Thursday, September 4, 2008

Anwar Ibrahim dan Kondrad Adeneur Foundation (KAF)


"Dia (Anwar) sudah pergi terlalu jauh dan tak mungkin dia berpatah balik. Dia tahu perbuatannya salah, tetapi seperti juga budak nakal yang popular, dia mesti meneruskan kesalahannya itu. Perjuangannya sekarang memang tidak sesuai dengan prinsip perjuangannya yang asal, tetapi apakan daya dia sudah terkepung oleh Nasara (USA) dan Yahudi yang banyak membantunya; bukan untuk kepentingan Malaysia dan rakyatnya, tetapi untuk kepentingan mereka." dipetik dari Gurubashid.com.

Salehuddin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS) sendiri enggan memberikan komen berhubung isu Anwar dikaitkan dengan Kondrad Adeneur Foundation (KAF), sebuah lagi yayasan yang beribu pejabat di Berlin Jerman. Apakah itu KAF?

Shahbudin Yahya, Perwakilan UMNO dari Pulau Pinang pada 17 November 2006 dalam Perhimpunan Agung UMNO telah membangkitkan Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), Sisters In Islam (SIS) dan Penang Global Ethic (PGE) ditaja oleh Yayasan dari Jerman itu. Selain itu, KAF juga didakwa terlibat secara langsung dalam penajaan Suruhanjaya Antara Kepercayaan atau Inter-Faith Commission (IFC) yang merupakan satu isu sensitif berkaitan dengan agama Islam sebagai Agama Persekutuan di negara ini. Kini pertikaian tentang "Memeluk Islam" pula diperbincangkan oleh Majlis Peguam.

Penubuhan KAF di Jerman berasaskan ‘Christian Democratic’ pada tahun 1955. Nama asalnya adalah “Society for Christian Democratic Education Work”, kemudiannya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada tahun 1963 sempena dengan nama Chancellor Pertama Jerman yang berundur daripada kerajaannya.

(Gambar: The Penang Global Ethic Project, sebuah projek KAF di Malaysia). KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah Jerman iaitu Parti Christian Democratic Union of Germany (CDU) yang bergabung dengan parti-parti politik Konservatif & Demokratik Kristian di peringkat antarabangsa melalui International Democrat Union (IDU). IDU beribu pejabat di London, United Kingdom dengan keanggotaan 45 parti konservatif yang diketuai oleh John Howard (Perdana Menteri Australia).

KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC). Hubungan KAF & AJC bermula seawal tahun 1950-an di antara Konrad Adenauer (Chancellor Jerman), David Ben Gurion (Perdana Menteri Israel) dan Nahum Goldman (Pengerusi Jewish Claims Conference) pada tahun 1952 yang menghasilkan “Perjanjian Luxembourg”. Antara lainnya, Jerman telah menyatakan persetujuannya untuk membayar pampasan kepada mangsa “Holocaust” (orang-orang Yahudi yang dibunuh secara beramai-ramai semasa pemerintahan Nazi di Jerman). Sejak perjanjian itu, hubungan KAF-AJC semakin intim hingga ke hari ini. Malah, menurut laman rasmi AJC (http://www.ajc.org/), KAF merupakan salah satu badan terbesar yang mendapat tajaannya.

(Gambar: Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Beliau juga menyatakan turut membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006).

Operasi KAF di Malaysia lebih tertumpu kepada dua bidang iaitu ‘Political Dialogue” dan “Media Development”. KAF di Malaysia digerakkan melalui cabang KAF Asia dan Kerjasama Antarabangsa, KAF Jerman. Misi “Political Dialogue” menyerap masuk melalui think tank dan individu yang berpengaruh di Malaysia. Think tank yang dimaksudkan itu seperti Institut Kajian Dasar (IKD), Malaysian Strategic Resarch Centre (MSRC), Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) dan Institute for Development Studies Sabah (IDS).

