini..kita sekadar melihat benda yang sudah terjadi..tidak bagi ALLAH swt yang sentiasa melihat apa yg dilakukan oleh hambanya. kalian terutama admin..jgn sesekali meracuni pemikiran orang lain dengan kata2 fitnah.. banyak dosanya.. bertaubatlah..
sekian..