Friday, August 8, 2008

Forum Memeluk Islam Mencabar Perlembagaan

Pada 9 Ogos 2008 (Sabtu) ini, Majlis Peguam akan menganjurkan satu forum "Memeluk Islam". Antara lain forum ini akan membincangkan perkara yang sudah termaktub dalam Artikel 121 (A) malah secara tidak langsung ianya seolah mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Ragunath Kesavan (Naib Presiden Majlis Peguam) menyatakan forum tersebut akan diteruskan seperti yang dijadualkan. Pada 9 Disember 2007, Majlis Peguam pernah menganjurkan satu perarakan di atas jalan raya untuk memprotes persoalan hak asasi di Sogo, Kuala Lumpur. Sebelum itu pada 23 September 2007, Majlis Peguam pernah membuat satu perarakan di Putrajaya. Inikah kerja Majlis Peguam?

Mengapa Majlis Peguam mahu meneruskan juga forum “Memeluk Islam” pada 9 Ogos ini? Amat malang sekali, sebagai pengamal undang-undang, Majlis Peguam sendiri tidak menghormati undang-undang yang sedia ada apabila tetap meneruskan juga forum “Memeluk Islam” pada 9 Ogos 2007. Apa motif sebenarnya forum “Memeluk Islam” yang hendak dibuat oleh Majlis Peguam?
Sebelum ini Majlis Peguam pernah menganjurkan satu forum mempertikaikan hak hak orang Melayu. Kini pertikaikan pula agama. Forum forum berterusan ini melambangkan Majlis Peguam bukan lagi bertindak sebagai pengamal undang-undang tetapi lebih kepada task force politik semata mata. Mereka pertikaikan orang Melayu sebut Ketuanan Melayu sebagai perkauman, tidakkah tindakan menganjurkan forum sebegini lebih racist dan perkauman?

Tidak menggemparkan semua jika Annual General Meeting (AGM) Majlis Peguam yang lepas hanya dihadiri oleh segelintir sahaja ahli Majlis Peguam. Apakah demokrasi juga diamalkan dengan baik dalam Majlis Peguam sendiri, kalau mereka yang dipilih dalam Majlis Peguam sendiri tidak disukai oleh majoriti peguam yang lain? Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR) dan Latheefa Koya (Ahli Majlis Tertinggi PKR) adalah dua orang ahli Majlis Peguam. Semasa demonstrasi pada 9 Disember, mereka terlibat sama. Adakah mereka terlibat sama dalam forum ini?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

13 comments:

Anonymous said...

Apa pasal dia orang buat 9 Ogos, cari lah tarikh lain..Esok ni birthday aku tau..Lusa pulak birthday DSAI..
Tak sensitif betul diaorang ni buat time birth day aku..entah ape2 ntah..

daudi said...

Tun Mahathir was right when he qouted William Shaksphere's...."first of all ,we hang all the lawyers". The fact is most of them sucks. They should not be treated more then a doctor, teacher, engineer or any other professionals. What we see now is that they are becoming an unofficial political party in this country. THIS SHOULD BE STOPED.

WarisanPanjiPerak said...

salam...
boleh tak seseorang terangkan pada aku, apa sebenarnya yang akan dibuat pada Forum Memeluk agama Islam ini.
saya fahami implikasi, namun, tiada faham apa yang dibuatnya,
Oh!
dan ini negara demokrasi, ada apa nak cakap, silakan saja,
bukan satu dosa, namun kesan tanggung sendiri.

Piggy Singh said...

Bunyi macam best, forum memeluk Islam, tapi pengisiannya memang nak hentam perundangan sekarang, yang dilihat lebih memihak kepada agama Islam.

Memang la cakap boleh sebarang cakap, tapi kesannya nanti sape nak tanggung kalau benda ni boleh membawa kepada kekacauan kaum?

Bodoh punya Ambiga, lawyer ni akan jadi lebih hina kalau datang dari kaum sama species dengan ambiga, karpal or sakaran nair. POORAH

fikir jauh said...