Hubungan KAF dan Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1987, selepas dua tahun Anwar menubuhkan think tank elitnya sendiri iaitu Institut Kajian Dasar (IKD). Penyaluran dana KAF semakin agresif kepada IKD selepas melihat bintang politik Anwar semakin cerah, daripada memegang jawatan Menteri Pendidikan (1987), Menteri Kewangan (1991) sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri (1993).
(Gambar: Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim adalah CEO IKD sekarang). Ironisnya, IKD diasaskan oleh aktivis-aktivis ABIM iaitu Anwar Ibrahim sendiri (bekas Presiden ABIM 1974-1982 / Pemegang Amanah IKD), Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agong ABIM 1981-1987 / Pengerusi IKD) dan Dr Siddiq Fadhil (Presiden ABIM 1983-1991 / Pengerusi Panel Perunding IKD). Mereka ini telah bersetuju menerima tajaan daripada KAF yang jelas berorientasikan Kristian Demokratik dan mendapat saluran dana melalui American Jewish Committee (AJC).

Bermakna, aktivis IKD dan ABIM menyedari dari mana sumber kewangan itu diperolehi. Tetapi, demi untuk menaikkan karier politik Anwar, persoalan sumber kewangan tidak lagi dipertikaikan oleh bekas-bekas tokoh ABIM ini.

Justeru itu, dalam tahun 1990-an, penajaan KAF terhadap IKD & Anwar semakin mencerminkan imej Amerika Syarikat. Bermula dengan Dialog Pasifik di Pulau Pinang (1994), Dialog Pasifik II di Kuala Lumpur (1996) dan Dialog Pasifik III & IV di Kuala Lumpur (1996 & 1998) telah melonjakkan nama Anwar Ibrahim sebagai ‘seorang tokoh penting Malaysia’ di kaca mata Amerika Syarikat. Tidak hairanlah mengapa Anwar dijemput ke Amerika selepas itu.

(Gambar: Anwar diberikan layanan karpet merah ketika berkunjung di Amerika Syarikat oleh William Cohen). Malah, lebih menarik lagi kesediaan tokoh-tokoh penting Amerika Syarikat seperti Senator William S.Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat) untuk hadir mendengar ucapan dasar Anwar dalam sidang dialog anjuran IKD itu. Pada 26 Jun 1997, Anwar sebagai pemangku Perdana Menteri ketika itu turut menyaksikan ‘Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Heritage Foundation Washington Dengan IKD’ di Kuala Lumpur.

(Gambar: Anwar berucap di University John Hopkins, universiti di mana Paul Wolfowitz pernah menjadi Dekan sebelum mengetuai Pentagon menyerang Afghanistan dan Iraq). Anwar dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh Ateneo de Manila University (pusat KAF di Asia Tenggara) dan Anugerah ‘Presidential Medal’ oleh Georgetown University (1996). Pada tahun 1998, Newsweek International menamakan Anwar sebagai ‘Asian of The Year’.

Usaha KAF ini membolehkan Anwar dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO (1988) dan pada tahun 1997 dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO (2 Spetember 1998), bantuan KAF terhadap IKD seolah-olah terbantut kerana ramai di kalangan pengikut setia Anwar seperti Kamaruddin Jaafar telah ditangkap polis dan sesetengahnya telah melarikan diri ke luar negara.

(Gambar: Dari kiri ialah Dr Irmgard Schwaetzer (Ahli Lembaga Pengarah Friedrich Naumann Stiftung), Anwar Ibrahim dan Hubertus Von Welck (Pengarah FNF Rantau Asia & Asia Tenggara) dalam program Internal Freidrich Naumann Foundation Meeting pada 12-15 Jun di Kuala Lumpur. Ini bermakna Anwar juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut?).

Namun begitu, KAF masih meneruskan bantuan tidak langsung dengan menyediakan “think tank” antarabangsa untuk melobi membebaskan Anwar. Ezam Mohd Nor (bekas Timbalan Pengarah IKD), Nurul Izzah Anwar dan Rahim Ghouse telah berjumpa dengan tokoh-tokoh Indonesia dan Filipina yang pernah menjalin hubungan dengan IKD di peringkat ASEAN sebelum ini. Antara tokoh-tokoh yang dikunjungi Ezam dan Nurul Izzah seperti BJ Habibie (CIDES), Gus Dur, Dr Amien Rais, Estrada dan Cory Aquino.

Maka tidak hairanlah mengapa Gus Dur dan Estrada sanggup turun untuk berkempen bagi memenangkan Anwar di Permatang Pauh. Apakah Anwar benar-benar terdesak untuk jadi Perdana Menteri pada 16 September ini? Seolah olah ada satu paksaan dan desakan untuk Anwar cepat cepat menubuhkan kerajaan baru di Malaysia. Siapakah mereka yang mendesak itu?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia.

22 comments:

nasionalis said...

betulkan spelling bro ...

harap boleh pautkan blog penggabung suara ... . Blog anda sudah dimasukkan.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya fikir tidak ada salahnya Anwar berbaik-baik dan mendapat bantuan dari KAF, orang Amerika, orang Yahudi atau mana-mana manusia kafir sekalipun.

Yang penting dia dan kawan-kawannya telah menggunakan bantuan yang diterima dari luar itu untuk projek yang menguntungkan mereka, kumpulan mereka dan bangsa Malaysia.

Ini sama juga seperti kita meminjam wang dari bank orang kafir, kemudian kita gunakan wang itu untuk perniagaan yang menguntungkan.

Saya fikir dari segi agama pun tidak salah, dan tidak ada sesiapa yang rugi (kecuali orang yang bencikan Anwar kerana sebab-sebab tertentu, seperti kerana hasutan Mahathir).

piut panglima said...

ya allah....

di dlm kami mengharungi bulan yg mulia ini,sesungguhnya kami ini insan yg lemah, hanya mampu berdoa agar kau bukakan lah pintu hati hambamu yg sebegini rupe & jika hatinya masih tertutup utk terus memusnahkan islam addin yg mulia ini...kurniaknlah kpdnya ganjaran yg setimpal di atas perbuatannya yg mendtgkan kemurkaanMu ya Allah...

amin...

Anonymous said...

Ya Allah, Kau buangkanlah dan jauhkanlah prasangka buruk di hatiku serta saudara-saudara seIslamku Ya Allah. Kau jauhkanlah kami semua dari memburukkan sesama kami Ya Allah terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Anonymous said...

Bukan salah atau tak salah yang menjadi persoalan.

Takkan orang Kafir Laknak tu begitu senang hati nak tolong tanpa ada balasan.

Fikirkanlah !

rocco said...

Bangsa Melayu diperlekeh, untuk dikuburkan di bumi sendiri?

Jika kes2 begini berlaku lagi(karpal& sultan, Keris). PR lebih cenderung mengungkit kisah lama UMNO.Kononya UMNO lebih kejam. Lalu menyebabkan orang lain ketawa lekeh melihat Melayu bergaduh sesama sendiri mempertahan Pencacai ini. Mereka terlupa musuh sebenar adalah 'Pencacai' ini. Pencacai ini berpandapat memang ditakdirkan Melayu selamanya diperhamba.

Saya bukan Melayu mudah lupa dan dari jenis tidak menghargai & mengenang budi. Meskipun dikatakan generasi baru UMNO telah mengheret Melayu ke tepi lubang kubur, ini tak bermakna lesen kepada Anwar @ PR untuk menguburkan Hak2 Melayu.


Saya tak pernah menyertai UMNO @ mengundi UMNO tetapi saya rasa bersalah untuk membenci UMNO. Namun, saya berpendapat UMNO seumpama seorang bapa yang telah membesarkan Melayu dari majority buta huruf sehingga melahirkan graduan2 yg antaranya kini bongkak & takabur.

Umpama seorang bapa yang dulunya beriman , tiba2 di tengah usianya tak berapa bagus seperti ‘bermain kayu tiga atau lembab bertindak’. Mereka yang telah cerdek (tetapi berakal/memori pendek ini) tanpa belas menghukum ‘bapanya’ yang berbudi dan sanggup membunuh bapa sendiri akibat kelemahan sifat bapanya.