Forum ni memang nak provok orang Melayu Islam. Apabila dianjurkan memang akan mengundang Melayu Islam yang sememangnya sayangkan agama Islam dan bangsa Melayu untuk membantah malah mendemonstrasi. Tapi jangan alpa, ini salah satu agenda kafir harbi untuk menunjukkan kepada rakyat yang bukan Islam bahawa Melayu Islam ini pantang dicabar dan sanggup mempertahankan agama dan bangsa tidak kira halangan yang datang. Maka rakyat yang bukan Islam akan takut dan akan mencari "hero" mereka yang sudah tentu DAP harbi yang akan memainkan sentimen "Melayu racist" kerana demonstrasi bantah forum Memeluk Islam dan negara tak "demokrasi" (ala Amerika yang mereka mahukan). Mereka juga memang sudah menganggap ada pihak akan buat demonstrasi, kerana ada Melayu juga yang tidak akan buat kerana akan menyelesaikan secara berhemah. Maka perpecahan berlaku lagi antara Melayu Islam kerana ada pihak akan mengatakan pihak ini tidak sayang agama, pihak lain pula mahu selesaikan cara lain pula tetapi yang untung mereka yang kafir harbi itu. Sekali lagi mereka, kafir harbi, berjaya menjauhkan kita dari perpaduan antara umat Islam, dan juga berjaya menjauhkan kita dari senjata utama umat Islam iaitu DOA!

Anonymous said...

Apa kata kita buat tabung hantar je dia orang balik negeri masing2...

Melampau sungguh...

Yang aku hairan...orang asyik ingat hanya DAP musuh kita..tapi masih tak nak mengaku MCA, MIC etc...

Dalam isu macam ni pun masih nak kira parti lagi...ni bukan masalah parti la bodoh...ni masalah perkauman...

Selagi kita membangkitkan perkara parti....selagi itu lah kita akan berbalah...sebab kita sumer Melayu bangang....

Melayu yang berfikir bahawa hanya parti yang depa sokong je betul...

efenem said...

Rilek aa...
Cakap2 aje...
Bukan berperang pun...
Xsangka pulak Islam boleh digugat dengan cakap2...
Nampak sangat orang Islam sendiri ramai yang xyakin dengan kebenaran Islam...

http://efenem.wordpress.com

warismelayu said...

Orang Melayu Islam perlu bersatu tak kira apa saja ideologi politik yang mereka anuti tetapi atas nama survival Melayu Islam penyatuan orang2 Melayu amat mustahak.

Majlis Peguam dijadikan alat untuk merosakkan pemikiran orang2 Melayu Islam dinegara ini. Apa kata kita semua orang Melayu Islam ketepikan perbezaan pendapat yang ada dikalangan kita dan kita bersatu menentang agenda mencabar agama Islam di tanahair bertuah ini.

Orang2 yang ingin mencabar agama Islam dinegara ini amat takut orang2 Melayu Islam bersatu hati kerana mereka tahu apabila orang2 Melayu Islam bersatu, penjajah pun lari tak cukup tanah...

Anonymous said...

Rilek aa...
Cakap2 aje...
Bukan berperang pun...
Xsangka pulak Islam boleh digugat dengan cakap2...
Nampak sangat orang Islam sendiri ramai yang xyakin dengan kebenaran Islam...

- Sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa. Tak salah kiter berperang kepada org yg menghina agama kita. Kalau anda bukan org Islam please jgn nak jadi seperti ketam yg nak ajar anaknya berjalan.. malu malu

yuzy said...

Mana Hishamuddin masa tu?KJ?Patut ni kerja org UMNO.Yang jadi hero hari tu,Zulkiflu Nordin+Salehuddin Ayub+Ayahanda Selendang Merah(kot?).Orang Umno duk sibuk kat PP.Heh.

kerispusakamelayu said...

GPMS - ANAK ANGKAT UMNO JUGA..

ALUMNI UMNO LUAR NEGARA-UMNO JUGA.

BUKAN MASALAH PARTI TETAPI SEMANGAT DIRI INGIN MENGHALANG KERJA GILER MAJLIS PEGUAM NI DARI TERUS MENJADI 'HANTU' DAN MEROSAKKAN KEAMANAN NEGARA DENGAN PROVOKASI MEREKA.

KENAPA MAJLIS PEGUAM TAK DEMONSTRASI SEMASA AMERIKA MENCAMPURI ISU ANWAR ?

KENAPA BAR COUNCIL BUAT DIAM APABILA ANWAR MENGHINA UNDANG UNDANG DENGAN MEMBEBASKAN DIRINYA DARI TUDUHAN LIWAT SEDANGKAN BICARA MAHKAMAH BELUM BERMULA ?

KENAPA LAIN PERANGAI DENGAN LAIN ORANG ?

NGO JENIS MANA NI?

YANG JENIS BE NGO NG KE ???

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

I consider, that you are mistaken. Let's discuss it. Write to me in PM, we will communicate.