Memang kini UMNO boleh dikata bukan mewakili suara Melayu & ‘dimiliki’ golongan elit, saya juga merasakan menyokong Anuar bukanlah jalan keluar.
kerana saya tak termasuk dalam golongan ini yang mempunyai kecenderungan menyokong Nuar-

a.orang berfikiran pendek (pelupa, emosional & merusuh-tak mampu mengingat nuar dlm jangka 5 ke 20 tahun lepas, siapakah Nuar ini),
b.golongan muda yang tak kenal Nuar (membabi buta menyokong seperti karisma Hitler).
c.beragenda material-(untuk meraih projek dlm hirarki atas kerajaan baru),
d.Beragenda porak poranda (pelabur jahat & orang asing jahat),
e.Pembenci Paklah dan mengambil jalan protes.



Dilema Melayu Global:
Sekarang ini jika memihak kepada UMNO VS PR kedua2nya seolah2 merugikan. Menyokong golongan elit VS menggadai hak diperjuangkan bertahun2?

Saya yakin ramai Melayu pertengahan berpendapat seperti saya. Kerana itu 80% pengundi tak berdaftar ialah Melayu lembah kelang.

Namun kami Muslim, tidak akan membenar Malaysia menjadi republik.

Che Dem said...

Wahai sahabat...
Kita pernah mendengar bahawa antara tanda2 akhir zaman adalah FITNAH berlaku berleluasa.
Maksud saya disini bukan menyebelahi UMNO mahupun DSAR.
Tapi mahu mengajak sahabat2 melihat apa kesannya FITNAH.
Individu masing2 cuba naik takhta yang atas, yang tetap dan pasti menjadi korban adalah rakyat.
Terutamanya MELAYU.
Sedarlah yang diatas...keperitan rakyat.
Sedarlah yang cuba menegakan perjuangan INDIVIDU,jalan yang anda pilih adalah jalan keperitan rakyat.
Si dia, si anu...masing2 dengan agenda masing.
Teramat penting...doaku
Selamatkanlah Islam&Melayu kita.
Semoga rahmat MERDEKA untuk kita selamanya.

Anonymous said...

ini fakta la kawan, bila ada yang jelas lagi bersuluh ianya bukan lagi fitnah semata mata. Kalau kita anggap semua fitnah kita, kawan kawan tidak akan jumpa dengan yang benar.

Abu Asim said...

sekali lagi tuan tanah telah memfitnah Anwar Yang Mulia dengan propaganda jahatnya. Aku cabar tuan tanah buktikan benar ke Anwar pergi ke Jerman? Tuan tanah ada ke pergi Jerman masa Anwar jumpa tu? Tak habis habis tuan tanah ni nak fitnah Anwar. Aku tahulah tuan tanah ni nak bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar. Tak kan lah cari glamour macam ni kot. Tuan tanah ini untuk pengetahuan pembaca adalah product Tun Mahathir masa dia belajar di UUM. Budak yang ini diasuh oleh Dato' Kol Prof Ahmad Fawzi Basri (Bekas NC UUM) yang juga kuat sokong Pak Lah. Fawzi Basri memang terkenal sebagai seorang strategis Pak Lah masa dia di GPMS. Aku tak faham mengapa tuan tanah ni wujud pula GPMM. Apakah ini muslihat tuan tanah sendiri. Mengikut risikan aku tuan tanah ini pernah belajar short term sem di Oxford dan Harvard lepas dia habis belajar di UUM. Menurut kawan kawan rapat dia, tuan tanah ni sanggup tidak tamatkan praktikal semata mata untuk pergi short term courses di oversea yang dibiayai sepenuhnya oleh Pak Lah. Pembaca semua...tuan tanah mendapat pembiayaan penuh itu kerana dia orang kuat Datuk Zahidi yang juga merupakan anak emas Pak Lah. Aku fikir tuan tanah tak akan berani siar pendedahan aku ini. Tuan tanah pasti takut dengan pendedahan ini. Aku berani beating bahawa tuan tanah pun sudah dapat training daripada CIA di oversea dulu. Kalau tidak mana boleh dia dapat maklumat tentang oversea ini.

Aku berani potong jari lah kalau tuan tanah berani siarkan pendedahan ini. Kalau tuan tanah tidak siar memang tuan tanah tidak ada telur dan bukan anak halal.

dari aku
Pengundi Datuk Seri Azmi Khalid.

Anonymous said...

perghhhh....mmg taksub abu asim pada anwar sampai pggl anuar yg mulia...kesian kerana mengangkat seseorang yang belum tahu mulia ke x...padahal dia hanya rakyat biasa.bkn sultan atau Nabi pn...apa nk jd pd melayu skrg.

Anonymous said...

Anwar Yang Mulia akan jadi PM pada 16 September ni. Siapa siapa yang kerja dengan kerajaan itu berhentilah kalau reti malu. Bendera PKR akan dicium oleh tuan tanah ini bila PKR jadi kerajaan. Semua blogger kerajaan akan tunduk bawah panji panji PKR. Beberapa hari je lagi tinggal, siaplah korang bungkus siap2 le.

ABU JAHAL
Presiden Gabungan Manusia Yang Benar Belaka Malaysia

azrinizam said...

salam,

dakwaan abu asim adalah tidak benar.

sekian.

Anonymous said...

abu asim kau dah kerat jari belum

aku_aku said...

Diulangi: Abu Asim, kau dah kerat jari ke belum. Kalau belum dan takut untuk melakukan seperti apa yang kau kata tu, kau sama saja dengan si pujaan hati kau, ANWAR IBRAHIM - penipu

MOHD IZAFFI said...

Hai lah abu asim, rapat sungguh ko dengan tuan tanah ni ye!

Apa lagi yang ko tau pasal tuan tanah ni, menarik gak cerita ko ni?

Cerita lah lagi, sekali cerita satu jari ko kerat, lama jadi pengemis di tepi jalan tak berjari.

Apehal lah nak kerat2 jari, kalau benar, benarlah, kalau tak, tak lah.

Sesungguhnya Tuan abu sendiri lebih mengetahui fakta yang Tuan sampaikan, ingat Tuan, bulan Ramadhan ni, dosa memfitnah besar sekali.

Tuan tanah membawa fakta dalam blognya, kalau tak benar sangkal ajelah fakta itu kan senang.

Kalau penyokong PR @ DSAI hentam kerajaan @ pemimpin UMNO semuanya betul tiada yang salah, kalau tuan tanah yang merasakan dirinya bersyukur dan berterima kasih pada pemerintah yang telah berjasa padanya semuanya salah tak boleh!

Tuan abu ni lama ke kawan dengan Pak Lah, KJ, Najib dan sebagainya? Macam mana Tuan boleh tuduh pemimpin ni macam2 sedangkan Tuan tidak bersama dengan pemimpin ni 24 jam?

Tuan pun sudah pasti mendapat cerita dari kawan2 @ tuan ada motif tersendiri terhadap tuan tanah ni.

Kalau Tuan nak bertanding merebut jawatan dalam UMNO bertandinglah, janganlah asyik cerita pasal tuan tanah nak bertanding. Macam ada apa2 pulak tuan abu asim ni ye, banyak kali cerita pasal benda yang sama kata tuan tanah nak bertanding jawatan naib ketua pemuda bahagian. Jangan2 kes dengki tak puas hati zaman sekolah ke, zaman di universiti ke, tak pun kat kampung.

Jangan dengki tak baik!

Satu lagi, nape tulis abu asim adalah pengundi Dato Seri Azmi Khalid. Dato azmi khalid pemimpin UMNO, tak malukah abu asim ni. Guna lah nama calon PR yang bertanding di kawasan tuan.

Uppss, lupa pulak, dalam PR pemimpin ada 1org je, anwar mati nanti Parti Keadilan akan terbubar secara automatik.

Harap2 umur anwar panjanglah, takut kempunan tak dapat jadi PM malaysia ke 6. tu pun kalau ada rezekilah, 16 september ni dah tak dapat. Bila tarikh baru nak jadi PM pun entahlah. Dari tahun 97 mencuba tak dapat2, agak2nya Allah tak izinkan rasanya. Orang lain jadi PM senang je. Nak kata Tun Mahathir dengki, tun pun dah letak jawatan lama dah, Pak lah pun nak serah kat Najib tahun depan.

Lompat si katak lompat abu asim.

Anonymous said...

NTAH..

aku dr mule2 aku msuk blog ni..aku mnyampah btol ngn komen cik ASAM BOI ke ASAM MASIN ke ABU ASIM..sembang bukan main lg aku tgk..die tu dok puje2 anwar..anwar yg mulie la n mcm2 lg la aku bce..meluat la..

weh..cik ASAM MASIN..xyahla ko nk angkt org tu tinggi sgt..ko tau ke org tu baik ke tak..aduyaiiii

lgpn ko ni cm kenal je ngn tuan tanah ni..da kenal tu da la..xyahla nk tabur2 fitnah plak..sdahla bro..kdg2 sbb ko ni taksub sgt ngn anwar pengkhianat bangse tu..ko gne mcm2 care nk naik kn die..sggp tabur fitnah..hine org macam2..aduyaiiii..

yg benar
SEMANGAT MELAYU

Tauke toge said...

bagusla..korang sama Melayu gaduh..gaduh2 untuk tolong kita..
mau kasi kita..kita mayak wang..Lu orang apa pun tarak, tapi kalau mau kasi kita angkat..UMno kasi wang, Pas kasi wang, PKR kasi wang..lu orang gaduh2 lagi. fight tengok sapa lagi mayak tolong kita..


Lagi? Itu budak Melayu PKR mau sama rata.mayak bodoh. lu orang pokai lagi tak sedar diri..

tapi, itu olang bodoh, wa apa pedulik..wa mau pijak bagi leper..Wa untung maa..lu susah2 gaduh..lu puyna pasai.

lagi itu Abu Masin, mau tolong saya pijak..Manyak senang..saya tauke ma..duduk saja..macai kena kerja..
'wio, longkai..pijak cepat sikit"

bulu2 kerinting2an said...

Abu Asim potong jari...yahoo!!

Ko pun kaki pusing cam yang mulia Anwahhhhhhhhhhhhhhhooooooomooooo??

tututttttt!!!!!!!!!

Abu Asim said...

izafi, aku-aku...

korang memang balaci BTN, siang malam tak de kerja lain ngadap komputer je jawab bagi pihak kerajaan. Berapa Pak Lah bayar korang ni? Insaflah korang. Lepas ni aku pulak yang duduk pantau korang dari tingkat 4.Zaman korang dah habis. Penulis pun akan dibuang kerja. Padan muka semua. Tinggal berapa hari ja lagi Anwar akan melangkah masuk ke Putrajaya. Siaplah korang.

Dari Aku : Abu Asim

bulu2 kerinting2an said...

Balaci? sape balaci..habis ko tu balaci sape? bape plak Anwar bagi ko duit? Anwar sposer ko duk kat condow saiful ke?

ape2 hal pun 'janji ko ari tuh' aku nak ko potong dulu, selagi ko tak potong..tak payah nak komen kat sini...tak pun pas ni ko mesti tukar nick name....dasar pondan nmg camtu,anak buah asuhan-----l
v
Anwaaaaaaaaahhhhhhhhhhoooommooooo???

tuttuuttttttt!!! Abu Asam boi...

anak melayu said...

teruskan usaha bro!
support 100%

melayu tak emo said...

gua support gak...

terbukak otak aku..

dah bertahun2 pening baca blog pemuja2 anwar aljuburi ni..

nak jadi PM punya pasal..apa pun jadik..cita-cita sejak kecik tak tercapai2 lagi..haha

Selama ni UMNO diamkan jer fitnah macam2 kat ruang cyber ni..kita perlu bertindak!

apapun...PakLah mesti undur gak..haha